Alhamdulillah...Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan urusan kami untuk mengemas bilik hari ini. Barang-barang sudah dibungkus dalam kotak dan beg-beg. Esok....teruskan usaha membungkus yang tinggal 10% lagi iaitu pakaian dan buku-buku. Langsir dan cadar sudah ditukar kepada yang baru. Aktiviti untuk pagi esok....mop lantai bilik dan mencuci bilik air dan langsir yang lama. Seterusnya...usaha mengemas diteruskan di sebelah petang dan malam di ruang bawah pulak. Insha Allah...bahagian ruang tamu dan dapur. Barang-barang yang tidak diperlukan lagi telah disisihkan...Esok...usaha untuk memasukkan barang-barang ke dalam kotak dan beg. Banyak juga buku-buku yang hendak dikemas. Maklumlah dah lama menyewa di rumah ini. Maka banyaklah barang-barang yang perlu dikemas....Kalau orang datang ke rumah esok...Pengsanlah tengok ruang tamu yang bersepah dengan kotak-kotak yang belum dikemas. Hahaha....padan muka. Semoga apa yang dirancang ini dipermudahkan urusan olehNya. Kami nak dapatkan suasana penginapan yang lain pulak. Kawan-kawan serumah semuanya dah keluar....sampailah masanya untuk kami pula untuk meninggalkan rumah sewa yang perlu dibaikpulih ini. Terlalu banyak kerosakan yang seWAJIBnya dibaikpulih oleh tuan rumah. Kami hanya penyewa sahaja. Selepas ibaikpulih...maka sewa rumah akan dinaikkan RM 100 lagi kepada RM 600 sebulan. Oleh sebab itu...kami sebulat suara akan berpindah dari rumah sewa ini bulan Februari ini kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang akan mulai dinaikkan bulan depan. Satu perkara lagi...kami tidak rasa selesa untuk menyewa di rumah sewa ini kerana kerja-kerja membaik pulih akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Kerja baikpulih ini melibatkan keseluruhan rumah sewa ini seperti membetulkan siling rumah yang telah banyak bocornya, paip di bilik air yang bocor, sinki yteng tersumbat, wallpaper yang telah banyak yang rosak dan macam-macam lagi yang hendak dibaikpulih termasuklah mengecat semula rumah sewa ini. Adalah lebih mudah dan selesa agar kami mengosongkan rumah sewa ini untuk memudahkan kerja-kerja membaikpulih dijalankan dengan jayanya. Barulah adil untuk menaikkan sewa rumah sekiranya semua kerja-kerja membaikpulih telah selesai. Adalah tidak adil kepada penyewa berada dalam rumah sewa yang tidak selesa ini.
Tidak adil juga kepada penyewa jika kerja-kerja baikpulih belum selesai tetapi penyewa perlu membayar sewa yang MAHAL. Melainkan semua kerja membaikpulih telah selesai dan penyewa boleh menyewa dalam keadaan yang selesa.
Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menyewakan rumah kepada kAmI selama ini.
No comments:
Post a Comment