1 HARI; 3500 KATA.
10 HARI; 35,000 KATA.
15.12.2024 | 13
JAMADIL AKHIR 1446H AHAD 12:04
ALHAMDULILLAH, SYUKUR YA ALLAH YA SYAKUR YA WADUD DI ATAS
NIKMAT KEBERLIMPAHAN CINTA DAN KASIH SAYANGMU , YA RAHMAN YA RAHIM YA WADUD,
DENGAN PENUH BELAS KASIH DAN DIKAU MEMBERI TANPA SEMPAT DAKU MEMINTA, YA ALLAH
YA ROUF YA KAREEM.
MASHAA ALLAH TABAROKALLAH.
SYUKUR YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH YA SYAKUR YA WADUD…YANG
SENTIASA MENGHARGAI SETIAP MAKHLUK CIPTAANNYA DENGAN PENUH CINTA DAN
KESEMPURNAANMU YA ALLAH.
HARI INI, SAAT INI, IZINKANLAH YA ALLAH, UNTUK KAK MAZNAH
MENULIS 3,500 KATA SETIAP HARI. TANPA KUDRAT DAN IRADATMU, TIDAKLAH MAMPU UNTUK
KAK MAZNAH MENULIS DENGAN BAIK DAN KATA-KATA PENUH HIKMAH DAN KEBIJAKSANAANMU
INI YA ALLAH YA ‘ALIM YA HAKIM YA ROSHID, DAN AJARILAH KAK MAZNAH UNTUK MEMBERI
MANFAAT KEPADA DIRI SENDIRI, SUAMI, ANAK-ANAK, IBU AYAH, ADIK BERADIK DAN JUGA
UMMAH. SEMATA-MATA KERANAMU YA ALLAH, DAN KEGEMBIRAAN BAGINDA RASULULLAH
SOLLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM.
MULAI SAAT INI,
MINDAKU, AKU TUAN
PERASAANKU, AKU TUAN
EMOSIKU, AKU TUAN
TUBUH BADANKU, AKU TUAN
YANG SENTIASA DALAM JAGAAN, LINDUNGAN, DIPAGARI CINTA DAN
KASIH SAYANGMU, DALAM PENTADBIRANMU YANG MAHA AGUNG, YA ALLAH YA ADZIM YA HAFIZ
YA MUHAIMIN, YA BAARI’ YA QUDDUS.
TERIMA KASIH YA ALLAH, ISTIQOMAHKAN DAKU UNTUK SENTIASA
MERASAI KEBERLIMPAHAN CINTA DAN KASIH SAYANGMU, DENGAN PENUH HIKMAH DAN
KEBIJAKSANAANMU, YA ALIM YA HAKIM YA ROSHID, DENGAN PANCARAN CAHAYA MAKRIFATMU,
CAHAYA PETUNJUK KEBENARANMU, YA NUR YA HAADI YA HAQ, CAHAYA NUR MUHAMMAD-MU ,
YANG MENERANGI SELURUH ALAM BUANA INI.
HARI INI, ADALAH HARI KE-6 DALAM 99 HARI DENGAN ASMAUL
HUSNAMU, YA ALLAH. SETIAP 99 HARI, IZINKAN DAKU RESET, 1 HARI 1 ASMAUL HUSNAMU
DALAM KEHIDUPANKU SEPANJANG 16, 249 HARI DAKU DIPERNAFASKAN OLEHMU YA ALLAH YA
HAYYU YA QUYYUM YA DZALJALALI WAL IKRAM.
SYUKUR YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH, DI ATAS NIKMAT NAFAS
YANG SENTIASA DIKAU PERNAFASKAN KU SEHINGGA DETIK MASA INI. SAAT INI, KETIKA
INI, DIKAU DEGUPKAN JANTUNGKU INI DENGAN PENUH KESEDARAN YANG TINGGI, DAKU
MENYEDARINYA DAN MERASAKAN ENGKAU SANGAT DEKAT DENGANKU.
HARI INI, AKU DIPERKENALKAN DENGAN NAMA-MU YA MUKMIN, YANG
MAHA MENGAMANKAN DAN MEMBERI NIKMAT KEIMANAN KEPADA DIRIKU SEHINGGA DETIK MASA
INI.
YA ALLAH, IZINKANLAH YA ALLAH UNTUK AKU NIATKAN UNTUK BELAJAR
DAN MENGAJAR, MENGAMBIL DAN MEMBERI PERINGATAN, MENGAMBIL MANFAAT DAN MEMBERI MANFAAT,
MENGAMBIL FAEDAH DAN MEMBERI FAEDAH, BERPEGANG TEGUH PADA KITAB ALLAH SWT, DAN
SUNNAH RASULULLAH SOLLALLAHU ALAIHI WASALLAM , MENYERU KEPADA PETUNJUK,
MENUNJUK KE ARAH KEBAIKAN, MENUNTUT DAN MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT,
MENDEKATKAN DIRI DAN MENDAPATKAN BALASAN DARI ALLAH SWT.
SYUKUR YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH, DENGAN NIKMAT DARAH
JENIS O YANG DIKAU ANUGERAHKAN KEPADA DIRIKU YANG BERUNTUNG, TERPILIH, DAN
BERTUAH INI YA ALLAH.
TERIMA KASIH YA ALLAH, KERANA DIKAU ANUGERAHKAN KEPADA
SUAMIKU DARAH JENIS A, YANG SANGAT ANALITIK DALAM TINDAKANNYA. INILAH HADIAH
YANG TERINDAH DAN TERAGUNG YANG DIKAU ANUGERAHKAN KEPADAKJU YA ALLAH, MELALUI
JALAN PERNIKAHAN ANTARAKU DAN SUAMIKU, DARAH JENIS O DAN JENIS A YANG SALING
MELENGKAPI ANTARA SATU SAMA LAIN.
SYUKUR ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH ALLAH YA SYAKUR YA WADUD,
YANG MENEMUKAN BAHAGIAKU SEMUDAH NAFASKU, DI SEBALIK JALAN SPIRITUAL YANG PALING
TINGGI INI, IAIITU JALAN PERKAHWINAN INI.
SYUKUR YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH YA SYAKUR DI ATAS
ANUGERAH TERINDAH, SUAMI PILIHAN ALLAH YANG TERBAIK UNTUK DIRIKU INI YA ALLAH.
ALLAH, LAMA DAH MAZNAH TAK TULIS BLOG YA ALLAH..
RINDU NAK MENULIS KEMBALI DALAM BLOG YA ALLAH..
Dear
Ya ALLAH,
Whenever
I feel hard in my study,
Remind
me this is JIHAD and for the sake of my lovely family.
Please
Ya ALLAH,
Open my heart during my study,
Don't
raise my ego during my success.
ALHAMDULILLAH, SYUKUR YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH YA
SYAKUR YA WADUD, DENGAN LIMPAH KURNIA DAN RAHMAT KASIH SAYANGMU, KAK MAZNAH
KINI LEBIH YAKIN UNTUK MENULIS KERANAMU YA ALLAH, UNTUK MENGAMBIL MANFAAT DAN
MEMBERI MANFAAT KEPADA DIRI, DAN ORANG DI SEKELILING KAK MAZNAH, SERTA SELURUH
UMMAH, DENGAN GAYA PENYAMPAIAN YANG SANTAI, NAMUN SAMPAI KE LUBUK HATI YANG
SANGAT DALAM, DEEP GITUWWWW….
SATU PERKARA YANG KAK MAZNAH BELAJAR HIKMAHNYA DIPERJALANKAN
DENGAN SEBUAH KEGAGALAN DALAM STUDI DAN PERKAHWINAN YANG PERTAMA DAHULU.
TANPA KAK MAZNAH MELALUI PROSES PEMBELAJARAN INI, MANA
MUNGKIN KAK MAZNAH TAHU , APA ERTINYA SEBUAH KEJAYAAN, TANPA PERNAH TAHU APA
ITU KEGAGALAN.
KEGAGALAN ADALAH SATU PROSES SEBUAH KEJAYAAN YANG
SEBENARNYA. BERANI UNTUK MELALUI PROSES PEMBELAJARAN INI, ADALAH SATU KEJAYAAN YANG
SANGAT BESAR DALAM KEHIDUPAN SEORANG MAZNAH JAMILAH ISMAIL.
TERIMA KASIH YA ALLAH, DENGAN PERJALANAN DI PERBUKITAN ILMU
DI UKM BANGI, DAN JUGA DI TAMAN ILMU, UTM SKUDAI SEJAK DARI 1999-2020
(KIRA-KIRA 21 TAHUN DALAM BIDANG AKADEMIK INI)..
MASHAA ALLAH TABAROKALLAH…HEBATNYA ENGKAU YA BAARI’ YANG
MAHA MENGATUR DENGAN PENUH KESEMPURNAANMU. ENGKAULAH YA QADIR YA MUQTADIR YANG
MAHA MENENTUKAN TAKDIR YANG TERINDAH DAN TERBAIK BUAT DIRIKU YANG SERBA KHILAF,
JAHIL, FAQIR LAGI SANGAT MEMERLUKANMU SETIAP SAAT DAN SETIAP KETIKA INI.
SEDAR TAK SEDAR, BANYAK PENGALAMAN HIDUP YANG TELAH ENGKAU
PERSIAPKAN UNTUK MENJADIKAN DIRI SEORANG MAZNAH DI HARI INI.
TIDAK ADA YANG SIA-SIA, YANG ENGKAU CIPTAKAN UNTUK YA ALLAH
YA BAARI’ YA QUDDUS, SEMUANYA PENUH DENGAN KEBAIKANMU YA ALLAH YA BARR YA KAREEM.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU YANG MEMBIMBING ROHANI, JASMANI
DAN AQLIKU SEHINGGA USIAKU 44 TAHUN (MASIHI) DAN 45 TAHUN (HIJRIAH) INI…
PERJALANAN HATI DAN DOA INI, MY PHD JOURNEY INI SANGAT INDAH
YA ALLAH, CUMA DAKU KHILAF DALAM MENSYUKURI NIKMAT MENUNTUT ILMU KERANAMU INI
YA ALLAH.
SEBELUM INI, AKU TIDAK SEDARI BAHAWA, AKULAH INSAN YANG
TERPILIH, BERUNTUNG DAN BERTUAH KERANA MENJADI SEORANG PELAJAR DI BIDANG
KEJURUTERAAN AWAM INI, KHUSUSNYA PELAJAR KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR, YANG SELALU
BERMAIN DENGAN LAUT DAN SUNGAI.
ALLAH TELAH PERSIAPKAN DIRIKU DENGAN PENUH HIKMAHNYA DAN
KEBIJAKSANAANYA , YA ‘ALIM YA HAKIM YA ROSHID YA NAAFI’ YA WADUD..
HARI INI, ALLAH KEMBALIKAN DIRI MAZNAH YANG SUKA MENULIS
SETIAP HARI DI RUANGAN BLOG PERIBADINYA, UNTUK MENZAHIRKAN KESYUKURAN KEPADA
ALLAH YA SYAKUR YA WADUD, YANG MENCIPTAKAN DENGAN PENUH CINTA DAN KASIH
SAYANGMU.