Friday, July 27, 2012

Ramadhan Kareem

Ramadhan kembali lagi. Alhamdulillah...terima kasih Ya Rabb kerana mengizinkan diriku merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan tahun 1433 H ini. Tahun lepas aku direhatkan dari berpuasa kerana tidak sihat.
Last week, dapat berbuka puasa bersama bonda tersayang, kekandaku yang sulong n familinya di Taman Gunung Emas, Tampin. Minggu nie plak giliran berbuka puasa bersama kekandaku di Kg Bukit Cherakah, Meru Klang.
Rindunya nak buka puasa bersama-sama ayah dan bonda di kampung halaman. Tapi apa yang mampu kita buat, jika Allah tidak mentakdirkan perkara itu berlaku. Ayahanda telah kembali kepadanya bulan Rejab tahun 1432 H. Selepas itu, diriku diuji olehNya. Aku tidak ingat apa yang berlaku selama lebih tiga bulan. REJAB-SYAABAN-RAMADHAN-SYAWAL 1432 H adalah masa berehat yang Allah kurniakan untuk diriku.

Alhamdulillah, dengan izin dariNya dan berkat kesabaran dan doa dari kekanda2ku dan sahabat2, aku kembali pulih untuk meneruskan kehidupan di alam fana ini.

Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada diriku ini. Dengan duit peninggalan arwah ayah, aku meneruskan pengajian di peringkat PhD yang insha Allah akan tamat tahun 2013. Arwah ayahandaku, Ismail bin Khadijah bersungguh-sungguh untuk aku meneruskan pengajian. Beliau sanggup memberikan wang untuk membayar yuran pengajian aku pada semester pertama tahun 2010 yang lalu. Arwah ayah juga bersungguh-sungguh mendoakan agar aku mendapat biasiswa Zamalah yang aku pohon tahun 2011 yang lalu. Alhamdulillah, doanya dimakbulkan oleh Yang Maha Esa untuk melihat aku menyambung pengajian. Tahun ini, biasiswa Zamalahku masih belum diterima. Insha Allah, hujung bulan Ogos barulah dapat elaun Zamalah bagi tahun 2012 ini. Sepanjang tempoh Januari hingga Julai ini, duit peninggalan arwah ayah, aku terpaksa gunakan untuk perbelanjaan harianku. Saat2 akhir hayatnya pun, beliau sangat risaukn diriku. Maafkan anakmu wahai ayahanda kerana sepanjang hayat ayahanda, terlalu banyak pengorbanan yang ayahanda lakukan untuk diriku. Moga rohmu tenang di sana dan sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan syuhada.

Tahun ini, kami beraya tanpa arwah ayah untuk kali yang kedua. Tahun lepas, aku tidak merasa apa itu nikmat berhari raya kerana nikmat itu Allah tarik. Aku tidak ingat apa2 yang berlaku. Kali kedua ujian itu diberikan kepada diriku. Kali pertama adalah pada tahun 2004, iaitu ketika bondaku ditimpa penyakit misteri yang sehingga kini belum sembuh. Waktu itu, aku berada di semester pertama pengajian sarjanaku. Aku telah cuti 1 semester dan meneruskan pengajian kembali secara separuh masa. Masa yang agak lama untuk aku menamatkan pengajian sarjanaku, iaitu tahap maksimum 10 semester.

Aku tidak serik untuk meneruskan perjuanganku yang belum selesai. Aku mendaftarkan diri sebagai pelajar PhD pula pada bulan Disember 2010. Aku ingin memperbaiki kajian penyelidikan yang aku jalankan sepanjang pengajian sarjanaku dahulu. Aku tidak peduli dengan kata-kata orang lain. Yang penting aku tahu apa yang aku lakukan. Rakan-rakan sepengajian yang lain, telah bekerja dan bergaji besar. Tak cukup dengan itu, mereka sudah memiliki rumah dan kereta idaman masing2 serta telah berumahtangga. Namun, aku redha dengan segala ketentuanMu Ya Allah.

Peluang yang Engkau beri ini tidak akan aku sia-siakan Ya Allah. Ya Allah, bantulah diriku yang kerdil ini untuk terus meneroka ilmuMu yang terbentang luas ini. Tambahkanlah ilmu duniawi dan akhiratku dan tetapkanlah diriku berada di jalanMu Ya Allah. Bukakanlah jalan untuk aku terus berjaya dunia dan akhirat.

Ruang dan peluang yang diberikan percuma ini janganlah hendaknya aku lalai dan alpa. Semoga aku dapat menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat untuk semua terutamanya insan yang sentiasa dan tidak putus2 membantuku di kala aku amat2 memerlukan pertolongan. Engkaulah Ya Allah yang sentiasa membukakan jalan untuk aku terus berjaya.


No comments:

Post a Comment