Sunday, October 6, 2013

HiJRAH #001


Alhamdulillah...segala puja & puji kupanjatkan ke hadratMu Ya Rabb kerana dengan izin dan inayahMu, diri ini masih dikurniakan nikmat agungMu iaitu Ihsan, Iman dan Islam. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (1:1)

 Setiap saat dan ketika Engkau ajari diriku dengan tidak pernah jemu mendidik. Pimpinlah diriku, didiklah diriku ke arah yang lebih baik menurut ilmu Engkau Ya Allah Yang Maha Mengetahui.

  Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (14:1)

 ---------------<>------------------
 "Kucari cahaya dalam kekalutan warna Sewaktu malam resah mengibarkan sayapnya Kutemui dia bayang malam yang terluka Pesona cintaku pun terbakar."
----------------<>------------------

 Pimpinlah diriku agar sentiasa mengikat diri kepada ayat-ayatMu Yang Agung ini Ya Allah, agar diriku sentiasa melakukan setiap perkara dengan mahuNya dan kehendakMu bukan kemahuan diriku sendiri yang serba dhaif serta melakukan khilaf ini. Telah pasti datangnya ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan. (16:1)
 ----------------<>-----------------
 "Everything comes to you in the right moment.
 Be patient!"

 "ALLAH heard you today.
Just be patient!"
 ------------------<>----------------

 Terima kasih ya Allah Ya Wadud Yang Maha Pencinta kerana menganugerahi diriku insan-insan yang mengasihi dan menyayangi diriku seperti adanya, termasuklah ayahanda, bonda, ahli keluarga, saudara mara, kaum kerabat, sahabat handai, dan sesiapa sahaja di sekelilingku yang mengasihi dan menyayangi diriku kerana Allah. Bertemu tidak jemu dan berpisah tidak gelisah kerana kami bertemu dan berpisah hanya kerana izin dan kemahuan dariNya.

 Uhibbukum/Uhibbukunna/uhibbuka/uhibbuki fillah abadan abada ilal jannah. (Saya menyayangi kamu semua kerana Allah selama-lamanya hingga ke syurga nanti).


 Terima kasih ya Allah atas nikmat dan anugerah ukhuwwah fillah (silaturrahim-hubungan kasih sayang/ persaudaraan Islam kerana Allah) ini. Dipertemukan diriku dengan insan-insan yang positif agar diriku jua menjadi insan yang positif. Hindarilah diriku dari menjadi negatif yang hanya akan merugikan diriku sahaja. Kembalikanlah diriku ini Ya Allah Ya Qudus kepada fitrahku yang suci dan bersih seperti bayi yang baru lahir.

 Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hambaKu. Masuklah ke dalam syurgaKu. (89:27-30)

 Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. (4:1)

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (49:13)

 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalanKu dan mencari keredhaanKu (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, kerana rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus. (60:1)

 Tunjukilah kami jalan yang lurus. (1:6)

 Jom kita berHIJRAH. Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam kerana kita adalah umat Islam yang CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG. Kejayaan diri kita diukur pada sejauh mana pengetahuan itu berjaya menjadi amal. Bagaimana bertambahnya pengetahuan, menambah amal di jalan kebaikan. Pertambahan amal itu menjadikan kita lebih baik berbanding semalam.

 Sentiasalah bergerak. Usah duduk diam lagi. Ya Allah Ya Musawwir Yang Maha Merekacipta dan Maha Kreatif, bantulah diri kami agar menemui jalan keluar bagi setiap permasalahan yang kami lalui

ini.

"

Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, Pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu."

 Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (103:1-3)



Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (9:20)

 Untuk berHIJRAH, kita memerlukan manual dan panduan kehidupan. Ambillah pusako dari Yang Maha Agung iaitu al-Quran Kareem untuk dijadikan senjata dan perisai dalam mengharungi kehidupan di alam fana ini. Manual agung ini telah ditinggalkan oleh junjungan besar Rasulullah saw kepada kita selaku umatnya yang dikasihi agar kita terus berada di landasan yang benar. Fungsikanlah pusako agong ini agar dapat memberi manfaat kepada diri kita sendiri dan insan tersayang yang berada di sekeliling kita. Umpamakan seperti kenderaan yang kita miliki contohnya kereta, motosikal, basikal yang disediakan sekali manual penggunaannya agar kita dapat menggunakannya secara betul serta bermanfaat kepada kita. Begitulah jua al-Quran Kareem yang merupakan mukjizat agung junjungan besar Rasulullah saw yang diwasiatkan kepada kita selaku umatnya. Maka manfaatkanlah.


JANGAN TERGESA-GESA, DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH.


 Bacalah dan fahamilah maksud yang ingin disampaikan dalam surat cinta dari Allah Yang Maha Pencinta. Jadikan panduan dan petunjuk sepanjang perjalanan kita menuju kampung akhirat nan abadi.

 Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.
(2:2)


1 comment:

  1. SAAT BERPISAH...

    Jika sanggup datang mesti sanggup pulang
    Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah
    Jika semuanya kerana ALLAH

    HATI EMAS sewajarnya sentiasa berasa bertemu tak jemu,
    berpisah tak gelisah.

    Bukankah kita bertemu untuk berpisah?

    Dan berpisah untuk bertemu?

    Semoga KEMBARA CINTA-MU di dunia ini akan tiba bersama di hujung destinasi CINTA...di JANNAH-MU...Insha ALLAH...dengan izinMU jua.

    #ALHAMDULILLAH...Always Be Clear...01-02-1436H|24-11-2014M 17:53
    ===
    17:53. Dan katakanlah kepada hamba-hambaKU, supaya mereka mengatakan perkataan yang TERBAIK. ...
    (QS. Al-Isra',17:53)

    ReplyDelete