Monday, February 13, 2012

DATA COLLECTION PROGRAM 2012

Data collection program 2012 bagi projek penyelidikan EScienceFund, FRGS & GUP telah bermula pada 9 Februari 2012.
10 Februari 2012- Kerja-kerja pemasangan & instalation stage gauge & instream flow station dilakukan di Kg Pertanian Kulai.
13 Februari 2012 - Kerja-kerja pemasangan & installation stage gauge & instream flow station di Sg Melana berhampiran BestMart.
14 Februari 2012 - Kerja-kerja pemasangan & installation stage gauge & instream flow station di Sg Danga berhampiran surau Tmn Bukit Indah./ Pemasangan Global Logger di Kg Pertanian Kulai.
15 Februari 2012 - Kerja pemasangan stage gauge & instream flow station at Sg Kempas & Sg Segget. / Pemasangan rain gauge di Kg Pertanian Kulai
16 Februari 2012 - Pemasangan alat YSI Water Quality Monitoring Station Model 6600 Sonde di 2nd Link & Kuala Sg Melayu.

Saturday, February 11, 2012

RAWATAN MUKA

Petua untuk rawatan kulit muka yang bermasalah dengan tomato + susu tepung. Sebelum ini tidak pernah tahu bahawa tomato dan susu tepung boleh merawat kulit muka. Ais juga boleh digunakan untuk merawat kulit muka. Mudah sahaja untuk membuat rawatan. Hanya perlu buang penyakit MALAs dan dapatkan vitamin RajiN sahaja.

Rakan sepengajianku, seorang rakyat Iran telah mencadangkan agar cuba merawat kulit mukaku yang bermasalah ini dengan melumurkan tomato di muka dan dibilas selepas beberapa minit. Amat mudah untuk dilakukan...yang penting kena rajin. Patutla kulit mukanya cantik walaupun sudah menjangkau umur 40an serta mempunyai 2 orang anak. Namanya, Ziba juga bermaksud cantik dalam bahasanya.

Thank you very much Ziba. I will try tomorrow.

Esok nak cuba tomato + susu tepung + yogurt + ais. Bukan untuk dimakan atau diminum tetapi dilumurkan ke seluruh kulit muka yang semakin bermasalah ini.

Selamat Mencuba untuk diri sendiri. Hargailah diri anda.

7:00 - Rawatan muka dimulakan menggunakan tomato yang dilenyekkan + susu tepung. Disapukan ke muka dan leher.
Mula-mula, kulit muka terasa sakit dan pedih. Beberapa minit selepas itu, kulit muka terasa tegang.

KEMAS BILIK

Alhamdulillah...Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan urusan kami untuk mengemas bilik hari ini. Barang-barang sudah dibungkus dalam kotak dan beg-beg. Esok....teruskan usaha membungkus yang tinggal 10% lagi iaitu pakaian dan buku-buku. Langsir dan cadar sudah ditukar kepada yang baru. Aktiviti untuk pagi esok....mop lantai bilik dan mencuci bilik air dan langsir yang lama. Seterusnya...usaha mengemas diteruskan di sebelah petang dan malam di ruang bawah pulak. Insha Allah...bahagian ruang tamu dan dapur. Barang-barang yang tidak diperlukan lagi telah disisihkan...Esok...usaha untuk memasukkan barang-barang ke dalam kotak dan beg. Banyak juga buku-buku yang hendak dikemas. Maklumlah dah lama menyewa di rumah ini. Maka banyaklah barang-barang yang perlu dikemas....Kalau orang datang ke rumah esok...Pengsanlah tengok ruang tamu yang bersepah dengan kotak-kotak yang belum dikemas. Hahaha....padan muka. Semoga apa yang dirancang ini dipermudahkan urusan olehNya. Kami nak dapatkan suasana penginapan yang lain pulak. Kawan-kawan serumah semuanya dah keluar....sampailah masanya untuk kami pula untuk meninggalkan rumah sewa yang perlu dibaikpulih ini. Terlalu banyak kerosakan yang seWAJIBnya dibaikpulih oleh tuan rumah. Kami hanya penyewa sahaja. Selepas ibaikpulih...maka sewa rumah akan dinaikkan RM 100 lagi kepada RM 600 sebulan. Oleh sebab itu...kami sebulat suara akan berpindah dari rumah sewa ini bulan Februari ini kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang akan mulai dinaikkan bulan depan. Satu perkara lagi...kami tidak rasa selesa untuk menyewa di rumah sewa ini kerana kerja-kerja membaik pulih akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Kerja baikpulih ini melibatkan keseluruhan rumah sewa ini seperti membetulkan siling rumah yang telah banyak bocornya, paip di bilik air yang bocor, sinki yteng tersumbat, wallpaper yang telah banyak yang rosak dan macam-macam lagi yang hendak dibaikpulih termasuklah mengecat semula rumah sewa ini. Adalah lebih mudah dan selesa agar kami mengosongkan rumah sewa ini untuk memudahkan kerja-kerja membaikpulih dijalankan dengan jayanya. Barulah adil untuk menaikkan sewa rumah sekiranya semua kerja-kerja membaikpulih telah selesai. Adalah tidak adil kepada penyewa berada dalam rumah sewa yang tidak selesa ini.
Tidak adil juga kepada penyewa jika kerja-kerja baikpulih belum selesai tetapi penyewa perlu membayar sewa yang MAHAL. Melainkan semua kerja membaikpulih telah selesai dan penyewa boleh menyewa dalam keadaan yang selesa.
Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menyewakan rumah kepada kAmI selama ini.

Wednesday, February 8, 2012

Scholarship Zamalah 2012

Alhamdulillah....terima kasih Ya Rabb kerana masih melayakkan diri ini menerima biasiswa Zamalah bagi tahun 2012 ini. Teringat pada roomate yang bermimpi sy dapat biasiswa tersebut. Walaupun tahun 2011 tidak banyak kajian penyelidikan yang dapat dihasilkan, namun sy yakin dan percaya, semuaNya Hak dan Milik Allah. Hanya Dia yang selayakNya merancang apa yang akan berlaku. Kuatkan tekad dan azam untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Semoga tahun ini akan dapat menghasilkan penulisan jurnal yang berimpak tinggi. Ya Allah mudahkanlah segala urusan penyelidikanku ini.
Hati ini teringat masa mula-mula mendapat tawaran biasiswa Zamalah 2011. Arwah ayah telah bermimpi sy mendapat biasiswa tersebut. Sejarah berulang untuk tahun 2012 ini apabila orang yang paling rapat dengan sy bermimpi sy mendapat biasiswa Zamalah 2012 pula. Esok sy akn ke SPS UTM untuk mengambil surat tawaran Zamalah 2012.
Satu lagi berita gembira yang disampaikan oleh kakak kesayangan ialah dapat duit KUTU bulan ini. Alhamdulillah......diperluaskan rezeki betul bulan ini. Yang paling menggembirakan ialah sy akan berpindah dari rumah sewa di Taman Universiti ke suatu tempat yang lebih Harmoni serta suasana pembelajaran yang lebih baik. Terima kasih sahabat yang telah banyak membantu di saat sy memerlukan.
Bulan ini juga adalah bulan yang berkat di mana pada bulan Rabiul Awal inilah lahirnya Rasullullah pemimpin ummat.
Semoga mimpi sahabatku yang hanya dia dan Allah sahaja yang tahu menjadi kenyataan suatu hari nanti. Semuanya tak mustahil kan. Yang penting kita sentiasa berusaha untuk memajukan diri setiap hari.....
Di saat ini Ya Allah aku sangat merindui arwah ayahandaku Ismail bin Khalijah yang telah kembali ke rahmatullah pada bulan Rejab 1432 H....Aku jua merinduimu bonda Jamilah binti Ibrahim. Insha Allah hajat bonda untuk menunaikan Haji di Baitullah akan tercapai jua. Hanya Dia yang berkuasa atas segalanya. Insha Allah mak....nanti kita akan ke sana jua....
Terima kasih Allah atas segalanya.....
Aku rindukan kampung halamanku yang indah permai. Walaupun di ceruk rantau tapi aku bahagia berada di sana. Hidup merantau di negeri orang tidak sama berada di kampung halaman sendiri. Balik Kampung.....Tinggal di rumah sewa sampai bila. Sampai masa akan diminta untuk memberi laluan kepada penyewa baru yang lebih pandai menjaga rumah sewa seperti menjaga rumah sendiri. Selamat tinggal rumah sewaku.....

Dengan hati berbunga-bunga saya pergi ke SPS jam 3.00 petang 9 Februari 2012 untuk mengambil surat tawaran dan perjanjian ZAMALAH 2012. Namun setibanya di SPS, saya terus beratur untuk mengambil surat tawaran tersebut. Hati saya sedikit hampa kerana Pegawai yang bertugas mengatakan bahawa surat tawaran saya terpaksa ditangguhkan kerana ada sedikit masalah. Rupa-rupanya saya ada masalah kerana mempunyai 2 penaja iaitu ZAMALAH dan MYPHD. Saya memaklumkan bahawa saya hanya menerima MYPHD untuk pembayaran yuran pengajian sahaja tanpa elaun sara hidup. Saya telah bertanya kepada pegawai SPS sebelum menghantar perjanjian ZAMALAH dan MYPHD...Pegawai yang bertugas memaklumkan bahawa boleh mempunyai 2 penaja dengan syarat mengemukakan surat kepada pihak SPS memaklumkan bahawa mendapat pembiayaan yuran pengajian dari MYPHD. Pihak SPS akan meluluskan biasiswa ZAMALAH tetapi hanya akan memberi elaun sara hidup tanpa yuran pengajian kerana yuran pengajian telah dibayar oleh MYPHD.
Sehingga hari ini....surat tawaran ZAMALAH 2012 belum diterima. Saya amat berharap kepada pihak SPS dapat meluluskan surat tawaran biasiswa ZAMALAH tersebut untuk melancarkan perjalanan projek penyelidikan PhD saya yang memerlukan kewangan untuk program pengumpulan data dan analisis logam berat dan pepejal terampai yang dijalankan di sepanjang Selat Johor dan sungai-sungai utama disekitarnya seperti Sg Skudai, Sg Melayu, Sg Danga, Sg Melana, Sg Segget, Sg Chat, Sg Pendas dan punca pencemaran yang lain.

Akhirnya pada tarikh 20 April 2012 ini, saya menerima surat penamatan program MyPhD yang bertarikh 10 April 2012.

Macam-macam hal yang berlaku sepanjang menunggu surat penamatan ini. Pada 22 Mac yang lalu, saya bersama penjamin MyPhD pergi ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengetahui status penamatan tersebut. Dengan susah payah kami sampai juga ke Bahagian Biasiswa KPT. Apabila diminta untuk mengetahui status permohonan tersebut, pegawai yang berkenaan memaklumkan bahawa tidak menerima surat, faks atau email. Kami sungguh terkejut kerana surat telah dihantar pada 2 Mac 2012 tetapi pihak KPT tidak menerimanya.

Hasil perbincangan dengan pegawai yang bertugas, saya dicadangkan untuk menghantar surat penangguhan MyPHD. Surat tersebut telah dihantar seminggu kemudian.

Pada 9 April 2012 pula, saya menerima panggilan dari pihak MyBrain15 KPT memaklumkan kepada saya bahawa surat penangguhan telah sampai ke pihak KPT. Pegawai yang bertugas mencadangkan kepada saya untuk menghantar surat rayuan penukaran dari Kategori P2 kepada P1. Surat penangguhan dan penamatan yang saya hantar dibatalkan. Saya emailkan surat rayuan tersebut pada hari berkenaan juga. Keesokan harinya saya ke Unit Bendahari UTM untuk mendapatkan tandatangan pegawai bagi Borang Pengesahan Status Tidak Bekerja dan Tidak Berpendapatan Tetap. Saya fakskan dan emailkan surat rayuan tersebut kepada pihak MyBrain15 hari itu juga.

Dengan hati yang berbunga-bunga, saya berharap rayuan saya diterima. Almaklumlah Yuran Pengajian telah naik 2 kali ganda. Manalah nak dapatkan duit untuk membayarnya. Itu belum termasuk Kos Sara Hidup setiap bulan hidup merantau di negeri orang ini. Dahlah tiada pendapatan tetap, kerja lapangan dan data analisis saya memerlukan kos perbelanjaan yang besar. Besarlah harapan saya agar rayuan saya diluluskan.

Namun demikian, apa yang diharapkan tidak kesampaian. Surat penamatan pembiayaan MyPhD yang bertarikh 10 April 2012 telah saya terima pada hari ini.

Harapan yang menggunung tinggi akhirnya berkecai apabila dimaklumkan bahawa surat penamatan tersebut telah sampai ke tangan Penjamin dan Unit Bendahari UTM. Tiadalah makna untuk saya menghantar surat rayuan tersebut.

Wahai diriku yang kerdil ini, terimalah apa yang telah ditetapkan olehNya dengan hati yang tenang dan fikiran yang terbuka.

Sebaik sahaja pembentangan Research Proposal pada 23 April 2012 jam 12.15 tengahari Isnin minggu depan.....maka bergegaslah pula ke SPS UTM untuk mengetahui status Zamalah UTM 2012 pulak.

Macamana pulak statusnya....Hanya Engkau Yang Maha Tahu.

Tergendala untuk menyiapkan slide presentation untuk pembentangan Research Proposal.

Apa-apapun, teruskan perjuangan untuk mencapai hasrat dan harapan ayahanda & bonda tercinta.

Terima kasih Ya Rabb....

Borang perjanjian Zamalah 2012 telah selamat diisi dan dikembalikan ke SPS UTM pada 21 Jun 2012. Harapnya bulan ini dapatlah duit biasiswa tue. Dari bulan April hingga Jun ini, duit peninggalan arwah ayah aku terpaksa gunakan untuk menampung kos perbelanjaan harian sementara menunggu duit biasiswa ini. Yuran pengajian untuk semester lepas pun belum kubayar lagi...

Telur Bungkus Simple

Menu for Dinner

Telur Bungkus Simple.....konon2 nak buat telur bungkus tp jd telur lipat jer. Byk sgt isinyer. susah nak bungkus. esok cuba lagi yer. Hati rasa tenang n lega slps dpt nasihat dari roomate yang baik hati. Terima kasih kerana sudi bersantap dengan hamba.

Tuesday, February 7, 2012

KEMAS RUMAH

Proses mengemas rumah sewa bermula dari 4 Februari 2012 sampai ari nie 7 Februari 2012. Alhamdulillah hampir selesai usaha mengemas. Hanya tunggu masa untuk packing buku2 dlm kotak n baju2 dlm beg...brg2 dapur blm kemas lg...insha Allah ari Jumaat ni selesai. Moga Allah mudahkn segala urusan kami ini. Terima kasih bondaku yg tercinta krn byk membantu anakanda dlm proses mengemas brg2 nie...Terima kasih yang tak terhingga kepada roomate tersayang yang sama-sama bertungkus lumus mengemas rumah sewa kita nie. Nanti roomate dah nak balik rumah famili dia. Tahun depan saya nak balik ke kampung halaman yang tercinta. Dah lama sangat hidup merantau. Maklumlah duduk rumah sewa. Sampai masa terpaksalah keluar. Ada penyewa baru nak masuk dan tuan rumah nak naikkan sewa dari RM 500 kepada RM 600. Hasrat di hati memang dah lama nak keluar dari rumah sewa nie. Member yang lain dah keluar bulan lepas. Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menyewakan rumah kepada kami selama lebih 5 tahun ini.