Thursday, January 13, 2011

BERKELAH



Sungguh indah ciptaan Tuhan
Lautan biru nyiur melambai
Ombak menderu memukul pantai
Hati yang resah menjadi damai

Dihari minggu pergi berkelah
Ditepi pantai yang sangat indah
Bersama keluarga dan rakan sedarjah
Dapat melihat kebesaran Allah

Pasirnya putih kilau-kilauan
Banyak terdapat siput dan kerang
Adik bermain hatinya girang
Ibu melihat hatinya tenang

Di dalam laut banyak hidupan
Udang, ketam, sotong dan ikan
Menjadi rezeki para nelayan
Nikmat berharga pemberian Tuhan

Sewaktu mandi ayah berpesan
Ombak yang kecil menjadi kawan
Bila membesar lawan
Itulah dia resminya alam

Album: Akhlak Mulia
Munsyid: Shoutul Sofwa

Wednesday, January 12, 2011

MATLAMAT YANG SATU

24 Muharram 1432H: Menghadiri Taklimat Post Graduan di UTM Skudai.



UTM YAKIN CAPAI SASARAN
Oleh Haniza Hassan
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 30 Dis. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyasarkan dapat menarik seramai 9,000 penuntut pasca siswazah menjelang akhir 2011.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, jumlah tersebut akan ditingkatkan kepada 10,000 pada 2012 untuk mengimbangi bilangan mahasiswa di peringkat prasiswazah.

Beliau berkata, sasaran peningkatan tersebut dibuat berdasarkan jumlah penuntut pasca siswazah pada tahun ini seramai 8,240 melebihi 8,000 yang ditetapkan.

"Tahun ini kita tetapkan 8,000 sahaja penuntut kategori berkenaan, namun yang mendaftar seramai 8,240 orang. Melihat kepada angka berkenaan, kita optimis untuk mencapai sasaran berkenaan apatah lagi dengan status universiti penyelidikan yang kita peroleh," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada 400 penuntut pasca siswazah UTM, di sini, hari ini.

Zaini berkata, seramai 623 mahasiswa baru mendaftar sehingga semalam 498 mengikuti pengajian Sarjana dan 125 mengambil Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) bagi sesi 2010/2011.

Menurutnya, seramai 164 penuntut luar negara pula mengikuti pengajian peringkat sarjana, manakala 64 orang mengambil pengajian peringkat Ph.D.

"Jumlah berkenaan dijangka meningkat kerana proses pendaftaran akan berlangsung sehingga 15 Januari depan bagi memberi peluang kerana calon yang terpaksa mendaftar lewat disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan," katanya.

Di samping itu, UTM menjadi pelopor mewujudkan program baru iaitu Ph.D Industri bagi memantapkan lagi pembangunan modal insan dalam bidang industri dan seterusnya membangunkan ekonomi negara berteraskan inovasi.

Zaini berkata, program itu menjadi alternatif kepada kursus Ph.D sedia ada dengan isu penyelidikan ditumpukan kepada aspek penyelesaian industri secara lebih praktikal dan memberi manfaat secara langsung kepada industri terlibat.

Sunday, December 26, 2010

BILA WAKTU TELAH BERAKHIR



Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara?
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu?

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari?
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu?

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

SELAGI ADA WAKTU



Kita dikembarakan dalam waktu yang singkat
Ingat apa yang harus kita perbuat
Selagi ada waktu tinggalkan yang tak tentu
Mari kita menuju pada jalan yang satu

Jalan yang penuh Rahmat
Jalan yang penuh Berkah
Jalan yang penuh nikmat
dan penuh Maghfirah

Hidup dengan AgamaNya
Mati dalam AgamaNya
Berbahagialah nanti
Kehidupan abadi

AKU TAK INGIN LEPAS

Daku ada dalam Penglihatan Mu,
daku ada dalam Pendengaran Mu,
daku ada dalam Pengawasan Mu,
daku ada dalam Genggaman Mu.

Sengsaraku adalah Rahasia Mu,
bahagiaku adalah Rahasia Mu,
mautku adalah Rahasia Mu,
nafasku adalah Kasih Sayang Mu.

Daku tak ingin lepas dari Bimbingan Mu,
daku tak ingin lepas dari Cinta Mu,
daku tak ingin lepas dari Lindungan Mu,
daku tak ingin lepas dari Redha Mu.

Maha Besar Maha Tinggi..
Bimbing daku Lindungi daku..

Thursday, December 23, 2010

HADIAH TAHUN BARU 1432H

SEWING MACHINE: MODEL 8215


Specifications:
• 15 built-in stitch pattern
• 4 step buttonholer
• Easy stitch selection
• Snap-on presser feet
• Maximum stitch length 4mm
• Maximum stitch width 5mm

Hadiah Tahun Baru 1432 Hijrah buat Siti Nurhazwani & Maznah Ismail.
Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami memiliki mesin jahit ini. Walaupun telah lama berangan-angan untuk memiliki mesin jahit ini, akhirnya Allah mengizinkan jua kami memilikinya kini.
Ya Allah bantulah diri kami untuk belajar menggunakannya untuk meningkatkan kemahiran kami dalam seni jahitan. Moga dengan hadiah yang Kau anugerahkan dapatlah kami memajukan diri kami dalam bidang jahitan ini.

Kata-kata bondaku masih terngiang-ngiang di telinga tiap kali melihat pakaianku yang bonda jahit:

"Kalau tak tau menjahit, bila mak dah takde nanti, letak kain atas kubur mak. Mak tolong jahitkan".

Itu kata-kata perangsang untuk aku memajukan diri dalam bidang jahitan ini. Cukuplah aku dapat menjahit untuk pakaian aku sendiri tanpa perlu dihantar kepada tukang jahit lain. Bondaku sudah tidak larat untuk memjahitkan baju untuk diriku.

Bantulah diriku Ya Allah untuk belajar menjahit semula. Asas-asas jahitan mesin telah lama aku pelajari dari bonda sewaktu aku kecil dulu, namun telah lama berkubur tanpa aku praktikkan.

Ya Allah bantulah diri kami berdua, Siti Nurhazwani & Maznah untuk mempelajari sedikit dari ilmuMu ini Ya ALLAH. Moga dengan ilmuMu ini akan semakin meningkatkan ketaqwaan kami kepadaMu Ya ALLAH. Ikhlaskan diri kami untuk belajar keranaMu Ya ALLAH.

Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami dalam mempelajari ilmuMu ini. Segala kemahiran dan ilmu hanyalah milikMu jua Ya ALLAH. Mudahkanlah Ya ALLAH, janganlah Kau sulitkan.

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. [Al-Alaq,96:1-5]

MANIKAM KALBU -FAIZAL TEHRANI-

"Gabungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar dan bahasa menjadikan Manikam Kalbu sebuah novel remaja yang kuat dan menarik. Novel ini dihasilkan berdasarkan pembacaan dan kajian yang mendalam." -Panel Hakim-



Cinta Ziryab mendalam sekali. Cintanya terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Makna dan falsafah Melayu tercermin pada kurungnya yang cermat dikenakan. Dia menggali semula ketakjuban dalam kesenian.
Katanya: "sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya".
Dia mempunyai seekor kucing, Manikam Kalbu, dan kucing montel itu penghubung cinta dua zaman. Dunia remaja yang bergelombang. Sebuah novel humor dua zaman yang langka dalam kesusasteraan Melayu.

HARI 12: AL-BARI'

YANG MAHA MENGATUR


Seandainya hidup kita tidak terurus pastilah kita akan berasa kurang selesa.
Bukankah kita adalah hamba Allah YANG MAHA MENGATUR segala-galanya?
Kita mestilah mempunyai perancangan dan program kerja untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.