Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.
ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..
Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.
LATIHAN HARI PERTAMA BUKU AJARI HATIKU
1. Apakah hal-hal yang sangat aku harapkan namun ia belum hadir lagi? Senaraikan....
Ya ALLAH..izinkanlah diriku ini meruntuhkan segala SAKA KEEGOAN yang telah bertapak di dalam diriku sejak aku kecil tanpa aku menyedarinya. Saat dan tika ini, baru aku menyedarinya Ya ALLAH. Sembuhkanlah depresi yang aku alami sejak 2004 yang lalu, dan kembalikanlah diriku kepada diriku yang SEJATI yang sentiasa REDHA dengan setiap agenda-MU dalam proses kehidupanku menuju CINTA-MU.
2. Apakah hikmah atau berkah di saat ini yang ada di sebalik impian yang belum menjadi nyata itu? (Pasti ada...hening sebentar dan tanyakan pada hati...)
ALHAMDULILLAH..Melalui ujian HATI ini KAU hadirkan aku CAHAYA CINTA NUR MUHAMMAD yang aku cari selama ini. Permata yang hilang itu telah aku temui YA ALLAH YA NUR YA HADI YA HAQ. Izinkanlah aku terus dalam sinar kasih-MU ini dan menjadi alat-MU dalam menyebarkan cahaya CINTA-MU ini kepada insan yang aku cintai kerana-MU YA ALLAH YA WADUD dan sesiapa sahaja yang bersamaku.
Sentiasa ingat untuk memberitahu orang yang anda sayang bahawa anda menyayangi mereka.
Terima kasih satria cintaku, allahyarhamah MAK jamilah siti rahmah bibah binti ibrahim bin kadir bin abdullah kerana sentiasa sudi menjadi GURU KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT bagi diri adik maznah jamilah binti ismail. Al-Fatihah with LOVE buatmu bonda, 101 hari pemergianmu menghadap Ya ALLAH YA KHALIQ di bulan RABIUL AKHIR 1439H yang berkat.
Terima kasih waliku, ANGAH mazlan jamilah bin ismail kerana sentiasa menjadi GURU DISIPLIN dalam proses kehidupan adik sepanjang 39 tahun usia adik ini.
Terima kasih waliku, ALANG mohd yazid jamilah bin ismail kerana sentiasa menjadi GURU DISIPLIN dan pendekar mata hatiku dalam proses kehidupan adik sepanjang 39 tahun usia adik ini.
Terima kasih pembimbing rohaniku, ACHIK radzuran jamilah bin ismail kerana sentiasa ada saat adik memerlukanmu, saat suka mahupun duka. Tanpa aku memberitahumu hal yang berlaku kepada diriku, pasti dirimu tahu kesulitan yang aku alami. Diriku terlalu dominan di hatiku dan begitu jua dirimu terlalu dominan di hatiku. Dirimu adalah pantulan diri insan pertama yang aku cintai, superheroku, wali karomah dunia akhirat akhiratku, allahyarham AYAH ismail siti khalijah siti hajar bin ali bin yasin yang telah kembali kepadaMU YA ALLAH YA KHALIQ 7 tahun yang lalu, di bulan REJAB 1432H yang mulia. Dirimu persis diri ayah yang terlalu aku rindukan. Memandangmu dan berbual denganmu menjadi pengubat rinduku pada insan hebat yang menjadikan diriku seperti adanya aku pada hari ini. Izinkanlah YA ALLAH..aku mengambil sedikit semangat juang insan hebat ini yang cekal hatinya dan tabah jiwanya walau diuji dengan pelbagai peristiwa dalam kehidupannya di dunia. Mudah-mudahan ini menjadi asbab kebaikan buatnya di akhirat nanti, dan KAU bangunkan buatnya sebuah mahligai indah di syurga FIRDAUSI-MU bersama bidadari kesayangannya, bonda jamilah siti rahmah bibah bin ibrahim bin kadir bin abdullah yang amat dicintainya.
Terima kasih kekanda kesayanganku, ALONG robiah jamilah bin ismail kerana sentiasa menjadi GURU LEMBUT dalam proses kehidupan adik sepanjang 39 tahun usia adik ini.
Terima kasih suamiku, tuan yang dipercayai rabuan rabiah bin kamal rajalah kerana sudi menjadi GURU DISIPLIN dalam proses kehidupan menjadi isteri solehah buatmu dalam perkahwinan BERMAKRIFAT kita sejak 7 bulan yang lalu.
Terima kasih guru penyembuh emosiku, puan coach azeannira abdul azeh kerana sudi menerimaku menjadi muridmu yang serba kedhaifan dan kejahilan ini untuk dibersihkan jiwaku menjadi diri seorang maznah jamilah binti ismail yang SEJATI. Terima kasih yang tidak terhingga jua kepada puan coach diyana tahir kerana menjadi pemangkin semangat untuk diriku sembuh dari depresi yang menziarahi-ku sejak tahun 2004. Terima kasih jua buat insan hebat, coach Nora Zyan yang mendidik diriku menjadi satria cinta yang mencintai dan menyayangi diriku sendiri. Terima kasih Ya ALLAH mengizinkan diriku untuk bertemu insan hebat ini dalam aku mencari diriku yang SEJATI, KAU hadirkan mereka untuk membantuku membawa aku kepada-MU untuk aku mengenal-MU dan mencintai-MU Ya ALLAH YA WADUD Yang Maha Pencinta.
Berlembut dengan diri anda (Be gentle with yourself)...maafkan dirimu.
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..Izinkanlah aku memaafkan segala kekhilafan dan ketidaksempurnaan diriku ini kerana aku berhak untuk memaafkan dan aku seorang pemaaf.
Sila tonton video khas ini untuk kita sama-sama renungi...
AFIRMASI DIRI
[Letakkan tangan kananmu di dada kirimu.
BACA afirmasi diri ini dalam keadaan tenang.
RASA-kan degupan jantungmu dan RASA-i KASIH SAYANG ALLAH padamu.
Ulangi afirmasi diri ini hingga terbit 'RASA' di dalam hatimu]
DIRIKU DISAYANGI
DIRIKU DICINTAI
TERIMA KASIH wahai guru-guruku
TERIMA KASIH atas hadirmu
TERIMA KASIH atas pengorbanan dan tunjuk ajarmu
TERIMA KASIH kerana ada disampingku
TERIMA KASIH YA ALLAH
atas BIMBINGAN dan KASIH SAYANG-MU.
GEMURUH JIWA SEMANGAT MEMBARA...
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya kan pasti terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
menyerlah jauh dari yang biasa
RUJUKAN:
REVOLUSI HATI: AJARI HATIKU AGAR BERSYUKUR & DAMAI (DIYANA TAHIR, 2018)
ANDAI KU TAHU BAGAIMANA UNTUK MENCINTAI MU (AZEANNIRA ABDUL AZEH, 2017)