Saturday, June 30, 2012

Bengkel Penulisan Tesis Cepat

30 Jun 2012: Alhamdulillah terima kasih Ya Rabb kerana membuka jalan kepadaku dan rakan2 untuk menimba ilmu teknik2 penulisan cepat tesis bersama DROT di UTM kampus JB.
Banyak input yang diperolehi dari bengkel yang berjalan dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang tadi.
Kami dipertemukan dari institusi pengajian dan bidang kajian yang berbeza namun dengan 1 tujuan yang sama iaitu ingin mengetahui teknik penulisan tesis cepat dan Mantop....
Ada yang baru bercadang2 nak sambung belajar. Ada plak yang dah nak abis belajar..tengah tunggu VIVA jer...ada plak yang dah sambung belajar tapi tkandas di pertengahan jalan...tengah mencari semangat yang hilang. Ada jugak yang baru bentang proposal...seperti diriku yang berada di pertengahan garisan...antara garisan pmulaan dan garisan penamat...jadi apa yang perlu dilakukan untuk memastikan diriku sentiasa berada di landasan yang betul...jangan pulak duduk di persimpangan dilema. Perjuangan perlu diteruskan....
Antara info yang dikongsikan oleh Dr. Othman Talib (DROT) adalah teknik penulisan zerodraft, research framework, document map, mendeley dan dropbox, menulis literature review secara kritis. Walaupun penyampaian DROT adalah secara sempoi dan bersahaja tetapi input yang amat berguna untuk semua peserta bengkel tidak kira samada mereka adalah seorang pelajar atau SV...yang penting mereka adalah seorang penyelidik.
Bagaimana nak menjadi seorang penyelidik yang berjaya jika tidak boleh menyampaikan dan berkongsi ilmu dan hasil penyelidikan dengan orang lain. Bagaimana caranya untuk berkongsi ilmu tersebut.....salah satu caranya adalah dengan penulisan yang mantop dan kritis supaya dapat menjadi panduan untuk para penyelidik yang lain. Penyelidikan tidak akan berhenti seperti akhir ayat yang perlu ada noktahnya tapi penyelidikan adalah kerja yang berterusan. Kita bukanlah yang pertama menjalankan penyelidikan dan pastilah bukan yang terakhir juga. Begitu juga dengan setiap masalah...pasti ada jalan keluar untuk menyelesaikan masalah tersebut...
Untuk menjadi seorang penyelidik yang berjaya dengan hasil kajiannya perlulah berani mendepani masalah yang dihadapi dan berfikir secara kritis atau berfikir di luar kotak.
Jadilah seorang penyelidik yang betul-betuk pakar dalam bidang yang diceburi. Walaupun kajian yang dijalankan tidaklah bombastik sangat pun tapi output tue kenalah BOOm...
Barulah tak malu bila dapat title DR tue adalah sesuatu title yang sangat bermakna. Bukanlah gelaran DR itu yang dikejar tetapi output of knowledge itu yang perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan.
Walaupun kajian yang dijalankan sangat hebat tetapi tidak dapat dikongsikan dengan orang lain...samalah seperti tidak ada apa-apa kajian pun.
Jadi macamana pula untuk menghasilkan penulisan yang hebat. Kenalah membaca hasil penulisan yang hebat-hebat juga. Lihat hasil kerja mereka dan cuba jadikan sebagai model untuk menghasilkan penulisan yang baik seperti mereka malah tak mustahil untuk menghasilkan penulisan yang lebih baik.
Teknologi semakin berkembang pesat. Adakah kita mahu berada ditakuk lama lagi....update dan upgradelah diri anda sebagaimana anda mahukan laptop dan hp yang terkini begitu jualah dengan tuan laptop dan hp tue. Segala maklumat berada di hujung jari anda....tapi mengapa mesti tidak mahu menggunakannya. Tiada alasan untuk tidak upgrade diri anda.
Apa tunggu-tunggu lagi....berubahlah kepada yang lebih baik mulai saat ini. Gunakan segala kemudahan yang ada sebagai agen pemangkin dalam menjayakan kajian penyelidikan anda.

Jangan risau pasal tajuk kajian...ia akan sentiasa berubah tetapi yang perlu ada dari sekarang adalah kerangka kajian tersebut. Seperti juga kita nak beri nama pada anak yang bakal dilahirkan. Boleh cadangkan nama samada nama lelaki atau perempuan tapi anda sendiri tidak pasti jantina anak tersebut. Tapi kita boleh mencadangkan nama untuk anak yang bakal lahir tersebut. Jadiknlah THESIS anda sebagai bayi yang akan lahir walaupun mengandungkannya melebihi 9 bulan. Tetapi persiapan untuk menyambut kelahiran bayi tersebut wajib disediakan oleh ayah dan bondanya. Segala keperluannya mesti disiapkan..jika tidak tahu kena bertanya kepada yang tahu. Persiapan mental, fizikal dan yang paling penting rohaniah kena kuat untuk mengandungkan baby THESIS ini. Banyak cabaran yang harus diharungi tanpa menoleh ke belakang lagi kerana anda telah bernekad untuk mendapatkan bayi tersebut.
Maka siapkan Research Framework anda....hasilkan juga zerodraft untuk melahirkan 1thesis1file sahaja. Jangan ulangi kesilapan yang lalu. Jadikanlah pengajaran dan sempadan untuk tidak mengulanginya buat kali kedua dan seterusnya....kerana penyelidikan ini mesti diteruskan bukan sahaja selepas melahirkan bayi THESIS tetapi apa selepas itu.
Kuatkanlah asas dan tapaknya dahulu untuk memastikan pembinaan bayi THeSIs yang sihat dan cemerlang serta kita bangga kerana dapat melahirkan THeSiS tersebut.
All the best and Good Luck
Lakukan yang terbaik untuk bayi ThEsIS anda.



No comments:

Post a Comment