Menjadi Inovatif
Alhamdulillah....saya sangat bersyukur dan gembira kerana masih diberi ruang dan masa mengecapi nikmat Ihsan, Iman dan Islam sehingga saat dan detik 16 Syaaban 1434 H ini. Semua perkara yang dilalui hari ini dipermudahkan oleh Ya Bari Yang Maha Mengadakan.
Terima kasih Ya Allah Ya Bari.
Saat dan tika ini, saya bersyukur atas nikmat dan kasih sayang yang Ya Rahman Ya Rahim ,Engkaulah Yang Maha Pengasih Yang Maha Mengasihani anugerahi kepada diriku ini.
Kuatkanlah jiwaku ini untuk meneruskan perjuangan untuk hari esok.
Jadilah insan yang inovatif.
Jangan takut untuk berubah.
Jom UBAH.
Tinggalkan sikap suka menangguhkan kerja. Lakukanlah yang terbaik untuk saat dan detik ini kerana saat dan detik selepas ini belum pasti milik kita. Yang pasti adalah saat dan tika ini.
TUGASAN yang wajib saya lakukan mulai saat dan detik ini adalah mengamalkan sifat al-Bari. Jangan mudah menyerah dan berputus asa dalam mewujudkan apa yang saya inginkan.
Jadikan contoh dan teladan Nabi Adam sewaktu beliau tersingkir dari syurga kerana melanggar perintah Allah. Beliau terpaksa melalui perjuangan hidup di dunia baru yang asing baginya. Nabi Adam terdengar suara dari langit,
"Aku memberimu tangan dan akal, bumi dan waktu. Berjuanglah!"
~YA ALLAH YANG MAHA PENCIPTA, ENGKAULAH SUMBER INSPIRASI & MOTIVASIKU.
APABILA BADAI DATANG MENERPA & MENGHANCURKAN HIDUPKU, HANYA ENGKAU YANG MENJADI PENGHIBUR & MEMBERI SEMANGAT KEPADAKU DALAM MENERUSKAN KEHIDUPAN INI.~
VISI KEROHANIAN # Menguasai al-Asr dalam kehidupan.
TUJUAN # Menjadi muhandisah mukhlisah.
MATLAMAT # Kerja yang inovatif.
Setiap perbuatan hanyalah untuk mendapatkan redha Allah.
Sentiasalah memperbaharui niat melakukan setiap perkara hanyalah kerana Allah.
VISI MENTAL # Menguasai al-Fatihah dalam kehidupan harian.
TUJUAN # komunikasi berkesan.
MATLAMAT # menjadi insan yang inovatif.
Untuk mengubah kehidupan, hari ini mestilah lebih baik dari semalam. Sentiasa berbaik sangka dengan Allah, muhasabah diri dan memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain.
VISI FIZIKAL # mendapatkan berat ideal
TUJUAN # kekal cerdas, cergas dan sihat
MATLAMAT # Akal yang sihat lahir dari badan yang sihat. Fizikal yang sihat akan menghasilkan kerja yang inovatif.
VISI EMOSI # menyebarkan kasih sayang
TUJUAN # membantu dan berbuat baik pada diri sendiri dan orang lain.
MATLAMAT # mereka gembira, saya turut gembira.
Hari ini saya membantu sahabat dan rakan serta teman yang memerlukan sekadar apa yang termampu. Belajar untuk melepaskan apa yang kita sayangi. Segala apa yang kita miliki ini hanyalah sementara, tiada yang kekal abadi. Belajar..dan terus belajar untuk melepaskan. Terima kasih Ya Allah atas ilmu yang Engkau Ya Alim berikan kepadaku ini. Semuanya datang dariMu jua dan akan kembali kepadaMu jua.
VISI KEWANGAN # Menderma sehari RM 1.
TUJUAN # membantu keluarga dan sahabat.
MATLAMAT # mengelakkan pembaziran dan mengutamakan perkara yang menjadi keutamaan kepada kehidupan.
Kekayaan yang sebenar bermaksud:
Dapat membuatkan orang lain juga berasa senang dan gembira.
Mengapa perlukan sumber kewangan yang banyak?
Merupakan tanggungjawab terhadap diri sendiri, membayar hutang yang tertangguh serta dapat membantu ahli keluarga, sahabat dan sebagai deposit pencen kubur nanti.
No comments:
Post a Comment