Saturday, December 14, 2024

MyKalam365: BicaraCINTA001

 1 HARI; 3500 KATA.

10 HARI; 35,000 KATA.

 KOMUNIKASI YANG BAIK & POSITIF.

15.12.2024  | 13 JAMADIL AKHIR 1446H AHAD 12:04

 

ALHAMDULILLAH, SYUKUR YA ALLAH YA SYAKUR YA WADUD DI ATAS NIKMAT KEBERLIMPAHAN CINTA DAN KASIH SAYANGMU , YA RAHMAN YA RAHIM YA WADUD, DENGAN PENUH BELAS KASIH DAN DIKAU MEMBERI TANPA SEMPAT DAKU MEMINTA, YA ALLAH YA ROUF YA KAREEM.

 

MASHAA ALLAH TABAROKALLAH.

 

SYUKUR YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH YA SYAKUR YA WADUD…YANG SENTIASA MENGHARGAI SETIAP MAKHLUK CIPTAANNYA DENGAN PENUH CINTA DAN KESEMPURNAANMU YA ALLAH.

 

HARI INI, SAAT INI, IZINKANLAH YA ALLAH, UNTUK KAK MAZNAH MENULIS 3,500 KATA SETIAP HARI. TANPA KUDRAT DAN IRADATMU, TIDAKLAH MAMPU UNTUK KAK MAZNAH MENULIS DENGAN BAIK DAN KATA-KATA PENUH HIKMAH DAN KEBIJAKSANAANMU INI YA ALLAH YA ‘ALIM YA HAKIM YA ROSHID, DAN AJARILAH KAK MAZNAH UNTUK MEMBERI MANFAAT KEPADA DIRI SENDIRI, SUAMI, ANAK-ANAK, IBU AYAH, ADIK BERADIK DAN JUGA UMMAH. SEMATA-MATA KERANAMU YA ALLAH, DAN KEGEMBIRAAN BAGINDA RASULULLAH SOLLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM.

 

MULAI SAAT INI,

MINDAKU, AKU TUAN

PERASAANKU, AKU TUAN

EMOSIKU, AKU TUAN

TUBUH BADANKU, AKU TUAN

YANG SENTIASA DALAM JAGAAN, LINDUNGAN, DIPAGARI CINTA DAN KASIH SAYANGMU, DALAM PENTADBIRANMU YANG MAHA AGUNG, YA ALLAH YA ADZIM YA HAFIZ YA MUHAIMIN, YA BAARI’ YA QUDDUS.

 

TERIMA KASIH YA ALLAH, ISTIQOMAHKAN DAKU UNTUK SENTIASA MERASAI KEBERLIMPAHAN CINTA DAN KASIH SAYANGMU, DENGAN PENUH HIKMAH DAN KEBIJAKSANAANMU, YA ALIM YA HAKIM YA ROSHID, DENGAN PANCARAN CAHAYA MAKRIFATMU, CAHAYA PETUNJUK KEBENARANMU, YA NUR YA HAADI YA HAQ, CAHAYA NUR MUHAMMAD-MU , YANG MENERANGI SELURUH ALAM BUANA INI.

HARI INI, ADALAH HARI KE-6 DALAM 99 HARI DENGAN ASMAUL HUSNAMU, YA ALLAH. SETIAP 99 HARI, IZINKAN DAKU RESET, 1 HARI 1 ASMAUL HUSNAMU DALAM KEHIDUPANKU SEPANJANG 16, 249 HARI DAKU DIPERNAFASKAN OLEHMU YA ALLAH YA HAYYU YA QUYYUM YA DZALJALALI WAL IKRAM.

 

SYUKUR YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH, DI ATAS NIKMAT NAFAS YANG SENTIASA DIKAU PERNAFASKAN KU SEHINGGA DETIK MASA INI. SAAT INI, KETIKA INI, DIKAU DEGUPKAN JANTUNGKU INI DENGAN PENUH KESEDARAN YANG TINGGI, DAKU MENYEDARINYA DAN MERASAKAN ENGKAU SANGAT DEKAT DENGANKU.

 

HARI INI, AKU DIPERKENALKAN DENGAN NAMA-MU YA MUKMIN, YANG MAHA MENGAMANKAN DAN MEMBERI NIKMAT KEIMANAN KEPADA DIRIKU SEHINGGA DETIK MASA INI.

 

YA ALLAH, IZINKANLAH YA ALLAH UNTUK AKU NIATKAN UNTUK BELAJAR DAN MENGAJAR, MENGAMBIL DAN MEMBERI PERINGATAN, MENGAMBIL MANFAAT DAN MEMBERI MANFAAT, MENGAMBIL FAEDAH DAN MEMBERI FAEDAH, BERPEGANG TEGUH PADA KITAB ALLAH SWT, DAN SUNNAH RASULULLAH SOLLALLAHU ALAIHI WASALLAM , MENYERU KEPADA PETUNJUK, MENUNJUK KE ARAH KEBAIKAN, MENUNTUT DAN MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT, MENDEKATKAN DIRI DAN MENDAPATKAN BALASAN DARI ALLAH SWT.

 

SYUKUR YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH, DENGAN NIKMAT DARAH JENIS O YANG DIKAU ANUGERAHKAN KEPADA DIRIKU YANG BERUNTUNG, TERPILIH, DAN BERTUAH INI YA ALLAH.

 

TERIMA KASIH YA ALLAH, KERANA DIKAU ANUGERAHKAN KEPADA SUAMIKU DARAH JENIS A, YANG SANGAT ANALITIK DALAM TINDAKANNYA. INILAH HADIAH YANG TERINDAH DAN TERAGUNG YANG DIKAU ANUGERAHKAN KEPADAKJU YA ALLAH, MELALUI JALAN PERNIKAHAN ANTARAKU DAN SUAMIKU, DARAH JENIS O DAN JENIS A YANG SALING MELENGKAPI ANTARA SATU SAMA LAIN.

 

SYUKUR ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH ALLAH YA SYAKUR YA WADUD, YANG MENEMUKAN BAHAGIAKU SEMUDAH NAFASKU, DI SEBALIK JALAN SPIRITUAL YANG PALING TINGGI INI, IAIITU JALAN PERKAHWINAN INI.

 

SYUKUR YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH YA SYAKUR DI ATAS ANUGERAH TERINDAH, SUAMI PILIHAN ALLAH YANG TERBAIK UNTUK DIRIKU INI YA ALLAH.

 

ALLAH, LAMA DAH MAZNAH TAK TULIS BLOG YA ALLAH..

 

RINDU NAK MENULIS KEMBALI DALAM BLOG YA ALLAH..

 

YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH YA SYAKUR YA WADUD, KAU IZINKAN MAZNAH UNTUK KEMBALI MENULIS DALAM RUANGAN BLOG MAZNAH..MUHANDISAH MUKHLISAH..DENGAN VERSI YANG BAHARU..JIWA YANG BAHARU..2025 YANG PENUH DENGAN KEAJAIBAN DAN MIRACLE DARIMU YA ALLAH YA WADUD YA NAAFI’…


Dear Ya ALLAH,

Whenever I feel hard in my study,

Remind me this is JIHAD and for the sake of my lovely family.

 

Please Ya ALLAH,

Open my heart during my study,

Don't raise my ego during my success.

 

ALHAMDULILLAH, SYUKUR YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH YA SYAKUR YA WADUD, DENGAN LIMPAH KURNIA DAN RAHMAT KASIH SAYANGMU, KAK MAZNAH KINI LEBIH YAKIN UNTUK MENULIS KERANAMU YA ALLAH, UNTUK MENGAMBIL MANFAAT DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA DIRI, DAN ORANG DI SEKELILING KAK MAZNAH, SERTA SELURUH UMMAH, DENGAN GAYA PENYAMPAIAN YANG SANTAI, NAMUN SAMPAI KE LUBUK HATI YANG SANGAT DALAM, DEEP GITUWWWW….

 

SATU PERKARA YANG KAK MAZNAH BELAJAR HIKMAHNYA DIPERJALANKAN DENGAN SEBUAH KEGAGALAN DALAM STUDI DAN PERKAHWINAN YANG PERTAMA DAHULU.

 

TANPA KAK MAZNAH MELALUI PROSES PEMBELAJARAN INI, MANA MUNGKIN KAK MAZNAH TAHU , APA ERTINYA SEBUAH KEJAYAAN, TANPA PERNAH TAHU APA ITU KEGAGALAN.

 

KEGAGALAN ADALAH SATU PROSES SEBUAH KEJAYAAN YANG SEBENARNYA. BERANI UNTUK MELALUI PROSES PEMBELAJARAN INI, ADALAH SATU KEJAYAAN YANG SANGAT BESAR DALAM KEHIDUPAN SEORANG MAZNAH JAMILAH ISMAIL.

 

TERIMA KASIH YA ALLAH, DENGAN PERJALANAN DI PERBUKITAN ILMU DI UKM BANGI, DAN JUGA DI TAMAN ILMU, UTM SKUDAI SEJAK DARI 1999-2020 (KIRA-KIRA 21 TAHUN DALAM BIDANG AKADEMIK INI)..

 

MASHAA ALLAH TABAROKALLAH…HEBATNYA ENGKAU YA BAARI’ YANG MAHA MENGATUR DENGAN PENUH KESEMPURNAANMU. ENGKAULAH YA QADIR YA MUQTADIR YANG MAHA MENENTUKAN TAKDIR YANG TERINDAH DAN TERBAIK BUAT DIRIKU YANG SERBA KHILAF, JAHIL, FAQIR LAGI SANGAT MEMERLUKANMU SETIAP SAAT DAN SETIAP KETIKA INI.

 

SEDAR TAK SEDAR, BANYAK PENGALAMAN HIDUP YANG TELAH ENGKAU PERSIAPKAN UNTUK MENJADIKAN DIRI SEORANG MAZNAH DI HARI INI.

 

TIDAK ADA YANG SIA-SIA, YANG ENGKAU CIPTAKAN UNTUK YA ALLAH YA BAARI’ YA QUDDUS, SEMUANYA PENUH DENGAN KEBAIKANMU YA ALLAH YA BARR YA KAREEM.

 

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU YANG MEMBIMBING ROHANI, JASMANI DAN AQLIKU SEHINGGA USIAKU 44 TAHUN (MASIHI) DAN 45 TAHUN (HIJRIAH) INI…

 

PERJALANAN HATI DAN DOA INI, MY PHD JOURNEY INI SANGAT INDAH YA ALLAH, CUMA DAKU KHILAF DALAM MENSYUKURI NIKMAT MENUNTUT ILMU KERANAMU INI YA ALLAH.

 

SEBELUM INI, AKU TIDAK SEDARI BAHAWA, AKULAH INSAN YANG TERPILIH, BERUNTUNG DAN BERTUAH KERANA MENJADI SEORANG PELAJAR DI BIDANG KEJURUTERAAN AWAM INI, KHUSUSNYA PELAJAR KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR, YANG SELALU BERMAIN DENGAN LAUT DAN SUNGAI.

 

ALLAH TELAH PERSIAPKAN DIRIKU DENGAN PENUH HIKMAHNYA DAN KEBIJAKSANAANYA , YA ‘ALIM YA HAKIM YA ROSHID YA NAAFI’ YA WADUD..

 

HARI INI, ALLAH KEMBALIKAN DIRI MAZNAH YANG SUKA MENULIS SETIAP HARI DI RUANGAN BLOG PERIBADINYA, UNTUK MENZAHIRKAN KESYUKURAN KEPADA ALLAH YA SYAKUR YA WADUD, YANG MENCIPTAKAN DENGAN PENUH CINTA DAN KASIH SAYANGMU.