Saturday, December 21, 2013

HIJRAH #011

Salam 19 Safar 1435H.

1:1
Dengan lafaz bismillah kumulakan bicara. Sudah agak lama tidak menulis sebenarnya. Mencari momentum untuk kembali menulis terasa sedikit sukar. Namun kucuba berusaha mencapai mampu untuk melakukannya.

Sedar tidak sedar bulan kedua kalendar hijriah semakin meninggalkan kita. Hari ini telah 19 hari kita berada dalam bulan Safar ini. Surah pilihan pada hari ini mengikut ketetapan hijriah ialah surah ke-19 dalam al-Quran iaitu surah Maryam.

Namun tika dan saat ini, inginku bicarakan tentang surah cinta yang ke-18 dalam al-Quran iaitu surah al-Kahfi.

Terlalu banyak ayat-ayat cinta dalam surah al-Kahfi ini yang mengetuk pintu hatiku yang paling dalam untuk membenarkan kata-kataMu Ya Allah Ya Wadud Yang Maha Pencinta.

Sunnahnya pemuda ashabul Kahfi ini adalah menyelamatkan imannya dengan melarikan diri ke dalam GUA (Al-Kahfi).

Tiada apa yang mustahil segala ketentuan dan ketetapan yang Dia aturkan untuk diri kita. Ku yakini berlaku apa yang telah Engkau tetapkan menurut ketetapan dan ketentuanMu. Kun fayakun. Tidak akan lewat walau sesaat apa yang telah Engkau tetapkan untuk diriku ini.

~16:1~

~18:10~

~18:39~

MMR ~ Mudahnya Menjemput Rezeki adalah hadiah untuk diriku tika dan saat ini. Buku mini yang sangat bermanfaat untuk dibaca serta dipraktikkan apa yang terkandung di dalamnya.

Mudah sahaja untuk menjemput rezeki sebenarnya. Tiga langkah yang mudah ini, mari kita praktikkan mulai dari saat ini.

~ mesrakan diri dengan solat
~ sedekah dengan sistematik
~ bersilaturrahim.

The power of NOW. Jom HIJRAH sekarang!

~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~~°~°~°~°~°~

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri ke dalam GUA
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya tiga ratus sembilan tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah urdu

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dijanjikan surga
Qitmir yang mulia

~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~

***Coretan ini kulakarkan sementara menunggu sahabat yang membuat rawatan di klinik pergigian skudai. Moga Allah permudahkan urusan sahabatku yang kusayangi ini.
(22/12/13 11:00 AM)