Tuesday, November 7, 2017

PHD#01

Salam Mahabbah Fillah 18 Safar 1439H.. Hari RABU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

My Partner After This World,

REMEMBER THE DAYS 
YOU PRAYED FOR THE THINGS YOU HAVE NOW!

AKU TERIMA NIKAHNYA...
09-09-2017 | 18-12-1438H (SABTU 10:37)
RABUAN BIN KAMAL RAJALAH
MAZNAH BINTI ISMAIL

Melafaz akad dengan syukur..
Ku terima nikahnya penuh harapan..
Semoga CINTA terbina dikurnia zuriat nan indah.
Agar ku sedar naluri wanita bergelar IBU.

Nukilan CINTA-ku buat-mu Ya Sayyidul Amin..

Sebenarnya, kepada siapa kita harus mencinta?
Kepada siapa kita mesti merindu?
Mungkin ada antara kita yang tertanya-tanya.
Adakah kepada kekasih hati?
Atau kepada si dia yang sentiasa diingati?

Oh! Bukan, bukan, bukan...

CINTA dan RINDU sewajarnya diserahkan kepada ALLAH.
Ini bukanlah sesuatu yang janggal 
justeru sebenarnya hati setiap manusia 
secara fitrahnya mencintai dan merindui ALLAH.

CINTA isteri atau CINTA suami ialah alat untuk mencapai CINTA ALLAH.
Ertinya, CINTA akan suami dan isteri mesti berdasarkan rasa CINTA kepada ALLAH.

Rumah tangga dibina atas dasar CINTA tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab. 
CINTA antara manusia tidak boleh terpisah daripada CINTA ALLAH.
Kesepaduan CINTA itulah yang melahirkan tanggungjawab.

Jika hanya ada CINTA tetapi tidak ada rasa tanggungjawab, lambat laun CINTA akan luntur dan rumah tangga akan terkubur. Sebaliknya, jika ada tanggungjawab tanpa rasa CINTA, rumah tangga akan hilang keindahan dan pudar serinya. Ketika kemanisan bertukar pahit, ketika keseronokan beralih kepada kesukaran, maka tinggallah rasa tangungjawab untuk menyempurnakan sebuah perkahwinan. Justeru, CINTA hakikatnya adalah satu AMANAH yang terpaksa 'ditanggung', akan 'dipersoalkan' oleh ALLAH dan setiap yang bercinta perlu 'menjawabnya'. 

CINTA itu suatu kuasa kerana ia terletak dalam HATI, 
raja yang paling berkuasa dalam kerajaan diri manusia.

PENGANTIN AL-QURAN

Dalam Al-QURAN, ada satu surah yang dinamakan 'Arus al-Quran' (Pengantin al-Quran), 
iaitu surah yang ke-55. Ia juga dikenali dengan nama surah ar-Rahman 
(Allah Pemberi Anugerah limpahan rahmat).

Pesanan penting dalam Pengantin al-Quran adalah perintah bersyukur, tidak mengingkari atau melupakan nikmat-nikmat yang ALLAH anugerahkan. Di situlah dikemukan pelbagai nikmat Tuhan yang dapat diraih oleh makhlukNYA, di dunia dan di akhirat kelak.
 .

CINTA bukan hanya kata-kata bermadah, tetapi CINTA adalah AMANAH daripada ALLAH. Sesungguhnya CINTA itu indah kerana ia adalah kurnia daripada ALLAH Yang Maha Indah. Justeru, jagalah kesucian dan keindahan CINTA itu dengan berkata kepada KEKASIH HALAL-mu :

Aku CINTA kepadamu kerana ALLAH!



No comments:

Post a Comment