Salam Mahabbah Fillah 12 ZULHIJJAH 1436H.. Hari SABTU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.
Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.
ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..
Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.
Eidul Adha Al-Mubarak 1436H.
22:37.
Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNYA adalah ketaqwaan kamu. Demikianlah DIA menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang DIA berikan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat BAIK.
(QS. Al-Hajj, 22:37)
***
Kukisahkan KepadaNYA..
Tuhan menggenggam semuanya..
Termasuk rasa CINTA..
Aku tidak khawatir..
Kerana suatu SAAT kesendirian ku pasti berakhir..
Aku percaya..
Perihal JODOH Tuhan sudah mengaturnya..
Kini yang kubisa, adalah terus berdoa..
Memperbaiki diri, menjadi usaha..
Usaha dan doa yang dilakukan bersama..
Tidak akan menghasilkan hasil cuma-cuma..
Tuhan Maha Menjaga..
Siapa pun dirimu..
Di mana pun dirimu..
Aku yakin,
Tuhan menghidupkan dirimu dalam bahagia-bahagia yang sempurna..
Teruslah berjalan menujuku..
Pun aku sedang melakukan hal yang sama untukmu..
Semoga waktu lekas berbaik HATI kepada dirimu dan diriku..
Hingga temu kita akan segera terwujud nyata..
Dan jalinan CINTA terangkai dalam restu..
Tuhan Yang Maha Pencinta.
-------
#SalamTemuan
#DimanakahTempatkuDiSyurga?
#AllahBeriRezekiMelaluiSOLAT!!!
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta Dia.. 12-12-1436H | 26-09-2015M 15:19 SABTU
No comments:
Post a Comment