Wednesday, November 3, 2021

CINTA 01/99

CABARAN SEJUTA SELAWAT

Hari 001/200

SAFAR CINTA YA WADUD. Hari 06/99.

Salam Mahabbah Fillah 1 Rabiul Akhir 1443H buat sahabat syurga dunia akhirat yang dikasihi, dicintai dan dirindui Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud Ya Kareem. Mudah-mudahan sentiasa dalam lindungan, rahmat dan belas kasihNYA Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Waliy Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Rouf Ya Kareem.

Alhamdulillah..

Terima kasih Allah.

Syukur Ya Allah di atas nikmat rezeki kurniaanMu kepada kami sehingga detik masa ini.

Engkau masih hidupkan kami YA Allah Ya Muhyi.

Engkau masih mendegupkan jantung kami ini setiap saat Ya Allah YA Baari'.

Engkau masih mempernafaskan kami lagi dalam kalimah Laa ilaha illallah.

Engkau masih memberikan pendengaran yang baik lagi sempurna kepada kami, Ya Sami' Ya Barr Ya Quddus.

Engkau masih memberikan penglihatan yang baik lagi sempurna kepada kami, Ya BAshir YA BArr Ya KAreem.

Engkau masih menggerakkan lidah kami untuk kami bercakap dan berkata-kata Ya Allah YA Baari'.

Engkau memberi tubuh badan yang disihatkan olehMu Ya Salam Ya Aziz Ya Qowiy Ya MAtin untuk kami beribadah kepadaMu, menjalankan amanah kami sebagai hamba, khalifah dan kekasihMu YA Allah Ya Baari' Ya Quddus Ya Qadir YA Muqtadir.

Engkau masih memberikan kami akal fikiran yang waras dan baik Ya Allah Ya Alim Ya HAkim Ya Roshid, maka dapatlah kami memuji-memujaMu Allah, membersar-besarkanMu Ya Kabir Ya Mutakabbir, meninggi-ninggikanMu Ya Aliy Ya Mutaaliy, memuliakanMu Ya HAmeed Ya MAjeed YA Kareem ya Dzaljalali Wal Ikram, mengagongkanMu YA Adzim Ya KAreem Ya Dzaljalali wal ikram.


DOA DILIMPAHKAN KESIHATAN JASAD & JIWA

Ya Allah, sihatkanlah badanku.

Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku.

Ya Allah, sihatkanlah penglihatanku.


Bicara Hati:

Ya Allah Ya Malik,

Tubuh badankku, pendengaranku, penglihatanku semuanya milikMu yang Kau pinjamkan seketika kepada daku sebagai amanah untuk menjalankan tugas sebagai hamba, khalifah dan kekasihMu.


Ya Allah Ya Syahid,

Kesemua anggota dan deria ini akan menjadi saksi-Mu di akhirat kelak.


YA Allah YA Salam,

Kurniakan daku kesihatan agar daku dapat menjalankan tugas yang Engkau amanahkan kepadaku.


Ya Allah Ya Malik Ya Naafi',

Jadikanku hambaMu yang memanfaatkan setiap anggota dan deria yang Engkau pinjamkan ini.


Ya Allah Ya Salam Ya Fattah,

Kurniakan jua daku kesihatan jiwaku ini, pendengaran rohku, penglihatan rohku agar daku dapat merasa kelazatan dalam beribadah kepadaMu.


Dari Aisyah r.a. :

Akhlak Rasulullah adalah al-Quran.

(Riwayat Muslim)


TERAPI QURANI HARI INI

QS. Al-Mulk, 67:3




Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?



Dari Abdullah ibn Amr, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:


بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

" Sampaikanlah  dariku sekalipun satu ayat. "

Hadits Sahih Riwayat al-Bukhari: 3202

Sunday, April 5, 2020

RMO_001

Salam Mahabbah Fillah 12 Syaaban 1441H.


Subhanallah...
Alhamdulillah..
La ilaha illa Allah..
Allahu Akbar..

Daku datang Ya Allah...
Daku datang kepadaMU Ya Rahman..
Daku kembali kepadaMU Ya RAhim..

Engkaulah Ya Allah Ya Kabir Ya Mutakabbir yang Maha Besar lagi layak dibesar-besarkan.
Engkaulah Ya Aliyy Ya Mutaaliyy Yang Maha Tinggi lagi layak ditinggi-tinggikan.
Engkaulah Ya Adzim Ya KAreem Ya Dzaljalali wal ikram Yang Maha Agung lagi layak diagung-agungkan.

Terima kasih Ya ALLAH Ya Rahman Ya RAhim Ya Wadud Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid Ya Naafi' Ya Baari' Ya Quddus dengan izinMU, ruangan Muhandisah Mukhlisah ini kembali dihidupkan olehMu Allah Ya Muhyi agar dapat memberi manfaat buat diriku yang kecil lagi kerdil ini dan juga memberi manfaat buat sesiapa sahaja yang datang bertamu di taman hidayahMu ini Ya Allah Ya Baadi' Ya Nur Ya HAdi Ya HAq YA Ahad Ya Wahid Ya Somad Ya Wadud.

Dengan penuh cinta kasihMU, bukakanlah mata hati ini untuk kekal mencintaiMU dan mentauhidkanMU dengan sebenar-benarnya tanpa protes tanpa bantah sepertimana Engkau Ya Fattah Ya Wadud kurniakan kepada kekasih agungMu, baginda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam dan para KekasihMu, sudilah kiranya Engkau alirkanlah jua energi cinta, kasih, rindu dan asyik kepada hambaMU ini.

Assalamualaika Ya Rasulullah...

Bisiriil Fatihah.

Salam kedamaian jiwa, salam ketenangan hati, salam kebahagiaan dunia akhirat buat sahabat syurga dunia akhirat yang dikasihi Allah dan sentiasa mencintai dan merindui Allah Ya Wadud, mengasihi dan menyayangi baginda Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam dan berbelas kasih sesama seluruh makhluk ciptaan Allah Ya Kholiq Ya Wadud.

Mudah-mudahan sahabat semua sentiasa dalam dakapan cinta kasih sayang dan kerinduan Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Rouf Ya Kareem, menerima keampunan dan maghfirah ALLAH Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Ghafur, dalam rahmat, redha dan keberkatan Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud, sentiasa dipertautkan hati, jiwa, akal fikiran dan emosi kepada Allah Ya Jaami' Ya Baaqi Ya Quddus Ya Jaleel Ya Wadud Ya Dzaljalali wal ikram.

Alhamdulillah,
Syukur Ya Allah Ya Hameed Ya Syakur kerana dengan limpah kurnia dan inayah-MU, masih lagi daku diizinkan untuk dipernafaskan olehMu Ya Muhyi, Ya Hayyu Ya Qoyyum Ya Ba'its setiap saat setiap detik dalam helaan nafas mentauhidkanMu Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad dengan kalimahMU.

La ilaha illa ALLAH, Muhammadur Rasulullah.

Alhamdulillah..
Dengan aturanMu yang penuh kesempurnaan Ya Allah Ya Baari' Ya Quddus Ya Qodir Ya Muqtadir.
Bermulanya 18 Mac 2020 bersamaan 23 Rejab 1441H (Rabu), Engkau hadiahkan kami dengan Restricted Movement Order (RMO) atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan kehadiranmu duhai COVID-19, maka saat ini kami belajar bagaimana untuk mengenal-MU dan mencintai-MU duhai Sang Pencipta yang menciptakan kami dengan penuh cinta dan kasih sayangMU, Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud Ya Kholiq.

Ada apa di sebalik Covid-19 dan RMO atau PKP ini?

Allah...Allah...

Berikan aku TANDA agar daku memahami apakah hikmah di sebalik RMO ini YA Zohiq Ya HAq..

Allah Beri Cuti kepada kami setiap hamba-NYA di seluruh pelusuk dunia ini dengan kehadiranmu duhai corona virus. Di saat Engkau hadiahkan kami dengan cik corona, kami di Malaysia diberikan CUTI selama 14 hari, bermula dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Kerana apa?

Kerana Allah Ya Kholiq Yang Maha Menciptakan setiap makhlukNYA  dengan penuh cinta kasih, Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaanNYA.

Dihadirkan-NYA cik corona hanyalah semata-mata menyampaikan Pesanan Cinta Allah Ya Wadud kepada setiap hambaNYA di seluruh pelusuk dunia ini agar menerima CINTA-NYA...Allah Beri CINTA.

Maka, adakah tidak sudi untuk kita menerima Anugerah Terindah ini?

Allah..Allah...
Andainya inilah MAHAR-MU untuk daku ke syurga-MU, daku REDHA.

14 hari Bersama-MU dalam CUTI yang Engkau Ya Baari' Ya Quddus hadiahkan kepadaku Ya Allah...terlalu banyak hikmah yang Engkau berikan kepadaku.

Betapa nikmatNYA berada dalam Raudhatul Maghfirah-MU Ya Allah Ya Ghafur Ya Wadud..

14 hari yang pertama telahpun berlalu Ya Allah Ya Awwal Ya Akhir Ya Muqaddim Ya Muakhir...

Kini, bermulalah tempoh RMO yang kedua...

Hari ini telah masuk hari yang ke-6 bagi tempoh RMO yang kedua.

14 hari + 6 hari...20 hari diri kami Engkau tempatkan di zawiyah hauqolah-MU Ya Rabbul Izzati Ya Malik Ya Malikul Mulk Ya Wadud.

Berbaki 8 hari sahaja lagi tempoh RMO peringkat kedua ini.

Apa-apa sahaja yang berlaku pun Ya Allah selepas saat ini...

Daku terima Ya Allah.
Daku redha Ya Allah.
Daku serahkan segala urusanku dalam tadbirMu Ya Allah Ya Baari' YA Quddus.
Sesungguhnya semua baik dalam tadbirMu Ya Barr Ya Qadir Ya Muqtadir.

Di kesempatan ini Ya Allah Yang Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun, sudilah Engkau memandang kami dengan pandangan keampunan-MU dan kemaafan-Mu Ya Allah Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Ghafur.

Ampuni dan maafilah segala khilaf dan dosa maksiat kami Ya Allah Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Ghafur.
Ampuni dan maafilah juga segala khilaf dan dosa maksiat seluruh hambaMU yang berada di pelusuk duniaMu Ya Malik Ya Malikul Mulk, dan seluruh makhlukMu yang berada di 7 petala langit dan 7 petala bumiMu Ya Dzaljalali wal ikram.

Terimalah taubat kami dan mereka Ya Allah Ya Tawwab.

Bersih jernihkanlah hati kami, akal fikiran kami, emosi dan jasad kami dari segala penyakit, karat dosa, berhala dunia, kotoran syirik dan syaitan yang mengalir dalam saluran darah, neutron-neutron otak kami, dna-dna kami, urat dan saraf sendi kami dan tulang sulbi kami.

Sudilah kiranya Engkau halalkan segala pemberianMU Ya Wahhab Ya Kareem Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud sejak kami dan mereka dihidupkanMu Ya Muhyi di dunia ini sampailah ke akhirat.

Sudilah kiranya Engkau redhakan kami dan mereka sejak Engkau Ya Muhyi menghidupkan kami di dunia ini hinggalah ke akhirat.

Dalam tempoh RMO yang berbaki ini Ya Allah Ya Roshid Ya Baari' Ya Quddus..

Ajarilah kami..

HIDUP DENGAN PENUH KESEDARAN SETIAP SAAT.

Penuhilah hari-hari kami ini dengan mengingatiMU Ya Allah..sentiasa berzikir memuja-muji-MU hingga kami diperzikirkan olehMU Ya Baari' Ya Hameed Ya Syakur..

Istighfarku

Selawatku

Zikirku

Taubatku

Solatku

Bacaan Al-Quranku

Semuanya hanya keranaMU...cintaMU...rinduMu...asyik denganMU..

Tiada lain, hanya mengharap redha, rahmat dan keampunanMu semata-mata.

Ajarilah daku YA Allah, dan jangan pernah Engkau biarkan daku mengurus tadbir diriku sendiri walau sesaatpun atau kadar masa yang lebih pendek dari itu kerana daku tidak berdaya dan tiada upaya apapun, melainkan semuanya adalah kudrat dan iradatMU, dengan izinMU jua.

Biiiznillah..


Terima kasih ALLAH.

La haula wala quwwata illa billah al aliyy al adzim.

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.


-MZ Raudhah-
12 Syaaban 1441H | 6 April 2020 (ISNIN) 08:54

Tuesday, April 24, 2018

PHD#05

Salam Mahabbah Fillah  9 Sya'aban 1439H.. Hari RABU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.


LATIHAN HARI PERTAMA BUKU AJARI HATIKU

1. Apakah hal-hal yang sangat aku harapkan namun ia belum  hadir lagi? Senaraikan....
Ya ALLAH..izinkanlah diriku ini meruntuhkan segala SAKA KEEGOAN yang telah bertapak di dalam diriku sejak aku kecil tanpa aku menyedarinya. Saat dan tika ini, baru aku menyedarinya Ya ALLAH. Sembuhkanlah depresi yang aku alami sejak 2004 yang lalu, dan kembalikanlah diriku kepada diriku yang SEJATI yang sentiasa REDHA dengan setiap agenda-MU dalam proses kehidupanku menuju CINTA-MU.


2. Apakah hikmah atau berkah di saat ini yang ada di sebalik impian yang belum menjadi nyata itu? (Pasti ada...hening sebentar dan tanyakan pada hati...)
ALHAMDULILLAH..Melalui ujian HATI ini KAU hadirkan aku CAHAYA CINTA NUR MUHAMMAD yang aku cari selama ini. Permata yang hilang itu telah aku temui YA ALLAH YA NUR YA HADI YA HAQ. Izinkanlah aku terus dalam sinar kasih-MU ini dan menjadi alat-MU dalam menyebarkan cahaya CINTA-MU ini kepada insan yang aku cintai kerana-MU YA ALLAH YA WADUD dan sesiapa sahaja yang bersamaku.


Sentiasa ingat untuk memberitahu orang yang anda sayang bahawa anda menyayangi mereka.
Terima kasih satria cintaku, allahyarhamah MAK jamilah siti rahmah bibah binti ibrahim bin kadir bin abdullah kerana sentiasa sudi menjadi GURU KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT bagi diri adik maznah jamilah binti ismail. Al-Fatihah with LOVE buatmu bonda, 101 hari pemergianmu menghadap Ya ALLAH YA KHALIQ di bulan RABIUL AKHIR 1439H yang berkat.

Terima kasih waliku, ANGAH mazlan jamilah bin ismail kerana sentiasa menjadi GURU DISIPLIN dalam proses kehidupan adik sepanjang 39 tahun usia adik ini.

Terima kasih waliku, ALANG mohd yazid jamilah bin ismail kerana sentiasa menjadi GURU DISIPLIN dan pendekar mata hatiku dalam proses kehidupan adik sepanjang 39 tahun usia adik ini.

Terima kasih pembimbing rohaniku, ACHIK radzuran jamilah bin ismail kerana sentiasa ada saat adik memerlukanmu, saat suka mahupun duka. Tanpa aku memberitahumu hal yang berlaku kepada diriku, pasti dirimu tahu kesulitan yang aku alami. Diriku terlalu dominan di hatiku dan begitu jua dirimu terlalu dominan di hatiku. Dirimu adalah pantulan diri insan pertama yang aku cintai, superheroku, wali karomah dunia akhirat akhiratku, allahyarham AYAH ismail siti khalijah siti hajar bin ali bin yasin yang telah kembali kepadaMU YA ALLAH YA KHALIQ 7 tahun yang lalu, di bulan REJAB 1432H yang mulia. Dirimu persis diri ayah yang terlalu aku rindukan. Memandangmu dan berbual denganmu menjadi pengubat rinduku pada insan hebat yang menjadikan diriku seperti adanya aku pada hari ini. Izinkanlah YA ALLAH..aku mengambil sedikit semangat juang insan hebat ini yang cekal hatinya dan tabah jiwanya walau diuji dengan pelbagai peristiwa dalam kehidupannya di dunia. Mudah-mudahan ini menjadi asbab kebaikan buatnya di akhirat nanti, dan KAU bangunkan buatnya sebuah mahligai indah di syurga FIRDAUSI-MU bersama bidadari kesayangannya, bonda jamilah siti rahmah bibah bin ibrahim bin kadir bin abdullah yang amat dicintainya.

Terima kasih kekanda kesayanganku, ALONG robiah jamilah bin ismail kerana sentiasa menjadi GURU LEMBUT dalam proses kehidupan adik sepanjang 39 tahun usia adik ini.


Terima kasih suamiku, tuan yang dipercayai rabuan rabiah bin kamal rajalah kerana sudi menjadi GURU DISIPLIN dalam proses kehidupan menjadi isteri solehah buatmu dalam perkahwinan BERMAKRIFAT kita sejak 7 bulan yang lalu.

Terima kasih guru penyembuh emosiku, puan coach azeannira abdul azeh kerana sudi menerimaku menjadi muridmu yang serba kedhaifan dan kejahilan ini untuk dibersihkan jiwaku menjadi diri seorang maznah jamilah binti ismail yang SEJATI. Terima kasih yang tidak terhingga jua kepada puan coach diyana tahir kerana menjadi pemangkin semangat untuk diriku sembuh dari depresi yang menziarahi-ku sejak tahun 2004. Terima kasih jua buat insan hebat, coach Nora Zyan yang mendidik diriku menjadi satria cinta yang mencintai dan menyayangi diriku sendiri. Terima kasih Ya ALLAH mengizinkan diriku untuk bertemu insan hebat ini dalam aku mencari diriku yang SEJATI, KAU hadirkan mereka untuk membantuku membawa aku kepada-MU untuk aku mengenal-MU dan mencintai-MU Ya ALLAH YA WADUD Yang Maha Pencinta.


Berlembut dengan diri anda (Be gentle with yourself)...maafkan dirimu.
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..Izinkanlah aku memaafkan segala kekhilafan dan ketidaksempurnaan diriku ini kerana aku berhak untuk memaafkan dan aku seorang pemaaf.


Sila tonton video khas ini untuk kita sama-sama renungi...




AFIRMASI DIRI
[Letakkan tangan kananmu di dada kirimu. 
BACA afirmasi diri ini dalam keadaan tenang. 
RASA-kan degupan jantungmu dan RASA-i KASIH SAYANG ALLAH padamu. 
Ulangi afirmasi diri ini hingga terbit 'RASA' di dalam hatimu]

DIRIKU DISAYANGI
DIRIKU DICINTAI

TERIMA KASIH wahai guru-guruku
TERIMA KASIH atas hadirmu
TERIMA KASIH atas pengorbanan dan tunjuk ajarmu
TERIMA KASIH kerana ada disampingku

TERIMA KASIH YA ALLAH
atas BIMBINGAN dan KASIH SAYANG-MU.


GEMURUH JIWA SEMANGAT MEMBARA...

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya kan pasti terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
menyerlah jauh dari yang biasa


RUJUKAN:
REVOLUSI HATI: AJARI HATIKU AGAR BERSYUKUR & DAMAI (DIYANA TAHIR, 2018)
ANDAI KU TAHU BAGAIMANA UNTUK MENCINTAI MU (AZEANNIRA ABDUL AZEH, 2017)

PHD#04

Salam Mahabbah Fillah  8 Sya'aban 1439H.. Hari SELASA yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.


IT'S SYA'ABAN..

ALLAH sees His servants on the night of NISFU SYA'ABAN, 
then He forgives all His slaves except the shirk and the hostile (haters hate).
[HR Ibn Hibban]

SYA'ABAN is the month which humankind often neglect. It is the month between Rejab and Ramadhan. It is the month where all the servant's deeds are brought to the Lord of the universe. Thus, I like to fast when my deeds are brought up.
[Hadith narrated Nasaie']

DON'T DECREASE THE GOAL,
INCREASE THE EFFORT!

I'M FOCUSED,
PERSISTENT.
AND WILL NEVER QUIT!

STAY DEDICATED,
IT DOESN'T HAPPEN OVERNIGHT.


ALHAMDULILLAH..Aku bersyukur dan gembira hari ini kerana dianugerahi ALLAH dengan nikmat helaan nafas dalam syahadah sedari aku bangun tidur awal pagi tadi. Hari ini genaplah 100 hari pemergian satria cinta hati kesayanganku kembali kepadaMU Ya ALLAH Ya KHALIQ, allahyarhamah bonda JAMILAH SITI RAHMAH BIBAH BINTI IBRAHIM BIN KADIR BIN ABDULLAH. Bulan SYA'ABAN ini terlalu dominan di hatiku kerana bulan ini adalah bulan kelahiranku (6 Sya'aban 1400H) dan bulan kelahiran allahyarhamah bonda yang aku rindui (20 Sya'aban 1361H).

Ya Allah Ya Baari Yang Maha Perancang dan Maha Bijaksana, agendakanlah kehidupan yang terbaik untukku hari ini. Aku berserah seluruh jiwa dan ragaku dan aku berterima kasih kepada-MU Ya Rahman Ya Rahim.
Terima kasih Ya ALLAH.

BAHAGIA itu bukanlah dengan sentiasa mendapat hal-hal yang baru dan hebat tetapi BAHAGIA itu ialah dengan sentiasa menyedari NIKMAT dan MENSYUKURI apa yang ada di MASA ALLAH ini!

Hal-hal yang sangat aku harapkan namun ia belum hadir lagi?
Ya ALLAH Ya BAARI' Yang Maha Perancang..
Aku menyerahkan seluruh jiwa ragaku untuk agenda-MU.
Jadikanlah diriku abdiMU yang sejati, kekasih-MU dan khalifah-MU di muka bumi ini.
Terlalu banyak yang aku harapkan kepada-MU Ya ALLAH.
Izinkanlah diriku ini Ya ALLAH Ya WADUD Yang Maha Pencinta..mengenal-MU dan mencintai-MU, mencintai kekasih agung-MU Ya Rasulullah s.a.w., mengenali dan mencintai diriku, mencintai insan lain yang berada di sekelilingku termasuklah my beloved phd thesis, suamiku, kakakku, abang-abangku, ibu mertuaku, ipar duaiku, saudara-mara,sahabat handai dan sesiapa sahaja yang aku temui atas izin-MU jua Ya ALLAH Ya JAMIE' Yang Maha Menghimpunkan diriku dengan mereka. Himpunkanlah diriku dengan mereka di dunia ini dan dipertemukan semula di Syurga Firdausi-MU suatu MASA ALLAH nanti.
Terlalu banyak anugerah-MU kepadaku tika dan saat ini, namun aku lebih FOKUS pada hal-hal yang belum hadir dalam kehidupanku. Aku catatkan hal-hal yang belum hadir itu di dalam impian kecilku dan impian besarku, dan sentiasa aku tembakkan dalam untaian doa-ku kepada-MU Ya ALLAH Ya Nikmal Mujib yang memakbulkan sebarang permintaan hamba-NYA. Ku yakin semua ini pasti berlaku apabila tiba MASA ALLAH ini.
Ya ALLAH Ya Nikmal Mujib..izinkanlah Ya ALLAH harapan dan doaku ini ENGKAU hadirkan apabila tiba MASA-MU nanti. Aku terus berdoa..berdoa..berdoa..dan tanpa jemu berusaha untuk merealisasikan hal-hal yang belum hadir tersebut.

Ya ALLAH..izinkanlah aku menikmati indahnya menjadi hamba-MU yang mengenal-MU dan mencintai-MU..Jangan Ya ALLAH..KAU biarkan diriku sendiri tanpa cinta-MU..Bimbinglah diriku ini untuk sentiasa di jalan-MU yang lurus dan sentiasa dalam REDHA-MU.

Ya ALLAH..izinkanlah diriku menghayati perjalanan sirah Rasulullah saw dalam menyebarkan dakwah menyebarkan islam ke seluruh pelusuk dunia tanpa berputus asa. Kurniakanlah diriku ini sedikit roh dan semangat juang Baginda dalam memperjuangkan islam buat diri Baginda dan seluruh alam buana ini. Kurniakanlah diriku ini cinta Rasul Agung-MU Ya ALLAH. Aku ingin bertemunya di syurga-MU nanti Ya ALLAH.

Ya ALLAH..izinkanlah diriku ini menuntut ilmu-MU di medan jihad ini Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid. Permudahkanlah segala urusan penulisan tesis PhD-ku dan jurnal kajian penyelidikan dalam bidang kualiti air sungai dan marin. Perjalanan hati dan doa-ku sepanjang 8 tahun kembara ilmu-MU di taman ilmu utmjb ini penuh dengan onak dan duri diselingi jua dengan kebahagiaan dan kegembiraan buat diriku. Alhamdulillah..KAU izinkan diriku untuk meneruskan pengajian PhD-ku ini, walaupun pernah suatu MASA ALLAH itu, KAU hadirkan sedikit kesulitan untuk aku lebih mendekati dan mengenal-MU, dan bergantung secara total kepada-MU. KAU hadirkan diriku dengan pasangan hidup yang terbaik buat diriku, menjadi guru kehidupan dunia dan akhirat-ku, menjadi pendamping hidup-ku dan suamiku pintu makrifat untuk aku lebih mengenal-MU. KAU hadirkan dirinya yang setia menemani perjalanan diriku untuk ke syurga Firdausi-MU, dan KAU ambil kembali apa yang KAU pinjamkan untuk-ku sepanjang perjalanan hidupku selama 39 tahun ini. KAU ambil kembali haq-MU dengan pemergian satria cintaku, allahyarhamah bondaku JAMILAH SITI RAHMAH BIBAH BINTI IBRAHIM BIN KADIR BIN ABDULLAH 100 hari yang lalu. KAU ambil kembali haq-MU dengan pemergian pendekar mata hatiku, allahyarham ayahandaku, ISMAIL SITI KHALIJAH SITI HAJAR BIN ALI BIN YASIN di saat aku baru memulakan perjalanan PhD-ku di tahun pertama pengajian phD-ku. KAU ambil kembali haq-MU dengan pemergian rumahku syurgaku, teratak rindu ayahanda dan bondaku di Kampung Malan Dangi. Aku sedar Ya ALLAH, semua ini adalah milik-MU Ya ALLAH Ya MALIK yang KAU pinjamkan untuk-ku di dunia ini hanya sementara untuk aku merasai nikmat ini sebagai gambaran untuk nikmat-MU yang kekal di syurga-MU di akhirat nanti.

Ya ALLAH..KAU bangunkanlah untuk diriku sebuah mahligai di syurga-MU untuk aku hidup bahagia bersama-sama ayahanda dan bondaku serta seluruh ahli keluargaku di sana. 

Ya ALLAH..KAU izinkanlah aku menikmati keindahan perkahwinan BERMAKRIFAT yang telah KAU aturkan untukku bersama pendamping hidupku dunia dan akhirat, suamiku RABUAN RABIAH BIN KAMAL RAJALAH yang sudi mengahwiniku 7 bulan yang lalu. Bulan Sya'aban ini adalah bulan ke-8 usia perkahwinan kami. Sekalipun kami sedang diuji dalam perkahwinan ini Ya ALLAH, aku bersyukur kerana ENGKAU sentiasa memberikan aku ruang dan peluang untuk aku memperbaiki diri dan meruntuhkan tembok KEEGOAN diriku dalam proses mendidik-ku menjadi seorang isteri solehah buat suami yang aku hormati kerana-MU Ya ALLAH.

Ya ALLAH..KAU izinkanlah kami beroleh BAHAGIA di syurga dunia-MU ini dan kekal BAHAGIA di syurga akhirat-MU nanti bersama-sama anak yang soleh dan solehah.

Ya ALLAH..KAU izinkanlah diriku BERJAYA dengan CEMERLANG dalam pengajian PhD-ku dan BERJAYA bergraduasi pada bulan OKTOBER 2018 ini. Ini AMANAH dan AMANAT buat diriku dari karomah hidup dunia akhirat-ku dan guru kehidupan master phd-ku yang telah kembali kepada-MU Ya KHALIQ.

Izinkanlah Ya ALLAH..  

Apakah hikmah/berkah di saat ini di sebalik impian yang belum menjadi nyata itu?
Terlalu indah segala apa yang ENGKAU agendakan untuk diriku sehingga detik masa ini Ya ALLAH Ya BAARI' Yang Maha Perancang. Di sebalik setiap impian yang belum menjadi nyata inilah, aku semakin menyayangi diriku sendiri dan sedia memaafkan segala ketidaksempurnaan diriku dan sentiasa mensyukuri segala nikmat yang ALLAH kurniakan buat diriku yang terlalu istimewa di sisi-MU Ya ALLAH. 

Aku belajar untuk meruntuhkan saka yang telah bertapak lama di dalam diriku ini sedari aku kecil, iaitu KEEGOAN untuk rasa selamat dan ingin disayangi, serta tanpa aku sedari..ada KEEGOAN untuk berkuasa yang wujud dalam diriku ini. Sebelum ini, aku tidak pernah perasan dengan KEEGOAN ini sehinggalah ENGKAU hadirkan dirinya yang menjadi CERMINAN dan PANTULAN diriku sendiri. Terima kasih Ya ALLAH..Hadirnya diri seorang suami dalam kehidupanku adalah permulaan kehidupanku untuk aku KENAL ALLAH.

Aku berkehendak kepada-MU Ya ALLAH.

ENGKAU hadirkan solusi-MU untuk aku Mengenal-MU.

ALHAMDULILLAH..
Terima Kasih Ya ALLAH.

Tiada daya dan upaya-ku melainkan izin dari-MU jua.

Mudah-mudahan ada asbab kebaikan untuk diriku dan semua makhluk di muka bumi ini.


Terima kasih Ya ALLAH..
Semua ini ada hikmah dan berkah 
yang ALLAH Ya BAARI' Yang Maha Perancang sentiasa berikan kepada diriku.

Maafkanlah diriku Ya ALLAH Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab..
Aku sering merungut dan complaint
Maafkanlah kebodohanku..
Maafkanlah kesombonganku..
Maafkanlah ketamakanku..
Maafkanlah ketidaksyukuranku.

Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat-MU di bulan kelahiranku ini.

Pada pasangan hidup kita..kita memandang ALLAH.

Sesuatu CINTA yang tidak diikat 
dengan CINTA Rasulullah saw dan tembus memandang ALLAH 
akan menjadi beban bagi diri dan pasangan.

Terima kasih Guru Kehidupan Dunia Akhiratku, 
Suamiku Pintu Makrifat-MU Ya ALLAH Ya WADUD Yang Maha Pencinta..


[NOTA CINTA-MU UNTUK-KU]
38:27. Dan KAMI tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa HIKMAH. Yang demikian, itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu kerana mereka akan masuk neraka.
(QS. As-Sad, 38:27)


Wednesday, March 21, 2018

PHD#03

Salam Mahabbah Fillah 3 Rejab 1439H.. Hari RABU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.



 Alhamdulillah.. Aku bersyukur kepada-MU Ya ALLAH Ya Fattahul Alim yang mengizinkan diriku ini meneruskan Perjalanan Hati dan Doaku di tahun ke-8 perjuanganku di medan ilmu-MU ini. Ini adalah semester ke-15 jihad-ku fi sabilillah. Semoga Engkau Ya ALLAH permudahkan kembara ilmu-MU ini.



IF YOU WANT TO MAKE DREAMS COME TRUE, 
THE FIRST THING YOU HAVE TO DO IS WAKE UP.

WAKE UP FOR YOUR THESIS!



BIODATA MY BELOVED THESIS:
THE INFLUENCE OF HYDRODYNAMIC CHARACTERISTICS ON DISSOLVED OXYGEN (DO) AND CHLOROPHYLL-A DISTRIBUTION IN WESTERN JOHOR STRAIT, MALAYSIA.

TARIKH DAFTAR KELAHIRAN: 
28-12-2010 | 22 MUHARRAM 1432H
~SEMUANYA PASTI BERLALU~

TARIKH DESIGN KEMATIAN:
5 JUN 2012 | 15 REJAB 1433H
~SEMUANYA TELAH BERLALU~

TARIKH WAFAT: 
30-08-2018 | 18 ZULHIJJAH1439H
~INI JUA PASTI BERLALU~

GURU KEHIDUPAN MASTER PHD-KU:
ALLAHYARHAM DR. NOOR BAHARIM NORMAH BIN HASHIM
DR. NORALIANI BINTI ALIAS
DR. ZULHILMI BIN ISMAIL


PERJALANAN KEHIDUPAN MY BELOVED THESIS

TOPIK 01 -INTRODUCTION [31 Januari 2018] 

TOPIK 02 -LITERATURE REVIEW [28 Februari 2018]

TOPIK 03 -RESEARCH METHODOLOGY [31 Mac 2018]

TOPIK 04 -FIELD DATA COLLECTION AND ANALYSIS [30 April 2018]

TOPIK 05- EFDC HYDRODYNAMIC WATER QUALITY MODEL DEVELOPMENT AND                               MODEL APPLICATION [31 Mei 2018]

TOPIK 06- CONCLUSION AND RECOMMENDATION FOR FUTURE WORK [30 Jun 2018]


Ya ALLAH Ya HAYYU Ya QAYYUM
Ya DZAL JALALI WAL IKRAM..
La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minal Dzolimin..
Allahumma Solli 'Ala Muhammad


Permudahkanlah Ya ALLAH Perjalanan Hati dan Doa-ku sepanjang 29 Minggu berada dalam Carta Hati-ku ini. Kini telah memasuki Minggu Ke-6 dalam Carta Hatiku. ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH dengan izin-MU aku kembali mencintainya, My Beloved Thesis setelah beberapa ketika dahulu aku abaikan KESIHATAN dan PERTUMBUHAN-nya. Semoga Allah permudahkan perjalanannya menuju kematiannya dalam redha-MU Ya ALLAH dan dirinya redha kepada-MU dan pergi dalam keadaan tenang dan damai.



Belajar sehingga DEGREE 1 Kemestian,
Belajar sehingga MASTER 1 Impian,
Belajar sehingga PhD 1 Destinasi.


Namun, perjalanan Master PhD merupakan 1 Pelayaran,

Di mana ianya merupakan 1 Pengalaman,
Agar menjadi seorang yang ILMUAN.
#DrRoket(30-12-2017)

Friday, December 15, 2017

PHD#02

Salam Mahabbah Fillah 27 Rabiul Awal 1439H.. Hari SABTU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

FIKIR...Jangan Khuatir!

Jika ditanya bila kau akan BAHAGIA?

Jawabnya, HARI INI..

Tidak ada esok bagi mereka yang mengabaikan hari ini!

YESTERDAY ENDED LAST NIGHT!

Buka lembaran BARU dengan tekad dan AZAM yang BARU!

Terimalah realiti walaupun itu menyakitkan.
Menangislah sepuas-puasnya hingga apabila terasa kesedihan sudah di puncaknya.
Namun selepas itu, alirkan peluh untuk memperbaik atau mengubati realiti yang menyakitkan itu.

Hidup adalah perubahan yang tidak henti-henti.
Jangan cuba mengawalnya!
Kita tidak akan tahu QADA' QADAR ALLAH.
Itu rahsia dalam rahsia-NYA.
Apa yang kita tahu adalah apa yang telah terjadi.
Apa yang terjadi hari ini bukan apa yang akan terjadi esok.

Jadi..
Jangan cuba ambil tempat ALLAH, untuk menebak masa depan atau memadam masa silam.
Kita hanya hamba...hamba yang ilmunya sebatas hari ini.

MANFAATKANLAH HARI INI!

Hari esok?
Fikirkan tapi jangan sekali-kali khuatir.
Bingkas dan bangunlah.
Lihatlah betapa indahnya hari ini..

ALHAMDULILLAH..Terima Kasih ALLAH.

I Love You ALLAH for the rest of my life.

INDAHNYA HARI INI...

Ha HANNAN..
Denai hijau, langit biru, gunung kelabu
bukanlah sekadar bingkai satu pemandangan
yang mensuratkan sebuah keindahan
tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran
cermin alam yang mewajahkan kewujudanMU TUHAN

Denai, langit dan gunung
adalah satu cubitan kasih pada satu kealpaan
pada limpahan nikmat selaut indah
ke mana titisnya munajat seraut sembah?
sekian lama melihat alam penuh teratur
mengapa hati emas ini masih buta alpa bersyukur?

Denai, langit dan gunung
adalah pantulan lambang biasan tamsilan
gunung...bagai pasak teguh kemurnian IMAN
langit...hamparan saujana kelapangan ISLAM
denai...lembah subur kelembutan IHSAN
adalah citra di kanvas HATI EMAS ini rasa kehambaan

Ketika sunyi berwacanalah diri di dalam diri
YA HANNAN ..teguhkanlah IMAN-ku
seteguh gunung itu...

YA MANNAN..lapangkanlah ISLAM-ku
selapang langit biru...
dan lembutkanlah IHSAN-ku
selembut rumput di denai itu
nescaya bertamulah diri yang hakiki
di kamar HATI EMAS yang kenal ILAHI

Ya ALLAH..
tika gagah-MU bercermin alam sepenuh
terasa lemahku mencengkam diri seluruh
dan kolam HATI-ku takkan selamanya keruh!

SYUKUR ALHAMDULILLAH..

HARI INI BEGITU INDAH!

Tuesday, November 7, 2017

PHD#01

Salam Mahabbah Fillah 18 Safar 1439H.. Hari RABU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

My Partner After This World,

REMEMBER THE DAYS 
YOU PRAYED FOR THE THINGS YOU HAVE NOW!

AKU TERIMA NIKAHNYA...
09-09-2017 | 18-12-1438H (SABTU 10:37)
RABUAN BIN KAMAL RAJALAH
MAZNAH BINTI ISMAIL

Melafaz akad dengan syukur..
Ku terima nikahnya penuh harapan..
Semoga CINTA terbina dikurnia zuriat nan indah.
Agar ku sedar naluri wanita bergelar IBU.

Nukilan CINTA-ku buat-mu Ya Sayyidul Amin..

Sebenarnya, kepada siapa kita harus mencinta?
Kepada siapa kita mesti merindu?
Mungkin ada antara kita yang tertanya-tanya.
Adakah kepada kekasih hati?
Atau kepada si dia yang sentiasa diingati?

Oh! Bukan, bukan, bukan...

CINTA dan RINDU sewajarnya diserahkan kepada ALLAH.
Ini bukanlah sesuatu yang janggal 
justeru sebenarnya hati setiap manusia 
secara fitrahnya mencintai dan merindui ALLAH.

CINTA isteri atau CINTA suami ialah alat untuk mencapai CINTA ALLAH.
Ertinya, CINTA akan suami dan isteri mesti berdasarkan rasa CINTA kepada ALLAH.

Rumah tangga dibina atas dasar CINTA tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab. 
CINTA antara manusia tidak boleh terpisah daripada CINTA ALLAH.
Kesepaduan CINTA itulah yang melahirkan tanggungjawab.

Jika hanya ada CINTA tetapi tidak ada rasa tanggungjawab, lambat laun CINTA akan luntur dan rumah tangga akan terkubur. Sebaliknya, jika ada tanggungjawab tanpa rasa CINTA, rumah tangga akan hilang keindahan dan pudar serinya. Ketika kemanisan bertukar pahit, ketika keseronokan beralih kepada kesukaran, maka tinggallah rasa tangungjawab untuk menyempurnakan sebuah perkahwinan. Justeru, CINTA hakikatnya adalah satu AMANAH yang terpaksa 'ditanggung', akan 'dipersoalkan' oleh ALLAH dan setiap yang bercinta perlu 'menjawabnya'. 

CINTA itu suatu kuasa kerana ia terletak dalam HATI, 
raja yang paling berkuasa dalam kerajaan diri manusia.

PENGANTIN AL-QURAN

Dalam Al-QURAN, ada satu surah yang dinamakan 'Arus al-Quran' (Pengantin al-Quran), 
iaitu surah yang ke-55. Ia juga dikenali dengan nama surah ar-Rahman 
(Allah Pemberi Anugerah limpahan rahmat).

Pesanan penting dalam Pengantin al-Quran adalah perintah bersyukur, tidak mengingkari atau melupakan nikmat-nikmat yang ALLAH anugerahkan. Di situlah dikemukan pelbagai nikmat Tuhan yang dapat diraih oleh makhlukNYA, di dunia dan di akhirat kelak.
 .

CINTA bukan hanya kata-kata bermadah, tetapi CINTA adalah AMANAH daripada ALLAH. Sesungguhnya CINTA itu indah kerana ia adalah kurnia daripada ALLAH Yang Maha Indah. Justeru, jagalah kesucian dan keindahan CINTA itu dengan berkata kepada KEKASIH HALAL-mu :

Aku CINTA kepadamu kerana ALLAH!