Saturday, June 30, 2012

Belajarlah kerana Allah

Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku. Hari ini aku mendapat hadiah dari pelajar FYP di bawah penyeliaan Dr. Noor Baharim...Hadiah yang cukup bermakna bagiku yang kerdil ini.

Buku ini mengingatkan diriku bahawa segala ilmu yang ada di muka bumi in adalah milik Allah. Belajarlah kerana Allah...






Bengkel Penulisan Tesis Cepat

30 Jun 2012: Alhamdulillah terima kasih Ya Rabb kerana membuka jalan kepadaku dan rakan2 untuk menimba ilmu teknik2 penulisan cepat tesis bersama DROT di UTM kampus JB.
Banyak input yang diperolehi dari bengkel yang berjalan dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang tadi.
Kami dipertemukan dari institusi pengajian dan bidang kajian yang berbeza namun dengan 1 tujuan yang sama iaitu ingin mengetahui teknik penulisan tesis cepat dan Mantop....
Ada yang baru bercadang2 nak sambung belajar. Ada plak yang dah nak abis belajar..tengah tunggu VIVA jer...ada plak yang dah sambung belajar tapi tkandas di pertengahan jalan...tengah mencari semangat yang hilang. Ada jugak yang baru bentang proposal...seperti diriku yang berada di pertengahan garisan...antara garisan pmulaan dan garisan penamat...jadi apa yang perlu dilakukan untuk memastikan diriku sentiasa berada di landasan yang betul...jangan pulak duduk di persimpangan dilema. Perjuangan perlu diteruskan....
Antara info yang dikongsikan oleh Dr. Othman Talib (DROT) adalah teknik penulisan zerodraft, research framework, document map, mendeley dan dropbox, menulis literature review secara kritis. Walaupun penyampaian DROT adalah secara sempoi dan bersahaja tetapi input yang amat berguna untuk semua peserta bengkel tidak kira samada mereka adalah seorang pelajar atau SV...yang penting mereka adalah seorang penyelidik.
Bagaimana nak menjadi seorang penyelidik yang berjaya jika tidak boleh menyampaikan dan berkongsi ilmu dan hasil penyelidikan dengan orang lain. Bagaimana caranya untuk berkongsi ilmu tersebut.....salah satu caranya adalah dengan penulisan yang mantop dan kritis supaya dapat menjadi panduan untuk para penyelidik yang lain. Penyelidikan tidak akan berhenti seperti akhir ayat yang perlu ada noktahnya tapi penyelidikan adalah kerja yang berterusan. Kita bukanlah yang pertama menjalankan penyelidikan dan pastilah bukan yang terakhir juga. Begitu juga dengan setiap masalah...pasti ada jalan keluar untuk menyelesaikan masalah tersebut...
Untuk menjadi seorang penyelidik yang berjaya dengan hasil kajiannya perlulah berani mendepani masalah yang dihadapi dan berfikir secara kritis atau berfikir di luar kotak.
Jadilah seorang penyelidik yang betul-betuk pakar dalam bidang yang diceburi. Walaupun kajian yang dijalankan tidaklah bombastik sangat pun tapi output tue kenalah BOOm...
Barulah tak malu bila dapat title DR tue adalah sesuatu title yang sangat bermakna. Bukanlah gelaran DR itu yang dikejar tetapi output of knowledge itu yang perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan.
Walaupun kajian yang dijalankan sangat hebat tetapi tidak dapat dikongsikan dengan orang lain...samalah seperti tidak ada apa-apa kajian pun.
Jadi macamana pula untuk menghasilkan penulisan yang hebat. Kenalah membaca hasil penulisan yang hebat-hebat juga. Lihat hasil kerja mereka dan cuba jadikan sebagai model untuk menghasilkan penulisan yang baik seperti mereka malah tak mustahil untuk menghasilkan penulisan yang lebih baik.
Teknologi semakin berkembang pesat. Adakah kita mahu berada ditakuk lama lagi....update dan upgradelah diri anda sebagaimana anda mahukan laptop dan hp yang terkini begitu jualah dengan tuan laptop dan hp tue. Segala maklumat berada di hujung jari anda....tapi mengapa mesti tidak mahu menggunakannya. Tiada alasan untuk tidak upgrade diri anda.
Apa tunggu-tunggu lagi....berubahlah kepada yang lebih baik mulai saat ini. Gunakan segala kemudahan yang ada sebagai agen pemangkin dalam menjayakan kajian penyelidikan anda.

Jangan risau pasal tajuk kajian...ia akan sentiasa berubah tetapi yang perlu ada dari sekarang adalah kerangka kajian tersebut. Seperti juga kita nak beri nama pada anak yang bakal dilahirkan. Boleh cadangkan nama samada nama lelaki atau perempuan tapi anda sendiri tidak pasti jantina anak tersebut. Tapi kita boleh mencadangkan nama untuk anak yang bakal lahir tersebut. Jadiknlah THESIS anda sebagai bayi yang akan lahir walaupun mengandungkannya melebihi 9 bulan. Tetapi persiapan untuk menyambut kelahiran bayi tersebut wajib disediakan oleh ayah dan bondanya. Segala keperluannya mesti disiapkan..jika tidak tahu kena bertanya kepada yang tahu. Persiapan mental, fizikal dan yang paling penting rohaniah kena kuat untuk mengandungkan baby THESIS ini. Banyak cabaran yang harus diharungi tanpa menoleh ke belakang lagi kerana anda telah bernekad untuk mendapatkan bayi tersebut.
Maka siapkan Research Framework anda....hasilkan juga zerodraft untuk melahirkan 1thesis1file sahaja. Jangan ulangi kesilapan yang lalu. Jadikanlah pengajaran dan sempadan untuk tidak mengulanginya buat kali kedua dan seterusnya....kerana penyelidikan ini mesti diteruskan bukan sahaja selepas melahirkan bayi THESIS tetapi apa selepas itu.
Kuatkanlah asas dan tapaknya dahulu untuk memastikan pembinaan bayi THeSIs yang sihat dan cemerlang serta kita bangga kerana dapat melahirkan THeSiS tersebut.
All the best and Good Luck
Lakukan yang terbaik untuk bayi ThEsIS anda.



Tuesday, June 26, 2012

RESEPI KUIH CAKOI

Tepung gandum - 1 kg
Air - 3 cawan
Minyak - 1 sudu besar
Gula - 2 sudu besar
Bikarbonat - 1sudu kecil
Mauripan - 1 sudu besar
Baking powder - 1 sudu kecil
Aminium soda - 1 sudu kecil

Uli bahan-bahan tersebut dan perap selama 1jam.
Uli lagi dan perap selama 2 jam.
Sudah boleh digoreng....
Selamat mencuba

RESEPI MARUKU

*Beras - 1 cawan
*Kacang kuda hitam (ulundu) - 1/2 kg
Kelapa - 1 biji
Jemuju - 2 sudu besar
Bijan - 2 sudu besar
Garam secukupnya

* goreng beras + kacang kuda hitam + jemuju  + bijan sebelum diblender.

Thursday, June 7, 2012

RESEPI NASI ARAB

Hasil perkongsian resepi dengan Chef Hazwani pada 21 April 2012 yang lalu..... Bahan-bahan untuk nasi: > 2 ekor ayam / 2 kg daging kambing > 1 kg beras basmati - 1 kg anggaran dlm 5 @ 5.4 cwn (bergantung pada saiz cawan yang digunakan). > air secukupnya - 1 cwn beras sukatan; 1 1/2 cawan @ 2 cawan air bergantung kepada jenis beras > 1 biji tomato yg masak - potong > 2 labu bawang besar - potong bulat > 1 biji lada hijau - potong besar. tambah kalau nak pedas > minyak masak - minyak jagung > Rempah ratus > serbuk za'faran Bahan-bahan untuk rempah (utk masukkan terus dalam air rebusan ayam/daging kambing + utk ditumis kemudian). > 10 biji buah pelaga > 3 helai bay leaf > 5 batang kulit kayu manis > 10 kuntum bunga cengkih > 1 sb ketumbar serbuk > 1 sk lada hitam serbuk > 1 sb jintan putih serbuk p/s: rempah ratus untuk ditumis tue agak-agak jer. Cara-cara masak air rebusan + nasi: 1. Air disukat dlm periuk dan direbus terlebih dahulu.sukatan air dg beras 1 cwn beras bersamaan 2 cwn air atau 1 1/2 cwn air bergantung kpd jenis beras yg digunakan. bila mendidih barulah dimasukkan ayam/daging kambing 2. 1 labu bwg besar dipotong bulat dan sebiji buah tomato dimasukkan dlm air rebusan ayam/daging kambing 3. Masukkan rempah2 ke dlm periuk 4. Kacau sedikit rempah yg telah dicampurkan dlm air rebusan. Tutup periuk dg tudung.Rebus ayam dalam 1/2 jam. Daging kambing + tulang direbus lama sedikit sehingga daging empuk. 5. Selepas 1/2 jam @ 1 jam, keluarkan ayam@ daging kambing dr periuk. 6. susun ayam@ daging kambing dlm bekas.ketepikan dulu 7. Masukkan rempah2 yg digunakan, 1 labu bawang besar dan cili hijau(ni ikut kepedasan) dlm periuk. Jenis rempah sama dg bahan2 yg dimasukkan dlm air rebusan ayam sebelum ni(langkah 3). 8. Kemudian barulah diisikan minyak masak dan goreng rempah sampai bawang kekuningan. Kemudian masukkan bahan gorengan ke dalam periuk air rebusan ayam @ daging kambing tadi. 9. Masukkkan bahan2 yg ditumis dlm periuk air rebusan tadi.masukkan garam secukupnya.kacau. 10. Cuci beras sampai bersih.(rendam beras dengan air sebelum dimasak) 11. Biarkan air mendidih. Masukkan beras dlm periuk air stok/rebusan ayam @ daging kambing tadi. 12. Masukkan sedikit serbuk za'faran (jika ada). 13. kacau rata sekejap.biarkan mendidih.tudung periuk dan perlahankan api, nasi dimasak dg api sederhana sahaja sampai hampir masak. 14. Nasi hampir kering. kacau sekali lagi nasi. 15. Nasi dikacau lagi. nasi dah hampir masak.boleh tutup api.biarkan seketika.wpun nasi dikacau byk kali tp tak pecah butiran nasinya. OK siap bab nasi...seterusnya Cara-cara masak ayam bakar: 1. Ayam disusun dlm dulang utk bakar. Percikkan atas ayam dg sedikit air sejuk. panaskan oven/grill api atas. 2. Lumurkan ayam dengan sedikit garam & rempah. 3. OK. ayam & nasi dah siap. Next step plak.... Cara untuk sos salatah dan zabadi 1. Sos salatah: buah tomato masak, cili hijau(ikut kepedasan masing2) dan sedikit bawang putih. tambahkan air, garam. Kemudian blender sekejap. 2. Zabadi; campurkan yogurt dgn timun yg dicincang halus, campurkan dg potongan karot.dihidangkan bersama potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis. Inilah hasilnyer... Selamat menjamu selera. Terima kasih Chef Wani & Dapur Mamasya atas perkongsian resepi yang sangat menyelerakan ini. Rujukan: http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/01/kelas-masak-nasi-hadramaut-step-by-step.html