Monday, April 28, 2014

HIJRAH#036

Salam 28 Jamadil Akhir 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH. Semoga hari Isnin yang ceria dan penuh keberkatan ini semua urusanmu dipermudahkan oleh Yang Maha Pencinta kepada setiap pencintaNya.
*****
Hai jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.
Ya Tuhanku,
Lapangkanlah untukku dadaku
Dan mudahkanlah untukku urusanku
Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku
Supaya mereka mengerti perkataanku
### Life is made up of little things ###
***TUHAN BERI AKU CINTA***
Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
kubertemu sang Adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangmu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta
~Have a good time...
HAPPY EVERY DAY~

Friday, April 25, 2014

HIJRAH#035

Salam 25 Jamadil Akhir 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH. Jumaat al-Mubarakah, hari yang penuh berkat dan bercahaya untuk semua.
"Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha."
(QS. Al-Furqan, 25:47)
25 Jamadil Awal - 25 Jamadil Akhir 1435H...
Genap sebulan berada di tempat kerja yang baharu, diajariNya dengan pengalaman dan pelajaran yang baharu. Terima kasih ya Allah atas nikmat dan anugerah ini.
Teruskan perjuangan yang belum selesai. Insha Allah semuanya mudah menurut kemahuan dan kehendakNya.
Selamat berjuang.

Wednesday, April 23, 2014

HIJRAH#034

Salam 24 Jamadil Akhir 1435H sahabat-sahabat yang dirahmati dan dikasihi ALLAH. Pagi Khamis yang penuh keberkatan dan ceria sokmo.

"Never regret any single step you make because there is no mistake in making decision...it is all about learning & experience...

As long as we live, take much opportunity as you can..."

DUGAAN KASIH
*************
Wahai teman usah kenangkan
Kisah cintamu yang amat memilukan
Ditinggalkan kekasih hati
Impian hidup tiada erti lagi

Diri kecewa hampa dan duka
Derita seakan tiada hujungnya
Arah hidupmu tidak menentu
Tiada insan dapat membantu

Bukankah ini suatu dugaan
Dari Tuhan yang Pengasih Penyayang
Kita sekadar dapat merencana
Hanyalah Dia yang menentukannya

Titis air mata jangan dipersia
Curahkan hanya kepada Yang Esa
Semoga hidup kan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma

Suburkanlah iman di hati
Selalu menginsafi diri sendiri
Tiap ujian pembuka jalan
Untuk kembali kepada Tuhan

Tuesday, April 22, 2014

HIJRAH#033

Salam 23 Jamadil Akhir 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.
"Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam." (QS. Al-Fatihah, 1:2)
Melebihkan 'MENJADI' sebelum 'MENCARI'...
"Dalam pembinaan individu muslim, karya-karya saya menganjurkan agar melebihkan 'menjadi' sebelum 'mencari'. Saya percaya, yang soleh lebih bermagnet untuk menarik yang solehah. Begitulah sebaliknya. " kata penulis novel best seller 'Cinta High Class' ini tegas.
Jom kita menjadikan Surah al-Mukminun dalam warkah cinta Ya Wadud Yang Maha Pencinta sebagai inspirasi mempersiapkan diri menjadi mukmin profesional di dunia yang fana ini hingga ke syurga Firdaus.
Dalam warkah cinta ini, Sang Pencinta mengingatkan ciri-ciri orang yang berjaya mewarisi Syurga Firdaus ialah orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.
Rindu kepada insan yang disayangi adalah anugerah Ilahi yang hadir secara fitrah. Jom alihkan rindu dengan berusaha memperbanyakkan zikir kepada Ya Khaliq Yang Maha Pencipta. Hadiahkan jua kepada bacaan al-Fatihah untuk insan yang dirindui. Al-Fatihah untuk superheroku Ismail Ali....semoga ayah tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama golongan para syuhada' dan solihin yang berjuang menegakkan deenMu.
Jom jaga solat dengan bersungguh-sungguh dengan melatih untuk khusyuk dalam solat dan ketepatan waktu solat dipatuhi.
***
Alangkah indah hidup ini
Hidup bersama Ilahi
Kehendak Allah difahami
Pandai menerima dariNya
Bijak mengunakan nikmatNya
Ia dianggap ibadah
Semua diberi pahala
Tarbiah Allah berhikmah
Sabar dengan ujian
Tanpa hisab akan diganjari
Nikmat yang diberi
Memudahkan untuk berbakti
Merasai pemberianNya
Itulah tanda bersyukur
Akan ditambah lagi
Nikmat yang diberi
Tersiksa bermujahadah
Kerana ingin menempuh jalan
Untuk menuju Allah
Tarbiahnya Allah tunjukkan
Tawakal kepada Ilahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan dari-Nya
Bila taqwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan
Korban harta kerana Allah
Agar berdaulat kalimatullah
Setiap satu kebajikan
Semuanya digandakan
***
Terima kasih ALLAH...

Saturday, April 19, 2014

HIJRAH#032

Salam 20 Jamadil Akhir 1435H sahabat-sahabat yang disayangi kerana ALLAH. Semoga urusan kalian sentiasa dalam redhaNya dan dipermudahkanNya.

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi ALLAH; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." (QS. 9:20)

<3 BINGKISAN BUATMU MAWAR IDAMAN <3

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH SWT,
tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana-mana lelaki,
Menyentuh dirinya mahupun hatinya,
Kerana ALLAH teramat mencintainya.

Tetapi,
Andai kita bergelumang dengan cinta lelaki sebelum berumahtangga,
Bagaimana ALLAH mahu menjaga kita?
ALLAH seperti melepaskan kita,
Kepada seorang manusia,
Yang lebih banyak mengecewakan kita.

Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri,
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
Bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijaga.

Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari,
Hargailah kesempatan yang ALLAH berikan.

Ukhti habibati,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan,
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan,
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan,
Aku bangga andai engkau mati di medan kebenaran,
Dari hidup dalam kesesatan,
Kerana jangan lupa duhai ukhti sayang,
Muliamu bukan kerana kecantikan, pangkat dan harta,
Tapi kerana ISLAM.

©Wardah Syuhada' @ Majalah Haluan Edisi Hati (2012).

*****
Tiada apa tiadapun dapat aku dambakan
Melainkan rahmat kasih-Mu Yang Maha Esa
Hanya Kau saja yang mengetahui isi hatiku
Aku insan lemah tiada daya melainkan-Mu jua

Akulah hamba yang sering lupa akan kasih-Mu Ya Illahi
Aku mengembara merantau jauh
Mencari setitis rahmat-Mu Illahi
Hanya pada-Mu kuserahkan jiwa dan nurani

Akulah hamba yang sering lupa akan kasih-Mu Ya Illahi
Aku mengembara merantau jauh 
Mencari setitis rahmat-Mu Ilahi
Hanya pada-Mu kuserahkan jiwa dan nurani

Ampunkan aku wahai Tuhanku Yang Maha Pengasih
Terimalah taubatku menjadikan aku hamba-Mu yang sholeh
Ya.. Ilahi....

~'Menjadi' sebelum 'Mencari'~

Wednesday, April 16, 2014

HIJRAH#031

Salam 17 Jamadil Akhir 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

KEEP CALM AND READ ON!

"Katakanlah: Dialah ALLAH, Yang Maha Esa.
ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.
Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."
(QS. Al-Ikhlas, 112:1-4)

"Maha Suci ALLAH Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS. Al-Mulk, 67:1)

*******

KAU SATU-SATUNYA

Oh.. siapalah diri
Aku ini
Tanpa-Mu..
Dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi

Kau bagiku.. satu-satunya
Pada-Mu lah
Ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku Kau abadi

Dengan sinaran kasih-Mu
Kian terancang hidupku
Tiada lagi keraguan
Kau bagiku kekuatan
Mana jua ku berada
Ditemani cahya cinta

Sejak diri-Mu ku dekati
Diri ku ini ku kenali
Hanya Engkaulah sesungguhnya
Tiada dua

Di cermin kaca ku memandang
Diri ku serba kekurangan
Namun bagi-Mu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta.. bukan nama.. bukan rupa…

Kau.. bagi diriku
Satu-satunya
Ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku Kau abadi.. ooo

*******

ALHAMDULILLAH...
Terima kasih ALLAH.
Terima kasih mak.
Terima kasih ayah.
Terima kasih cikgu.

*******

"Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh ALLAH)." (QS. Luqman, 31:17)

Al-Fatihah...
Kuhadiahkan untuk almarhum ayahanda yang dikasihi Ismail Ali. Semoga roh ayah sentiasa tenang di sana dan ditempatkan bersama para syuhada' dan solihin. Anakanda masih meneruskan perjuangan yang belum selesai. Ketabahan dan kekuatan semangat juang ayah sebagai superheroku menjadi pemangkin untuk diri ini meneruskan pengembaraan di dunia yang fana ini.

Ayah...adik rindu sangat dengan ayah. Semoga urusan kami anak-anakmu dipermudahkanNya menuju jalan yang diredhaiNya...dan kita akan diizinkanNya bertemu kembali di syurga nanti. KeranaNya kita bertemu dan keranaNya jua kita berpisah. Bertemu tak jemu...berpisah tak gelisah.

Ayah...
Wan acik nak jumpa kami.

Sunday, April 6, 2014

HIJRAH#030

Salam 7 Jamadil Akhir 1435H sahabat-sahabat yang dirindui dan dikasihi kerana ALLAH. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian di hari Isnin yang penuh keberkatan ini.

"Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk."
(QS. Ad-Dhuha,93:7)

Ya ALLAH, kami memohon ketentuan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohon penetapan dengan kekuasaanMu,
juga kami memohon kurniaMu yang besar.
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui dan kami tidak mengetahui apa-apa.
Engkau Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Ya ALLAH, sekiranya dalam ilmuMu urusan kami ini baik untuk kami dan agama kami, kehidupan kami serta akibat urusan kami, takdirkan untuk kami dan mudahkan serta berikan berkat kepada kami melaluinya.
Sebaliknya, apabila dalam ilmuMu urusan ini tidak baik untuk kami dan agama kami, kehidupan kami serta akibat urusan kami, lalu jauhkan hal itu daripada kami dan jauhkan kami daripada urusan itu serta takdirkan untuk kami yang lebih baik daripada urusan itu walau di mana jua.
Kemudian, puaskan hati kami dengan takdirMu itu...
Amin Ya Rabb...
Perkenankanlah permohonan kami ini Ya ALLAH Yang Memperkenankan sebarang hajat.


******

"maka sesungguhnya akan Kami khabarkan kepada mereka (apa-apa yang telah mereka perbuat), sedang (Kami) mengetahui (keadaan mereka), dan Kami sekali-kali tidak jauh (dari mereka)." (QS. Al-A'raf, 7:7)


PERLUKAH AKU KHABARKAN?

Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yang terpendam persoalan

Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku

Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi

Ku mohon padaMu Tuhan berikanlah kekuatan
Untukku menghadapi semua ini

Tuhan ku terus berserah berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah dan tersilap langkah..

*****
Pilihlah hikmatnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah
Mempersia-sia ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh lena ujian

Takkan terhidu harum mewanggi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora


*****
Kesusahan dan kepedihan hidup
Mengajar kita erti dewasa
Memberi peluang untuk kita dekati
Pada Tuhan yang sering kita lupa

Sesungguhnya nilai kegagalan lebih berharga dari kejayaan

Dan ingatlah kurnia Allah kepadamu dan perjanjian-Nya yang telah diikat-Nya dengan kamu, ketika kamu mengatakan: "Kami dengar dan kami taati." Dan bertakwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui isi hati(mu). (QS. Al-Maidah, 5:7)

******
Dan berdoalah:
"Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik Yang memberi tempat."
(QS. Al-Mukminun, 23:29)

Hari ke-9 berada di tempat menuntut ilmu yang baharu, suasana yang baharu, tugasan yang baharu. Semoga dipermudahkan segala urusanku di medan juang yang baharu ini...selamat meneruskan perjuangan...menyebarkan bahagia...dan pastinya Menjemput Rezeki itu lebih Mudah dari Mencari Rezeki...dengan izin-Nya...dengan mahu-Nya...dengan kehendak-Nya...

# 27/3/2014:: 25 Jamadil Awwal 1435H....kembara ilmu berMULA.