Monday, July 25, 2016

ATM#031

Salam Mahabbah Fillah 20 Syawal 1437H.. Hari ISNIN yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.


"Semakin banyak rintangan & halangan menuju kebenaran 
bermakna semakin Allah menyayangi kita..
katalah apa yang mereka mahu kata, 
tetapi Allah penentu siapa benar & siapa salah. 
Akhirat kan ada. kita jumpa disana"




SALAM PERTEMUAN..

Salam ku hulurkan
Menghiasi pertemuan 
Indah persahabatan 
Moga terus berkekalan

Setulus keikhlasan ku mohon kemaafan
Keterlanjuran lalu usah lagi dikenang
Syukur Syawal ini masih lagi kita ditemukan

Setahun yang berlalu 
Tak ku dengar perkhabaran
Ku bimbangi diriku
Tidak dalam ingatan

Betapa ku rindukan saat persahabatan
Dan ku menghargai talian persaudaraan
Syukur atas nikmat pemberian-MU Tuhan

Kan ku kenang masa yang berlalu
Kan tetap bersemadi di hati
Terima kasih untuk semuanya
Tiap kesempatan yang kita lalui
Bersama.....

Kawan yang ku kasih
Teman yang ku sayangi
Bahgia kini ku rasai
Ku damba kepada-NYA
Ku mohon restu-NYA
Moga ukhwah di rahmati

Dalam perjalanan meniti hidup
Adakala tersalah tersilap bahasa
Itu lumrah manusia

Aku hanya insan yang lemah
Tak mungkin telah berseri dosa
Peliharalah ikatan ini
Sebaiknya....

Agar ukhwah ini kehujungnya...

-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Tempat Meminta.. 20-10-1437H | 25-07-2016M 15:01 ISNIN

No comments:

Post a Comment