Bahan-bahan:
Bahan A:
3 biji telur Gred B - sejukkan
200 gram gula kastor - sejukkan
1 tsp ovallatle
Bahan B:
150 gram or 3/4 cwn susu - sejukkan
255 gram tepung gandum*
1 tsp baking powder*
ayak bahan*
Pengurangan kuantiti tepung & gula menghasilkan apam yang lebih lembut.
Sejukkan sebentar besi mixer untuk mempercepatkan proses mengembang & menggebukan adunan.
Cara-Cara:
1. Pukul bahan A hingga putih & kembang. Boleh guna high speed tapi off mixer sekejap lepas 2 minit. kalau tak rosaklah mixer tue. ini dari pengalaman sendiri ok.
2. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Pukul sebati setiap kali susu dimasukkan.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul dengan kelajuan perlahan. Pukul hingga likat bagi setiap kali masukkan tepung.
4. Asingkan adunan kepada beberapa warna yang dikehendaki.
5. Mulakan proses memasukkan adunan dalam acuan. Gunakan sudu untuk masukkan adunan ke dalam acuan lompang saiz kecil & dilapik dengan cup kertas. Isi hingga hampir penuh.
6. Piping blueberry/strawberry/kiwi/chocolate filling. Panaskan kukusan.
7. Tutup filling dengan adunan. Isi hingga separas dengan cup kertas.
8. Lukiskan dot dot
9. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
* Penutup kukusan kena lapik/ balut dengan kain/ towel bersih supaya air tidak menitik atas permukaan apam.
No comments:
Post a Comment