Saturday, March 12, 2016

ATM#014

Salam Mahabbah Fillah 03 Jamadil Akhir 1437H.. Hari SABTU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.


Sanah Helwah..

Semoga dengan bertambahnya usia 
menjadikan dirimu insan yang mulia, 
semakin disayangi Allah dan menyayangi Allah, 
semakin umurnya berkah, 
pahalanya bertambah, 
dan segala urusan dipermudahkan Allah..
Allahumma Aamiin Ya Rabbul 'Aalamiin.


Selamat Ulang Tahun Kelahiran..

Semoga di hari bahagia ini, 
ALLAH sentiasa memberikan taufiq, rahmat, barakah, 
jua lindungan kesihatan, 
hidayah dan redha-NYA buatmu sahabat.
Semoga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..

Happy Birthday to you..

I want to wish you the most superb of birthday
which you are going to have a good time today
 and pray to ALLAH
 that it will be a wealth memory for the rest of your life.


Selamat Hari Lahir..

Pada hari yang mulia ini, apapun impian yang kamu impikan, 
semoga ALLAH menjadikan itu kenyataan..
Apapun rencana yang ingin dirimu lakukan, semoga semua itu tercapai..
Semoga kegembiraan mengisi dirimu dalam setiap waktu..
Hari ini izinkan diriku berdoa sepenuh hati untuk hal yang terbaik..
Semoga dirimu mendapat keberkatan dan sentiasa dalam redha ALLAH.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin. 




#Bottom Water Dissolved Oxygen

Oxygen depletion due to nutrient enrichment is a widespread phenomenon that is growing globally (Diaz 2001). It is widely believed that anthropogenic nutrient enrichment fuels algal production and causes oxygen depletion from bottom waters (Diaz and Rosenberg 1995). Hypoxia is usually defined as dissolved oxygen (DO here after) concentration falling below approximately 2 mgL −1 , conditions that affect normal metabolism and health of marine organisms. 

Two principal factors that are traditionally believed to control summer hypoxia are water column stratification, which isolates the bottom DO exchange from oxygen-rich surface water, and decomposition of organic matter in the bottom water, which reduces oxygen levels.


------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Tempat Meminta.. 03-06-1437H | 12-03-2016M 17:37 SABTU

Thursday, March 10, 2016

ATM#013

Salam Mahabbah Fillah 02 Jamadil Akhir 1437H.. Hari JUMAAT yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

Mengukur Kesungguhan Ke ALLAH..

Bagaimana untuk tahu bahawa kita ini sudah benar-benar bersungguh-sungguh pada Allah?

Dan orang-orang yang berjihad/bersungguh-sungguh untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik.
(QS. Al 'Ankabuut 29 : 69)

Jika memahami daripada Ayat Quran di atas, jawapannya memerlukan kefahaman KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).

Allah berfirman siapa yang sungguh-sungguh kembali ke Allah, pulang, mencari keredhaanNya maka Allah janji akan memberikan pertunjuk iaitu jalan-jalanNya.

Jalan-jalanNya perlu faham iaitu samada
1. Masalah kita itu selesai 
2. atau kita tiada masalah lagi (i.e. redha) dengan masalah yang kita hadapi itu walaupun masalah itu tetap ada. Ini juga satu penyelesaian.

Jadi untuk mengetahui bahawa kita ini bersungguh-sungguh ke belum, jalan-jalanNya itulah kayu ukurnya.

Apakah kita sudah menerima petunjukNya? Adakah kita sudah mendapatkan "jalan-jalan kami" iaitu cara penyelesaian mengikut kehendak Allah, bukan mengikut kehendak kita (bermakna kita sudah mampu redha) atau belum?

Inilah sebuah indikator atau kayu ukur samada kita sudah bersungguh-sungguh atau belum.
Jika belum menerima apa jua petunjuk, bersungguh-sungguhlah.
Jika belum mampu menerim/redha, bersungguh-sungguhlah.

Kerana berdasarkan janji Allah, tidak mungkin hamba yang bersungguh-sungguh ke Allah tidak menerima apa jua petunjuk daripadaNya.

Kenallah Allah terlebih dahulu agar kembalinya kita benar-benar kepadaNya. Bukan kepada sangkaan kita sahaja.

Kita menyangka yang kita sudah benar bersungguh-sungguh kepadaNya sedangkan hakikatnya kita kembali kepada Tuhan sangkaan kita sahaja... mengikut fikiran kita semata-mata (kerana tidak kenal Dia).
Nauzubillah.

Dan kerana kita belum benar ke Allah serta belum cukup sebenarnya kesungguhan kita kembali kepadaNya, kita seringkali belum menerima petunjuk yakni jalan-jalanNya.
Yang ada sekadar jalan-jalan ikut nafsu kita yakni fikiran kita semata-mata tanpa ilham dan petunjuk masuk ke hati kita.

Insha Allah, bila kita sudah faham lalu janganlah berputus asa untuk mujahadah (sungguh-sungguh) dan istiqamah untuk kembali, sedar dan berharap kepadaNya.

Wallahuaklam.

Fuad Latip 
2 Mac 2016

#Hypoxia

The occurrence of oxygen depletion has increased globally (Diaz and Rosenberg, 2008) and is predicted to increase further due to climate change and increases in nutrient loadings (Meire et al., 2013). Depletion of oxygen is not limited to deep offshore sedi-mentation areas with long lasting enclosure of bottom waters (Karlson et al., 2002), but is also seasonally occurring at shallow eutrophic coastal sites (Middelburg and Levin, 2009; Kemp et al., 2009; Conley et al., 2007, 2011), causing kills of benthic organisms and fish throughout the world (Diaz and Rosenberg, 1995), includ ing the North Sea (von Westernhagen and Dethlefsen, 1985).

Seasonal oxygen depletion is a natural process, mostly con-trolled by the extension (time and space) of seasonal thermal strat-ification and can be elevated by increased discharges of nutrients and organic matter. Despite the difficulty indifferentiatingbetween natural and anthropogenic causes, oxygen depletion can be used as an indicator of eutrophication in coastal waters (Best et al., 2007; Vaquer-Sunyer and Duarte, 2008; Topcu et al., 2009; Conley et al., 2009), as it integrates the annual turnover of organic matter in the water column resulting from the production of plankton.

-----
#ALHAMDULILLAH.. Allah Tempat Meminta.. 02-06-1437H | 11-03-2016M 14:33 JUMAAT

Wednesday, March 9, 2016

ATM#012

Salam Mahabbah Fillah 01 Jamadil Akhir 1437H.. Hari KHAMIS yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.



Diberi peluang buat PhD adalah satu amanah dari Allah, satu kepertanggungjawaban.
Sentiasalah mohon pada Allah agar dipermudahkan urusan menggalas amanah ini dan berjaya menyelesaikannya mengikut kehendak dan izinNya.

It is indeed just another test from HIM.
May Allah bless us all.



-------
ALHAMDULILLAH.. Allah Tempat Meminta.. 01-06-1437H | 10-03-2016M 12:16 KHAMIS

Tuesday, March 8, 2016

ATM#011

Salam Mahabbah Fillah 29 Jamadil Awal 1437H.. Hari RABU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

Wahai Tuhanku Yang Memberi Petunjuk..
Tunjukilah kami..
Aamiin..
@BilikKarel34PSZutmjb



GERHANA MATAHARI SEPARA

Allah SWT berfirman:

"Matahari dan bulan (beredar) mengikut perhitungan." 
(QS Ar-Rahman, 55:05)

Berlaku pagi ini, 9 Mac dari jam 7:24 - 9:31 pagi. Gerhana adalah ketentuan dan peringatan Allah SWT kepada manusia agar patuh kepada ketentuan-Nya.

7:13 pagi : Waktu matahari terbit
7.23 pagi : Sentuhan bulan kepada matahari
7.45 pagi : Bulan mentutupi 1/4 matahari
7.55 pagi : Bulan menutupi 1/5 matahari
8.05 pagi : Bulan menutupi 3/4 matahari
8.23 pagi : Kemuncak gerhana matahari
8.53 pagi : Bulan setengah matahari
9.03 pagi : Bulan menutupi 1/4 matahari
9.31 pagi : Sentuhan akhir bulan kepada matahari


Umat Islam disunatkan solat gerhana matahari 
dan perbanyakkan doa serta mohon keampunan kepada Allah.

Ketika terjadi gerhana maka manusia terbagi menjadi tiga kumpulan:-

1. Orang-orang Jahiliyah dahulu. Mereka memukul-mukul pipi, membangunkan pohon-pohon kelapa dan ternak mereka kerana beranggapan dewa sedang murka.

2. Orang-orang Jahiliyah moden. Mereka menganggap gerhana hanya sekadar fenomena biasa, lalu mereka menonton proses gerhana mulai awal sampai ia selesai tanpa buat amal sama sekali.

3. Orang-orang beriman yang selalu berpegang dengan sunnah Nabi SAW. Mereka memperbanyakkan istighfar, sedekah dan menunaikan solat menghadap Tuhannya dengan keyakinan di dalam perintah Allah ada janji-janji Allah SWT.

Kedudukan matahari dan bulan pada waktu ini menggunakan skymap.

MELIHAT LALU BERSAKSI DALAM KESEDARAN KEPADANYA.
KESEDARAN ADA DIA.
KESEDARAN... ohhhh... INI...

Sehingga akhirnya terdiam sendiri. 
Yang ada hanya Dia.
Hanya sedar ketika mengenali Dia.
#FuadLatip

Telur berdiri.
Langsung dari UTM JB, 
Cerapan Gerhana Matahari. 
8.30am.


Antara fenomena yang ditunggu-tunggu bila munculnya Gerhana matahari. 
Telur berdiri tanpa sebarang sokongan. 
Kajian menunjukkan berlaku tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari. 
Kawasan yang mempunyai medan magnatik tinggi 
membolehkan telur berdiri dan tidak rebah apabila ditegakkan.. 
Subhanallah.indahnya kuasamu ya Allah.


=======
Marine Water Quality Monitoring Program @ Johor Straits (2012)

"The severity of Dissolved Oxygen (DO) depletion in the bottom waters of estuaries appears to range widely depending on a combination of factors, including morphometry, vertical density stratification, and perhaps nutrient and organic matter input. Persistent bottom water hypoxia is common in stratified estuaries that have deep channels." 

"In shallow estuaries, wind mixing tends to decrease water column stratification more frequently, so that bottom water hypoxia is generally of short duration and limited in spatial extent." 

"Given that stratification is the key factor in establishment of hypoxia, there is an obvious need for better description and quantification of the roles of freshwater discharge, lunar tides, and winds as physical energy inputs influencing vertical mixing. But so far, only a few such studies have been made."

#Hypoxia


"Semangat saya balik maznah. 
Bintang dah bercahaya balik. 
unfinished job.....
stay healthy...
publish publish publish...
and complete the job."
#Dr.NBH


-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Tempat Meminta. 29-05-1437H | 09-03-2016M 10:04 RABU
#Harmful Algal Blooms (HABs)
#SewageImpactStudy
#Hypoxia

Saturday, December 12, 2015

ATM#010

Salam Mahabbah Fillah 1 Rabiul Awal 1437H..

Salam Bulan Kelahiran Rasulullah ﷺ ❤️��❤️����

الصلاة والسلام عليك يا رسول الله
Selawat dan Salam ke atasmu Ya RASULALLAH ❤️❤️❤️

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ .

Imam al-Suyuti rahimahullahu telah berkata:

ويستحب لنا اظهار الشكر بمولده والاجتماع والاطعام ونحو ذلك من وجوه القربات واظهار المسرات (الحاوى للفتاوى)

Disunatkan bagi kita menzahirkan rasa kesyukuran dengan kelahiran Baginda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa sallam dan berkumpul, memberi makanan dan seumpamanya itu termasuk perkara yang mendekatkan diri kepada ALLAH serta menunjukkan rasa kesukaan

Inilah nikmat yang agung sehingga para ulama menyebut:

كل ما حدث في الإسلام يعتبر فرع منه

Setiap apa yang berlaku di dalam ISLAM adalah merupakan cabang daripadanya (maulid nabi)

Salam Maulidur Rasul daripada Jamilah binti Ibrahim sekeluarga..❤️��

~Kami suku Biduanda~

Luak Johol adalah sebuah luak* adat di Negeri Sembilan. Luak ini terletak di bahagian tenggara Negeri Sembilan meliputi kawasan Gemencheh, Gemas, Air Kuning dan Inas.

Sebelum kedatangan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan, luak ini didiami oleh orang Biduanda. Ketua mereka bergelar Batin dan pembantunya bernam Jenang. Ketua orang Biduanda yang mula – mula meneroka luak Johol ialah seorang perempuan yang dikenal dengan nama Nenek Kerbau.
Tidak lama kemudian, seorang Orang Besar dari Minangkabau bernama Datuk Melengkar Alam dan isterinya bernama Tok Koyan telah datang ke Negeri Sembilan lalu menetap di tempat yang bernama Pasir Besar. Di situlah mereka beroleh seorang anak lelaki dinamakan Johol. Setelah Johol dewasa ia telah diberi gelaran oleh Sultan Johor gelaran ’Johan Pahlawan Lela Perkasa.’

Dari Pasir Besar, Johan Pahlawan Perkasa berpindah ke tempat yang bernama Air Keruh** lalu berkahwin dengan Nenek Kerbau, ketua orang Biduanda. Pasangan ini kemudiannya beroleh seorang anak perempuan yang dinamakan Puteri Kunun.

Nenek Kerbau telah memerintah di luak Johol termasuk Seri Menanti, Jempul dan Hulu Muar dengan dibantu oleh suaminya Johan Pahlawan Lela Perkasa yang diberi gelaran Datuk Johol. Datuk Johol ini telah menggalakkan orang dari Minangkabau tinggal di Johol.

Setelah Sultan Johor Sultan Mahmud Shah II mangkat* pada 1699, Datuk Johol telah menjemput Bendahara Sekudai bernama Liman datang ke Johol. Dalam perjalanan bendahara tersebut telah membuka dan menawan beberapa kawasan baru. Akhirnya pada tahun 1720 beliau telah sampai ke Ulu Tanggai yang terletak di Johol. Beliau kemudiannya telah dikahwinkan dengan Puteri Kunun iaitu anak Nenek Kerbau dan Datuk Johol.

Puteri Kunun telah memeluk Islam dan memakai nama Siti Hawa. Oleh sebab, Siti Hawa merupakan pemerintah di abad 18 pada ketika itu, maka beliau telah diwajibkan memperlengkapkan diri dengan amalan kebatinan dengan menuntut menerusi pertapaan di pergunungan. Beliau memilih Gunung Rembau menjadi destinasi menuntut ilmu kebatinan tersebut, hingga diberi gelaran Siti Awan berdasarkan secara amali beliau sering menetap di pergunungan berbulan – bulan.

Setelah Datuk Johol meninggal dunia, Siti Awan yang bergelar ` Dato’ Johan Lela Perkasa Sitiawan’ telah menggelarkan dirinya Datuk Undang pada tahun 1723 dan dialah Datuk Undang Johol yang pertama.

Setelah menjadi ketua pemerintah di luak Johol selama lebih kurang dua puluh empat tahun, pada tahun 1747 Datuk Puteri Siti Awan inipun meninggal dunia. Jenazahnya dikebumikan di tempat yang sekarang bernama Tanggai.

Setelah itu, beliau telah digantikan oleh seorang perempuan bernama Datuk Rambut Panjang sebagai Undang Johol yang kedua. Beliau ini pula telah memerintah Johol selama tiga belas tahun dan meninggal dunia dalam tahun 1760.

Tempat beliau telah digantikan pula oleh Datuk Siti Awan II juga seorang perempuan. Beliau telah memerintah Johol sehingga tahun 1790.

Setelah kematian beliau pada tahun 1790, Datuk Undang Johol yang keempat ialah seorang lelaki bernama Datuk Rambutan Jantan. Sejak itu, semua Datuk Undang Johol ialah lelaki.

Berikut disenaraikan nama Datuk Undang Johol dari yang pertama hingga kajian ini dibuat :

1. Datuk Sitiawan I (Perempuan) ..1723-1747

2. Datuk Rambut Panjang (Perempuan) .. 1747-1760

3. Datuk Sitiawan II (Perempuan) .. 1760-1790

4. Datuk Rambutan Jantan (Lelaki) .. 1790-1810

5. Datuk Nuri (Lelaki) ..1810-1820

6. Datuk Abu Bakar (Gobah) .. 1820-1840

7. Datuk Saeto (Datuk Eto) .. 1840-1901

8. Datuk Wan Omar bin Wan Hassan .. 1901-1918

9. Datuk Kamat bin Haji Sulaiman ..1919-1947

10. Datuk Haji Abdul Manap bin Tolok .. 1947-1973

11. Datuk Haji Abdul Majid bin Wahid.. 1973- 1985

12. Datuk Haji Abdul Rahman bin Mohd Som.. 1985-1988

13. Datuk Haji Abdul bin Ali .. 1988-2007

14.Datuk Haji Mohd Jan bin Abdul Ghani .. 2007 sehingga kini.

ATM#009

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam Mahabbah Fillah..
Wahai sahabatku yg dikasihi selalu..

30 Safar 1437H..
12 Disember 2015..                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah, di hari SAbTU yang mulia ini kami bersyukur kerana kami masih mempunyai kekuatan untuk mengerjakan amal ibadat  seperti yang diajar oleh junjungan kami Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Ya Allah kekalkanlah  segala amalan kami ini secara berterusan dan anugerahkan kami dengan syurga firdaus Mu.

Ya Allah berilah keinsafan kepada diri kami dan ingatkan kami bahawa hari ini kami masih kuat dan gagah tapi esok mungkin nak bangun pun kami termengah-mengah; jadi berilah kami kekuatan untuk mengerjakan suruhanMu Ya Allah, kerana kami takut esok belum tentu ada lagi peluang bagi kami beribadah.

Ya Allah berilah kami laluan di hari ini dengan tabah kerana hari esok belum tentu ada bagi kami.

Ya Allah janganlah kami berasa bangga dan bermegah dengan maksiat kerana esok kami mungkin menyesal sebab esok kami mungkin tidak lagi berpakaian baju dan jubah tetapi hanya kain kafan yang tiada lagi gah.

Ya Allah kuatkan ketaatan dan amal ibadah kami dengan istiqamah kerana seandai esok datang ketentuanMu Ya Allah, kami dapat menerimanya dengan redha dan tabah.

Ya Allah jika di hari ini masih ada silap dan salah kami, perbetulkanlah Ya Allah dan terimalah istighfar dan taubat kami Ya Allah.

Ya Allah hari ini kami di dalam taqdir Mu Ya Allah dan esok kami hanya dalam ilmuMu Ya Allah.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur dan redha dan bersabar menghadapi segala ujian Mu.

Ya Allah makbulkanlah segala hajat kami dan Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati kami.

Ya Allah  kurniakan kami rezeki yang halal serta diberkati, mudah mudahan dengan rezeki tersebut, kami semakin lebih mendekati Mu Ya Allah.

َYa Allah kami bermohon agar kedua ibubapa kami dianugerah tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
������������������

Monday, December 7, 2015

ATM#008

Salam Mahabbah Fillah 26 Safar 1437H..

TERUS MELANGKAH..

Saban hari, makin dekat tarikh PERTEMUAN kita.
Aku rasakan bagai sudah ribuan tahun aku di jalan ini
Menuju MU..
Tapi masih belum sampai.
Sudah hampir tapi masih jauh.

Namun aku masih melangkah,
Walau pipi dibasah tangis,
Walau angin menginjak jasad,
Walau tertoreh lutut terpatah tulang,
Walau lebam dan luka membalut segenap hati,
Aku tetap melangkah..
Menuju MU.

Hanya satu arah,
Satu Arah:
Menuju MU.

DariMU, kepadaMU.
Aku tidak punyai apa-apa.
Kosong.
Miskin itu aku.

Aku tetap melangkah
Kerana usai tenggelamnya matahari ada terbit,
Usai ribut melanda ada tenang,
Usai jatuh runtuh ada bangun kukuh,
Usai setiap tangis ada jernih di mata,
Dan pada setiap tikaman, ada luka yang perlahan sembuh,
Sungguh, kau pasti lebih kuat dari sebelumnya.

Aku terus melangkah
Kerana Wallahi, aku tiada apa-apa tanpa rahmatMU
Aku kosong tanpa janji-janjiMU
Kata-kataMU
JanjiMU;

84:06.
Wahai manusia!
Sesungguhnya engkàu sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
(QS. Al-Insyiqaaq, 84:6)