Wednesday, January 12, 2011

MATLAMAT YANG SATU

24 Muharram 1432H: Menghadiri Taklimat Post Graduan di UTM Skudai.



UTM YAKIN CAPAI SASARAN
Oleh Haniza Hassan
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 30 Dis. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyasarkan dapat menarik seramai 9,000 penuntut pasca siswazah menjelang akhir 2011.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, jumlah tersebut akan ditingkatkan kepada 10,000 pada 2012 untuk mengimbangi bilangan mahasiswa di peringkat prasiswazah.

Beliau berkata, sasaran peningkatan tersebut dibuat berdasarkan jumlah penuntut pasca siswazah pada tahun ini seramai 8,240 melebihi 8,000 yang ditetapkan.

"Tahun ini kita tetapkan 8,000 sahaja penuntut kategori berkenaan, namun yang mendaftar seramai 8,240 orang. Melihat kepada angka berkenaan, kita optimis untuk mencapai sasaran berkenaan apatah lagi dengan status universiti penyelidikan yang kita peroleh," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada 400 penuntut pasca siswazah UTM, di sini, hari ini.

Zaini berkata, seramai 623 mahasiswa baru mendaftar sehingga semalam 498 mengikuti pengajian Sarjana dan 125 mengambil Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) bagi sesi 2010/2011.

Menurutnya, seramai 164 penuntut luar negara pula mengikuti pengajian peringkat sarjana, manakala 64 orang mengambil pengajian peringkat Ph.D.

"Jumlah berkenaan dijangka meningkat kerana proses pendaftaran akan berlangsung sehingga 15 Januari depan bagi memberi peluang kerana calon yang terpaksa mendaftar lewat disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan," katanya.

Di samping itu, UTM menjadi pelopor mewujudkan program baru iaitu Ph.D Industri bagi memantapkan lagi pembangunan modal insan dalam bidang industri dan seterusnya membangunkan ekonomi negara berteraskan inovasi.

Zaini berkata, program itu menjadi alternatif kepada kursus Ph.D sedia ada dengan isu penyelidikan ditumpukan kepada aspek penyelesaian industri secara lebih praktikal dan memberi manfaat secara langsung kepada industri terlibat.

No comments:

Post a Comment