Salam 6 Muharram 1435H.
Dengan izinNya....
1) Ketetapan (Rububiyyah) - aturan berpandukan tarikh Islam diikat dengan diri. Contohnya surah ke-6 ayat ke-6. (6:6)
2) Mulkiyat - tempat; untuk terikat pada diri, semua surah ayat mengikut tarikh Islam dan semua ayat dari surah bulan perlaksanaan. Contohnya surah ke-3 ayat ke-6, semua surah ayat ke-6 dan semua ayat dari surah ke-3. (3:6)
3) Ubudiyyah - ketetapan diri. Mesti tidak lari dari Rububiyyah dan Mulkiyat. Contohnya surah ke-6 ayat ke-3. (6:3)
~Jom fungsikan al-Quran Kareem!~
(1) Tidakkah mereka memperhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka yang telah Kami binasakan, padahal (generasi itu), telah Kami teguhkan kedudukannya di bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu. Kami curahkan hujan yabg lebat untuk mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa-dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan generasi yang lain setelah generasi mereka.
(QS. Al-An'am, 6:6)
(2) Dialah yang membentuk kamu dalam rahim menurut yang Dia kehendaki. Tidak ada tuhan selain Dia. Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (QS. Ali Imran, 3:6)
(3) Dan Dialah Allah (yang disembah), di langit ataupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan dan mengetahui (pula) apa yang kamu kerjakan. (QS. Al-An'am, 6:3)
~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~
"Wahai puteriku sayang,
Lupakanlah hajatmu mencari yang soleh dahulu.
Sebaiknya jadikan dirimu solehah terlebih dahulu.
Insha Allah...yang soleh pasti akan Allah hantarkan kepadamu.
Kerna dia tercipta untukmu."
~°~~°~°~°~°~°~°~°~~°~°~°~°~°~°~°~°~
No comments:
Post a Comment