27 Oktober 2011 | Pusat Komputer PUTRI Sdn Bhd | 6.00-7.00 Petang
Hari ini saya menemani cik Siti Nurhazwani membeli komputer riba di Pusat Komputer PUTRI. Ini adalah hari lahir untuk dirinya. Cantik....
LIFEBOOK LH531
Intel Core i5-2410 Processor
Genuine Windows 7 Home Premium 64 bit
14" SuperFine HD back-light LED 1366 x 768 pixels
Dual Layer DVD Super Multi Writer
8GB DDR3 RAM 1333Mhz
500GB SATA HDD
NVIDIA GeForce 410M with Optimus technology and 1GB of dedicated video memory
1.3 Mega Pixel Web Camera
Approx. 2.1kg
Red
RM 2,199.00
----------------------------<>---<>---<>---------------------------------------------
Ini pula adalah komputer riba idaman saya.....
TOSHIBA L745-1153XR
Intel Core i5-2430M Processor
Genuine Windows 7 Home Premium
4GB DDR3 SDRAM
NVDIA GeForce GT 525M (ext 1GB VRAM)
Red
RM 2,399.00
Tempahan telah dibuat pada 31 Oktober 2011.
Insha ALLAH akan dapat pada 2 November 2011.
--------------------------------------------------<>---<>----<>----------------------
Alhamdulillah, komputer riba yang baru telah dimiliki.
Ada cerita di sebaliknya......
Alangkah sedihnya hati ini apabila duit yang diperuntukkan untuk membeli komputer riba itu telah 'ghaib'.
Terpaksalah meminjam duit dari sahabat baikku, Siti Nurhazwani.
Terima kasih sahabat.
Abang Ngahku pula ingin mengganti duit sahabat yang aku pinjam untuk membeli komputer tersebut. Terima kasih abangku. Adik tak mengharapkan apa-apa pun dari abang-abangku, cuma nilai kasih sayang kepada seorang adik yang masih terasa kehilangan kasih sayang seorang ayah yang amat kukasihi.
----------------------------------------<>----<>------<>-----------------------------
Hari Raya Aidil Adha 1432H adalah tahun pertama beraya tanpa arwah ayah di sisi. Tahun pertama jua aku beraya di rumah kak Long Robiah di Taman Gunung Emas, Tampin. Jiwa dan perasaan rindu pada kampung halaman di Kampung Malan hanya Allah sahaja yang Maha Tahu. Adik mohon kemaafan dan keampunan dari ayah dan bonda kerana tidak mampu untuk beraya di kampung halaman kita.
Malam hari raya, aku diserang demam. Badan terasa sangat sejuk, tak tertahan rasanya diri ini kesejukan.
Pagi hari raya jua disambut hambar tanpa arwah ayah dan abang-abangku di sisi. Hanya bonda, kak Long dan abang iparku sahaja. Aku tidak terdaya untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha di Surau Taman Gunung Emas.
Aku berjanji pada diriku wahai ayahanda dan bonda, aku akan menjaga rumah ayahanda dan bonda di Kampung Malan agar tetap menjadi tempat terkumpulnya sanak saudara dan ahli keluarga kita seperti waktu dulu walaupun tanpa ayahanda di sisi.
Rumah di Kampung Malan terlalu banyak kenangan bersama arwah ayah. Semoga ayahanda tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama golongan orang yang Engkau redhai dan orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka.
Saya Sayang Ayah.....
No comments:
Post a Comment