(QS. Ar-Ruum, 30:21)
Monday, November 30, 2015
ATM#007
(QS. Ar-Ruum, 30:21)
Sunday, November 22, 2015
ATM#006
Tangisanmu, meresahkanku
Kala itu,
Hanya satu harapanku, kebahagiaanmu.
Ku relakan hidupku hanya untuk melayanmu
Ku korbankan segalanya hanya untuk senyumanmu
Ku kiaskan DOA di setiap solat malamku untuk keselamatanmu.
Kerana CINTA-ku padamu selalu ada
Dan tidak kan pudar di gilas MASA, di makan usia
Adakah CINTA ini ada jua padamu, anakku?
Saturday, November 21, 2015
ATM#005
Biarkanlah aku terus merinduimu
Engkaulah matahariku,
Penerang dalam hidupku,
Engkaulah purnamaku,
Pembawa cahaya mata bika menatapmu,
Engkaulah bungaku,
Penenang jiwa bila mencium aromamu.
Bila Tuhan mengizinkan,
Aku ingin sekali bersujud kepadamu,
Sebagai tanda hormat dan maafku,
Kan ku basuh kakimu dengan air mata penyesalanku.
Izinkanlah aku malam ini kembali menjumpaimu,
Dalam mimpi-mimpi indahku,
Walai kita terhad ruang dan waktu,
Tapi hati kita akan terus bersatu,
Menyatu dalam satu.
Monday, November 16, 2015
ATM#004
Salam Mahabbah Fillah 5 Safar 1437H.. Hari Selasa yang damai dan penuh kasih sayangNYA.. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan..
Lakaran Luahan Hati Emas ini kupersembahkan buat allahyarham ayahanda tercinta, Ismail bin Siti Khalijah yang setia mengajar dan mendidik erti sebuah bakti..
Buat bonda yang dikasihi, Jamilah binti Ibrahim insan penyabar yang selalu kurindui..
Serta untuk sahabat semua yang percaya bahawa kebahagiaan ayah dan bonda adalah kunci kejayaan kita di dunia dan di akhirat..
'I Love U Dad' membawa saya mengimbau kembali kehangatan kasih sayang, pengorbanan, jerit perih seorang ayah yang telah meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.
Di sebalik ketenangan pada raut wajahnya, saya tahu keperitan yang dihadapinya demi memastikan anak-anak berjaya dalam kehidupan. Biarlah dia berbaju buruk dan lusuh, asalkan anak-anak berbaju baru dan gembira. Bila kami memejamkan mata terlena pada malam hari, mata ayah masih terbuka luas, pemikiran ayah menerawang memikirkan di mana esok hendak mendapatkan duit. Dia tidak pernah menyesal dilahirkan miskin, tetapi dia akan lebih rasa bersalah jika dia mewariskan kemiskinan itu untuk anak-anak.
Walau ayah tidak berpendidikan tinggi tetapi tindakan dan keputusan ayah bàk pegawai tadbir yang baik, ayah bijak merancang, ayah bijak memutuskan sesuatu, sehinggakan kekadang ayah menjadi hakim yang tegas tapi bijaksana àpabila anak-anak berebutkans sesuatu.
Ayah adalah segala-galanya dalam hidup kita. Tanpa ayah, siapalah kita di atas muka bumi ini. Di samping tangan lembut ibu yang melahirkan, ada peluh ayah yang membesarkan. Hargailah ayah, kerana dia terlalu menghargai kita, dia menatang kota seperti menatang minyak yang penuh, penuh dengan harapan agar kita menjadi pembelanya.
Al-Fatihah buat ayahanda terchinta,
Al-Fatihah buat semua ayah di luar sana.
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya.
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa.
Dengan kata azimat,
Engkau nyalakan semangat,
Restu dan DOA kau iringkan.