Saturday, December 12, 2015

ATM#010

Salam Mahabbah Fillah 1 Rabiul Awal 1437H..

Salam Bulan Kelahiran Rasulullah ﷺ ❤️��❤️����

الصلاة والسلام عليك يا رسول الله
Selawat dan Salam ke atasmu Ya RASULALLAH ❤️❤️❤️

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ .

Imam al-Suyuti rahimahullahu telah berkata:

ويستحب لنا اظهار الشكر بمولده والاجتماع والاطعام ونحو ذلك من وجوه القربات واظهار المسرات (الحاوى للفتاوى)

Disunatkan bagi kita menzahirkan rasa kesyukuran dengan kelahiran Baginda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa sallam dan berkumpul, memberi makanan dan seumpamanya itu termasuk perkara yang mendekatkan diri kepada ALLAH serta menunjukkan rasa kesukaan

Inilah nikmat yang agung sehingga para ulama menyebut:

كل ما حدث في الإسلام يعتبر فرع منه

Setiap apa yang berlaku di dalam ISLAM adalah merupakan cabang daripadanya (maulid nabi)

Salam Maulidur Rasul daripada Jamilah binti Ibrahim sekeluarga..❤️��

~Kami suku Biduanda~

Luak Johol adalah sebuah luak* adat di Negeri Sembilan. Luak ini terletak di bahagian tenggara Negeri Sembilan meliputi kawasan Gemencheh, Gemas, Air Kuning dan Inas.

Sebelum kedatangan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan, luak ini didiami oleh orang Biduanda. Ketua mereka bergelar Batin dan pembantunya bernam Jenang. Ketua orang Biduanda yang mula – mula meneroka luak Johol ialah seorang perempuan yang dikenal dengan nama Nenek Kerbau.
Tidak lama kemudian, seorang Orang Besar dari Minangkabau bernama Datuk Melengkar Alam dan isterinya bernama Tok Koyan telah datang ke Negeri Sembilan lalu menetap di tempat yang bernama Pasir Besar. Di situlah mereka beroleh seorang anak lelaki dinamakan Johol. Setelah Johol dewasa ia telah diberi gelaran oleh Sultan Johor gelaran ’Johan Pahlawan Lela Perkasa.’

Dari Pasir Besar, Johan Pahlawan Perkasa berpindah ke tempat yang bernama Air Keruh** lalu berkahwin dengan Nenek Kerbau, ketua orang Biduanda. Pasangan ini kemudiannya beroleh seorang anak perempuan yang dinamakan Puteri Kunun.

Nenek Kerbau telah memerintah di luak Johol termasuk Seri Menanti, Jempul dan Hulu Muar dengan dibantu oleh suaminya Johan Pahlawan Lela Perkasa yang diberi gelaran Datuk Johol. Datuk Johol ini telah menggalakkan orang dari Minangkabau tinggal di Johol.

Setelah Sultan Johor Sultan Mahmud Shah II mangkat* pada 1699, Datuk Johol telah menjemput Bendahara Sekudai bernama Liman datang ke Johol. Dalam perjalanan bendahara tersebut telah membuka dan menawan beberapa kawasan baru. Akhirnya pada tahun 1720 beliau telah sampai ke Ulu Tanggai yang terletak di Johol. Beliau kemudiannya telah dikahwinkan dengan Puteri Kunun iaitu anak Nenek Kerbau dan Datuk Johol.

Puteri Kunun telah memeluk Islam dan memakai nama Siti Hawa. Oleh sebab, Siti Hawa merupakan pemerintah di abad 18 pada ketika itu, maka beliau telah diwajibkan memperlengkapkan diri dengan amalan kebatinan dengan menuntut menerusi pertapaan di pergunungan. Beliau memilih Gunung Rembau menjadi destinasi menuntut ilmu kebatinan tersebut, hingga diberi gelaran Siti Awan berdasarkan secara amali beliau sering menetap di pergunungan berbulan – bulan.

Setelah Datuk Johol meninggal dunia, Siti Awan yang bergelar ` Dato’ Johan Lela Perkasa Sitiawan’ telah menggelarkan dirinya Datuk Undang pada tahun 1723 dan dialah Datuk Undang Johol yang pertama.

Setelah menjadi ketua pemerintah di luak Johol selama lebih kurang dua puluh empat tahun, pada tahun 1747 Datuk Puteri Siti Awan inipun meninggal dunia. Jenazahnya dikebumikan di tempat yang sekarang bernama Tanggai.

Setelah itu, beliau telah digantikan oleh seorang perempuan bernama Datuk Rambut Panjang sebagai Undang Johol yang kedua. Beliau ini pula telah memerintah Johol selama tiga belas tahun dan meninggal dunia dalam tahun 1760.

Tempat beliau telah digantikan pula oleh Datuk Siti Awan II juga seorang perempuan. Beliau telah memerintah Johol sehingga tahun 1790.

Setelah kematian beliau pada tahun 1790, Datuk Undang Johol yang keempat ialah seorang lelaki bernama Datuk Rambutan Jantan. Sejak itu, semua Datuk Undang Johol ialah lelaki.

Berikut disenaraikan nama Datuk Undang Johol dari yang pertama hingga kajian ini dibuat :

1. Datuk Sitiawan I (Perempuan) ..1723-1747

2. Datuk Rambut Panjang (Perempuan) .. 1747-1760

3. Datuk Sitiawan II (Perempuan) .. 1760-1790

4. Datuk Rambutan Jantan (Lelaki) .. 1790-1810

5. Datuk Nuri (Lelaki) ..1810-1820

6. Datuk Abu Bakar (Gobah) .. 1820-1840

7. Datuk Saeto (Datuk Eto) .. 1840-1901

8. Datuk Wan Omar bin Wan Hassan .. 1901-1918

9. Datuk Kamat bin Haji Sulaiman ..1919-1947

10. Datuk Haji Abdul Manap bin Tolok .. 1947-1973

11. Datuk Haji Abdul Majid bin Wahid.. 1973- 1985

12. Datuk Haji Abdul Rahman bin Mohd Som.. 1985-1988

13. Datuk Haji Abdul bin Ali .. 1988-2007

14.Datuk Haji Mohd Jan bin Abdul Ghani .. 2007 sehingga kini.

ATM#009

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam Mahabbah Fillah..
Wahai sahabatku yg dikasihi selalu..

30 Safar 1437H..
12 Disember 2015..                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah, di hari SAbTU yang mulia ini kami bersyukur kerana kami masih mempunyai kekuatan untuk mengerjakan amal ibadat  seperti yang diajar oleh junjungan kami Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Ya Allah kekalkanlah  segala amalan kami ini secara berterusan dan anugerahkan kami dengan syurga firdaus Mu.

Ya Allah berilah keinsafan kepada diri kami dan ingatkan kami bahawa hari ini kami masih kuat dan gagah tapi esok mungkin nak bangun pun kami termengah-mengah; jadi berilah kami kekuatan untuk mengerjakan suruhanMu Ya Allah, kerana kami takut esok belum tentu ada lagi peluang bagi kami beribadah.

Ya Allah berilah kami laluan di hari ini dengan tabah kerana hari esok belum tentu ada bagi kami.

Ya Allah janganlah kami berasa bangga dan bermegah dengan maksiat kerana esok kami mungkin menyesal sebab esok kami mungkin tidak lagi berpakaian baju dan jubah tetapi hanya kain kafan yang tiada lagi gah.

Ya Allah kuatkan ketaatan dan amal ibadah kami dengan istiqamah kerana seandai esok datang ketentuanMu Ya Allah, kami dapat menerimanya dengan redha dan tabah.

Ya Allah jika di hari ini masih ada silap dan salah kami, perbetulkanlah Ya Allah dan terimalah istighfar dan taubat kami Ya Allah.

Ya Allah hari ini kami di dalam taqdir Mu Ya Allah dan esok kami hanya dalam ilmuMu Ya Allah.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur dan redha dan bersabar menghadapi segala ujian Mu.

Ya Allah makbulkanlah segala hajat kami dan Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati kami.

Ya Allah  kurniakan kami rezeki yang halal serta diberkati, mudah mudahan dengan rezeki tersebut, kami semakin lebih mendekati Mu Ya Allah.

َYa Allah kami bermohon agar kedua ibubapa kami dianugerah tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
������������������

Monday, December 7, 2015

ATM#008

Salam Mahabbah Fillah 26 Safar 1437H..

TERUS MELANGKAH..

Saban hari, makin dekat tarikh PERTEMUAN kita.
Aku rasakan bagai sudah ribuan tahun aku di jalan ini
Menuju MU..
Tapi masih belum sampai.
Sudah hampir tapi masih jauh.

Namun aku masih melangkah,
Walau pipi dibasah tangis,
Walau angin menginjak jasad,
Walau tertoreh lutut terpatah tulang,
Walau lebam dan luka membalut segenap hati,
Aku tetap melangkah..
Menuju MU.

Hanya satu arah,
Satu Arah:
Menuju MU.

DariMU, kepadaMU.
Aku tidak punyai apa-apa.
Kosong.
Miskin itu aku.

Aku tetap melangkah
Kerana usai tenggelamnya matahari ada terbit,
Usai ribut melanda ada tenang,
Usai jatuh runtuh ada bangun kukuh,
Usai setiap tangis ada jernih di mata,
Dan pada setiap tikaman, ada luka yang perlahan sembuh,
Sungguh, kau pasti lebih kuat dari sebelumnya.

Aku terus melangkah
Kerana Wallahi, aku tiada apa-apa tanpa rahmatMU
Aku kosong tanpa janji-janjiMU
Kata-kataMU
JanjiMU;

84:06.
Wahai manusia!
Sesungguhnya engkàu sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
(QS. Al-Insyiqaaq, 84:6)