Hanya Tuhan Yang Tahu
Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih.
----<>------<>--------<>-----
Ya Allah Ya Wadud Yang Maha Pencinta
Jika cinta ini kerana pandangan pertama,
janganlah Engkau memberi hamba kesempatan untuk pandangan selanjutnya.
Ya Allah Ya Wadud Yang Maha Pencinta
Jika sayang ini kerana pertemuan pertama,
maka janganlah Engkau beri pertemuan selanjutnya.
Ya Allah Ya Wadud Yang Maha Pencinta
Jika getaran ini hanyalah kekaguman saat pertama jumpa
janganlah Engkau beri getaran ini diperjumpaan selanjutnya.
Ya Allah Ya Wadud Yang Maha Pencinta,
jika ia yang terbaik buatku!
baikkanlah aku seperti kebaikannya,
sabarkanlah aku seperti kesabaran yang dimilikinya.
teguhkanlah niatku seperti niatnya keranaMu
dan biarkan semua mengalir sederhana dan apa adanya.
Ya Allah Ya Wadud Yang Maha Pencinta,
Hadirkan cinta yang halal bagiku,
kerana sesungguhnya aku tidak mahukan cinta yang tidak pasti.
Jauhkan hatiku dari cinta yang sia-sia.
-----<>-------<>-------
"Ya Allah, aku ingin menikah.
Ya Allah tetapkanlah untukku wanita yang paling mulia kehormatannya,
yang paling menjaga dirinya untukku dan untuk hartaku,
yang paling luas rezekinya,
yang paling banyak berkahnya,
dan tetapkanlah untukku darinya anak yang baik yang Engkau jadikan ia sebagai penerusku yang soleh dan solehah di masa hidupku dan setelah kematianku....
Amin Ya Rabbal 'alamiin.
@wadi ismailjamilah
19 Zulkaedah 1434H
No comments:
Post a Comment