Monday, May 11, 2015

ABC#110

Salam Mahabbah Fillah 23 Rejab 1436H.. Malam SELASA nan damai dan penuh cinta-NYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan sokmo. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat semua sahabat fillah HATI EMAS kesayangan hamba.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH..kulakarkan luahan hati di TINTA EMAS ini buat peringatan diri yang sering alpa dan serba kekhilafan.

***
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM
Berkatilah kami di bulan REJAB ini
Berkatilah pula kami di bulan SYAABAN nanti
Panjangkanlah umur kami untum bertemu bulan RAMADHAN kali ini
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..
***


SAMBUNGAN KRONOLOGI & IBRAHNYA ISRAK MiKRAJ


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Naik langit kedua. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Langit Ketiga: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. 

Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH 

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda:

“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.


Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. 

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu.

(Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). 

Wallahu’alam.


(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa’id)
---
#wk12/22
#TamanILMUjb
#I LOVE YOU MAK
#Terima Kasih BONDA
#Setiap Hari Adalah HARI IBU
#Bertemu dan Berpisah Hanya Kerana-NYA..
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 23-07-1436H | 11-05-2015M 23:25

Saturday, May 9, 2015

ABC#109

Salam Mahabbah Fillah 21 Rejab 1436H.. Malam AHAD yang damai dan penuh cinta-NYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari DIA permudahkan.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya Allah atas nikmat agungMU; Ihsan, Iman dan Islam sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH, bicara hati di TINTA EMAS ini kulakarkan buat peringatan diri yang serba kekhilafan dan faqir ini.

*****
Wahai ALLAH
Berkatilah kami di bulan REJAB 1436H ini
Berkatilah pula kami di bulan SYAABAN nanti
Panjangkanlah umur kami untuk bertemu bulan RAMADHAN kali ini
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..
*****



KRONOLOGI & IBRAHNYA ISRAK MiKRAJ
*****

17:01. Maha Suci (ALLAH), yang telah memperjalankan hamba-NYA (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah KAMi berkahi sekelilingnya* agar KAMI perlihatkan kepadanya sebahagiaan tanda-tanda (kebesaran) KAMI. Sesungguhnya DIA Maha Mendengar, Maha Melihat.

(QS. Al-Isra', 17:01)

---
*Masjidil Aqsa dan daerah sekitarnya dapat berkah dari ALLAH dengan diturunkannya nabi-nabi di negeri itu berikut kesuburan tanahnya.


Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada / perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya.

Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.

Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.


Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil.

Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

  • Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
  • Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
  • Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.


Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. 

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. 

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

---BERSAMBUNG---


NOTA CINTA-NYA HARI INI
***
20:114. ...Ya TUHAN-ku, tambahkanlah ilmu kepadaku

(QS. Taha, 20:114)


30:21. Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-NYA ialah DIA menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan DIA menjadikan di antarami rasa KASIH dan SAYANG. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi kaum yang berfikir.

(QS. Ar-Rum, 30:21)

---
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 21-07-1436H | 09-05-2015M 22:01
#ASSALAMUALAIKUM Beijing
#IBRAHNYA ISRAK MIKRAJ

Wednesday, May 6, 2015

ABC#108

Salam Mahabbah Fillah 18 Rejab 1436H.. Hari KHAMIS yang damai, tenang dan penuh kasih sayangNYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat semua sahabat fillah HATI eMAS kesayangan hamba.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya Allah atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU buat diri kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran cetusan rasa bicara hati di TINTA EMAS ini aku mulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan dan faqir ini.

 *****
03:150. Tetapi hanya ALLAH-lah Pelindung-mu, 
dan DIA Penolong yang terbaik.
(QS. Ali 'Imran, 3:150) 
*****

CINTA itu Menjaga
Terburu-buru itu Nafsu


Jika Kamu Tidak Menemukan CINTA
Biarkan CINTA Yang Menemukanmu


CATATAN HATI
#Assalamualaikum Beijing
*******
Assalamualaikum kekasih hati
Assalamualaikum pendamping diri
Tak pernah ku bayangkan
Kau tawarkan genggaman
Mengobati luka di jiwa

Assalamualaikum cinta sejati
Assalamualaikum penghias mimpi
Dari negeri yang jauh
Menelusuri waktu
Kau datang penuhi takdirku

Kasih tak pernah menyerah
Walau ujian datang menyapa
Cinta yang dulu timbulkan luka
Kini purna berganti cahaya

Assalamualaikum cinta sejati
Assalamualaikum kekasih hati
Dari negeri yang jauh
Menelusuri waktu
Kau datang penuhi takdirku

Kasih tak pernah menyerah
Walau ujian datang menyapa
Cinta yang dulu timbulkan luka
Kini purna berganti cahaya

Assalamualaikum Beijing
-----

Cinta adalah kegembiraan yang tersisa 
jika nanti suatu pagi tak lagi menyapa dan hanya bisa kutemukan dalam mimpi.



It's THURSDAY...ALHAMDULILLAH

49:13. Wahai manusia! Sungguh, KAMI telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian KAMI jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, ALLAH Maha Mengetahui, Mahateliti.
(QS. Al-Hujurat, 49:13)


NOTA CINTA-NYA HARI INI
*******
18:10. (Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: Ya TUHAN kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-MU dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.
(QS. Al-Kahfi, 18:10)

-----
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 18-07-1436H | 07-05-2015M 08:03
#AssalamualaikumBeijing
#wk11/22
#UTMJB
#D02-05

ABC#107

Salam Mahabbah Fillah 17 Rejab 1436H.. Hari RABU yang damai, tenang dan penuh kasih sayangNYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat semua sahabat fillah HATI eMAS kesayangan hamba.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya Allah atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU buat diri kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran cetusan rasa bicara hati di TINTA EMAS ini aku mulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan dan faqir ini.


Salam Ceria Penuh Keikhlasan 
buat sahabat fillah HATI EMAS yang dikasihi kerana ALLAH.
#SebiruHARIini


*******
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM
Jadikanlah kami redha dengan keputusan-MU
Sehingga kami tidak suka meminta 
agar dipercepatkan apa yang ENGKAU tunda 
dan minta ditunda apa yang ENGKAU percepatkan.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin...


Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM
Kurniakanlah aku cinta-MU dan cinta orang-orang yang mencintai-MU
serta cinta yang mendekatkan aku kepada cinta-MU

Ya ALLAH
sekiranya Engkau ingin pisahkan aku pada sesuatu, sedangkan ia amat aku cintai
Jadikanlah ia ruang untuk cinta-MU di dalam diriku
Jangan jadikan cintaku pada yang selain dariMU
mengatasi cintaku padaMU

Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.. 
*******

Ku cinta padaMU lebih dari segala-gala
mampukah ku pertahankan cinta ini
dalam mengabdikan diri padaMU

Andai ada kata yang lebih baik 
dari ucapan terima kasih
pastikan ku ucap setulus hati 
tanda cintaku padaMU

Lailahaillallah..Allahu Rabbi
Lailahaillallah..Allahu Akbar

Andai ada hadiah yang lebih baik 
dari melodi syukurku
semestinya ku persembahkan padaMU
tanda cintaku padaMU..

Hasbi Rabbi Jallallah
Ma fi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah..

Setiap hela nafas 
setiap gerak tangan
setiap degup jantung
setiap derap kaki
takkan pernah bermakna tanpa CINTA-MU..
Ya Allah...


NOTA CINTA-NYA HARI INI
*******
17:24. Ya TUHAN kami! Kasihanilah kedua-dua ayah dan ibu kami sebagaimana mereka telah mengasuh ketika kami kecil.
(QS. Al-Isra', 17:24)

-----
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 17-07-1436H | 06-05-2015M 08:15
#ASSALAMUALAIKUM_Beijing
#SAHAJA_Aku_MencintaiMU
#Terus_ISTIQAMAH

Sunday, May 3, 2015

ABC#106

Salam Mahabbah Fillah 15 Rejab 1436H.. Malam ISNIN yang damai, tenang dan penuh kasih sayangNYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat semua sahabat fillah HATI eMAS kesayangan hamba.
ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya Allah atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU buat diri kami sehingga detik MASA ini.
Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran cetusan rasa bicara hati di TINTA EMAS ini aku mulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan dan faqir ini
Semoga tenang lena kalian dalam kalimah
"LA ILAHA ILLA ALLAH
MUHAMMAD AR-RASULULLAH"
Selamat Malam semua.....



26:80. Dan jikaa aku sakit, DIA-lah yang menyembuhkan aku,
(QS. Asy-Syuara', 26:80)


*****
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. 
Sihatkanlah tubuh badan kami

Ya Allah
Sihatkanlah pendengaran kami.

Ya Allah
Sihatkanlah penglihatan kami

Ya Allah
Kami berlindung kepada-MU dari kekafiran dan kefakiran.

Ya Allah
Kami berlindung kepada-MU dari siksa kubur

Tiada Tuhan selain Engkau
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..



NOTA CINTA-NYA HARI INI
*****
15:21. Dan tiada sesuatu, melainkan di sisi KAMI perbendaharaannya dan tidak KAMI turunkan, melainkan sekadar yang ditentukan.
(QS. Al-Hijr, 15:21)


LET's GO 2 JANNAH Together
*****
'Kuintai ruang dalam HATI EMAS-mu,
bila aku nampak ada ruang,
maka beranilah aku menapak masuk
mengirimkan salam pada si pemilik HATI EMAS itu..'

#IN SHAA ALLAH.. You'll Find Your WAY!
---
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 15-07-1436H | 03-05-2015M 22:41
#SYAFAKALLAH Awak..
#GET Well Soon..
#wk11/22
#UTMJB

Saturday, May 2, 2015

ABC#105

Salam Mahabbah Fillah 14 Rejab 1436H..... Malam AHAD yang damai dan penuh cinta-NYA.. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan sokmo. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat semua sahabat fillah HATI EMAS kesayangan hamba.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU.

Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran bicara hati di TinTA EMAS ini kumulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan dan faqir ini.


*****
03:173. .. Cukuplah ALLAH memelihara kami dan DIA-lah sebaik-baik Wakil (Yang Memelihara).
(QS. Ali Imran, 3:173)
*****


Someday LOVE Will Find You
*****
Saat Abu Bakar melakar CINTA
Saat Umar melarik CINTA
Saat Uthman mengukir CINTA
Saat Ali mewarna CINTA

Teruji makna hidup
Tersaji KASIH berdegup

Merisik Islami NUR ILAHI
Memantul gema di celah-celah ruang sunyi

Syahdu...
KAU membawaku ke kamar TAQARRUB
Dengan deru IMTIHAN-MU
Yang menetes
Tiada hentinya

Kujejak Benua SULUK
Dengan darah empat sahabat
Dengan jihad empat suara

Mulus dan merdu
#SulukCINTA
#PendakianSALIKmenujuALLAH



NOTA CINTA-NYA HARI INI
*****
14:34. Dan diberikanNYA kepadamu setiap apa yang kamu minta. ....

14:35. Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata: Ya Tuhanku jadikanlah negeri ini (Mekah) aman sentosa dan hindarkan aku dan anak-anakku dari menyembah berhala.

14:36. Ya Tuhanku sesungguhnya berhala itu telah menyesatkan kebanyakan manusia. Barangsiapa mengikutku dia dari golonganku. Dan barangsiapa menderhakaiku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

14:37. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan anak-anakku di lembah yang tiada tanaman (Mekah), di sisi rumahMU (Kaabah) yang suci. Ya Tuhan kami! Supaya mereka mendirikan solat, maka jadikan hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berikan mereka rezeki dengan buah-buahan, mudah-mudahan mereka berterima kasih.

14:38. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan. Tidak tersembunyi bagi Allah sesuatu di bumi dan tidak pula di langit.

14:39. Puji-pujian bagi Allah yang menganugerahkan aku ketika tua dengan Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Mendengar DOA.

14:40. Ya Tuhanku! Jadikan aku seorang yang mendirikan solat, begitu juga anak-anakku. Ya Tuhan kami, perkenankan doaku.

14:41. Ya Tuhan kami! Ampunilah aku dan ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari yang menetapkan perhitungan (hari hisab).
(QS. Ibrahim, 14:34-41)

14:52. (Al-Quran) ini suatu yang disampaikan kepada manusia, supaya mereka mendapat peringatan dengannya dan supaya mereka mengetahui bahawa Allah Tuhan Yang Esa dan supaya mendapat peringatan orang-orang yang berakal.
(QS. Ibrahim, 14:52)
-----
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri CintaNYA.. 14-07-1436H | 02-05-2015M 23:23
#SahajaAkuJatuhCINTA
#KeimananCINTA
#LOVEisYOU
#TamanIlmuUTMJB
#wk11/22

Friday, May 1, 2015

ABC#104

Salam Mahabbah Fillah 12 Rejab 1436H.. Hari JUMAAT al-Mubarakah yang ceria, damai dan penuh cinta-NYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan sokmo. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat semua sahabat fillah HATI EMAS kesayangan hamba.

ALHAMDULILLAH.. Segala puja dan puji bagi ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU.

Dengan lafaz BISMILLAH luahan hati di TINTA EMAS ini dilakarkan buat peringatan diri yang serba kekhilafan dan sering alpa ini.

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Di hari JUMAAT yang damai ini izinkanlah kami memohon:
Sihatkanlah jiwa dan tubuh badan kami
Jernihkanlah dan kreatifkanlah fikiran kami
Baikkanlah hubungan kami dengan keluarga dan sesama kami
Lancarkanlah aliran rezeki kami
Panjangkanlah umur kami dalam kesihatan, kesejahteraan, CINTA yang SETIA, keberkatan dalam usia kami.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin...


SAHABAT-ku
*******
Kulayarkan ke-RINDU-an di Lautan Memori
Mengimbau kenangan INDAH yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi


SAHABAT...
Kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untukku ukir senyuman

Bagaikan embun hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang ESA


Duhai SAHABAT dengarkanlah
Bicara HATI-ku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah KASIH


Biarlah waktu menentukan
Nilai UKHUWWAH yang terjalin
Teruskanlah perjuangan
Hingga ke titisan darah terakhir


Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku

Dan aku...terus menanti
Saat yang MANIS akan berulang kembali

SAHABAT...


SATU Langkah BIJAK buat sahabat HATI EMAS yang berhasrat untuk BERHENTI MEROKOK.

Semoga NIAT yang BAIK itu akan sentiasa dipermudahkan oleh-NYA.

"A JOURNEY of a thousand miles begins with a SINGLE STEP."

BONUS BERGANDA BERHENTI MEROKOK!!

1) Selepas 20 min -->Tekanan darah dan kadar denyutan nadi kembali ke paras biasa

2) Selepas 8 jam --> Paras Karbon Monoksida kembali ke paras normal. Paras Oksigen normal

3) Selepas 24 jam --> Risiko serangan jantung menurun

4) Selepas 48 jam --> Saraf mula mengalami pemulihan. Deria rasa dan hidu mula pulih

5) Selepas 2 minggu hingga 3 bulan --> Peredaran darah bertambah baik. Fungsi paru-paru bertambah baik sebanyak 30%


We noticed that stop smoking in 24 hrs give more impact to Zionists compared to boycotting McDonalds in 24 hrs. 
Bleed Israel by stop smoking every Friday!!
-----
#STOP_SMOKING_4GAZA
#JUMAAT_TANPA_ROKOK


NOTA CINTA-NYA HARI INI
*****
12:04. Ketika Yusuf berkata kepada bapanya (Yaakub) : Wahai bapaku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, semuanya kulihat sujud kepadaku.
(QS. Yusuf, 12:4)

12:12. Biarkanlah dia pergi bersama kami esok untuk makan dan bermain dan sesungguhnya kami akan menjaganya.
(QS. Yusuf, 12:12)

12:21. Dan berkata orang yang membelinya di Mesir kepada perempuannya (Zulaikha) : Muliakan kedudukannya, mudah-mudahan dia bermanfaat kepada kita atau kita ambil dia menjadi anak. Demikianlah KAMI tempatkan Yusuf di bumi (Mesir) dan supaya KAMI ajarkan kepadanya takwil mimpi. ALLAH Maha Menang (Kuasa) atas urusanNYA. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(QS. Yusuf, 12:21)


-----
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri CintaNYA.. 12-07-1436H | 01-05-2015M 16:35
#FI HIFZILLAH
#FI AMANILLAH
#WELCOME2JB