Ramadhan
Engkau datang lagi
Bersama rahmat dari Tuhan
Aku bersyukur kepadaNya
Kerana dapat kita bertemu lagi
Ramadhan
Berjayakah aku
Merebut kelebihanmu
Ataukah aku tetap terleka
Membiarkan engkau pergi, tanpa kemesraan
Ramadhan
Aku bimbang
Jika ini pertemuan yang terakhir
Melaluimu....
Ku berkirim doa
Kepada Tuhan Yang Maha Esa
Mohon tempoh bersamamu lagi
Ramadhan
Bukannya aku tak rindu
Pulang ke pangkuanNya
Sebenarnya aku belum bersedia
Tuhan,
Berikanku tempoh
Berikanlah.....
Berikanlah.....
Agar dapat aku menyucikan jiwa
Sebelum pulang...