Monday, July 20, 2009
MELAHIRKAN SALEHUDIN AL AYUBI MELALUI MAKANAN HALALAN THOYYIBAN
" Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ” (Al-Baqarah:168).
Maka dalam ayat di atas jelas kepada kita bahawa Allah swt memerintahkan agar manusia makan makanan yang halal sepertimana yang dituntut ke atas rasul-rasul yang terdahulu. Hal ini dituntut kerana Allah swt hanya akan menerima perkara-perkara yang baik sahaja. Manakala sebaliknya Allah tidak menghiraukan amalan dan juga ibadat orang-orang yang sentiasa mendapatkan rezekinya dari sumber-sumber yang tidak halal.
Dalam kehidupan seharian manusia tidak dapat lari dari persoalan halal dan haram. Dalam apa sahaja ruang-ruang kehidupan di situ ujudnya perkara halal dan haram: makan minum, kekeluargaan, perhubungan, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya.
Sempurnakah SOLAT anda selama ini?
Tercapaikah KHUSYUK yang paling sempurna?
Ayuh kita sempurnakan solat seperti Rasulullah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment