Friday, November 22, 2013

HIJRAH#008


Salam 19 Muharram 1435H buat semua sahabatku yang dikasihi kerana Allah. Jom kita rujuk surah yang ke-19 dalam al-Quran iaitu surah Maryam. [QS Maryam, 19: 2-5] 

Surah ini dibuka dengan kisah Zakaria a.s. Ayat kedua surah ini dibuka dengan kalimat yang indah,
"Inilah salah satu kisah hamba Allah yang dekat denganNya juga dengan rahmatNya."

Zakaria adalah salah seorang nabi yang agung, pemimpin bani Israel. Dikatakan dalam Shahih Bukhari bahawa profesi sehari-hariannya adalah seorang ahli kayu. Dia membiayai hidupnya dengan usahanya sendiri.

Allah berfirman pada ayat ketiga surah ini,

"(Iaitu) ketika dia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut." (QS. Maryam,19:3) 

Ayat tersebut bermakna bahawa Nabi Zakaria meminta kepada Allah dengan cara ini kerana Allah lebih menyukai hal tersebut. Qatadah memberikan komentar ketika menjelaskan ayat ini bahawa sesungguhnya Allah menyukai hati yang takut dan bertakwa. Dia amat Maha Mendengar suara yang halus dan samar.

Kelanjutan doa Nabi Zakaria kepada Allah diteruskan pada ayat berikutnya,
"Dia (Zakaria) berkata, 'Ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah.
Ayat tersebut menunjukkan adanya perendahan fisik yang semakin melemah dan kekuatan yang semakin menurun.

Ayat tersebut dilanjutkan dengan, "Dan kepalaku telah dipenuhi uban", yakni uban yang menyelimuti helai-helai rambut yang hitam. Seluruh ungkapan Zakaria ini bertujuan untuk menunjukkan kelemahan dirinya di hadapan Pencipta dengan usia yang bertambah senja beserta tanda-tanda zahirnya.

Ayat keempat ini ditutup dengan kalimat, "Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku."

Ayat tersebut menunjukkan bahawa tidak pernah terjadi Allah tidak mengabulkan dan tidak mengindahkan doa Zakaria di dunia.
(Tafsir Ibnu Kathir)


QS Maryam, 19:4
Doa agar tidak berputus asa!

Doa dalam ayat ini memberikan teladan bagi kita agar kita tidak berputus asa dari rahmat Allah. Ini adalah doa Nabi Zakaria, yang memiliki kelemahan fisik dan kekuatan yang semakin menurun dengan usia yang bertambah senja. Namun, tidak pernah kecewa dalam berdoa kepada Allah. Nabi Zakaria meminta keturunan sebagai penjaga dan penyelamat manusia dengan risalah yang Allah titipkan kepada anak tersebut setelah kematiannya.

Permintaannya pun akhirnya diijabah Allah. Ketakutannya ini tidak didasarkan pada kekhawatiran jatuhnya warisan hartanya ke tangan orang lain. Warisan yang dikatakan Zakaria dalam doanya ketika meminta seorang anak agar dapat mewariskan darinya, bukan warisan harta sebagaimana yang lumrah, melainkan warisan kenabian. (Tafsir Ibnu Kathir)


QS Maryam, 19:5
Doa yang baik pasti dikabulkan Allah!  

Allah Maha Penguasa dan Pemilik seluruh alam semesta. Jika menghendaki, Dia dapat memberikan kepada manusia apa sahaja yang diinginkanNya.

Setiap orang yang berpaling kepada Allah dan berdoa kepadaNya, haruslah meyakini bahawa Allah berkuasa melakukan apa sahaja. Oleh sebab itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa. Dia akan memberikan apa yang diminta oleh seseorang jika doa tersebut baik. Misalnya, Nabi Zakaria a.s. berdoa kepada Allah agar diberi keturunan yang diredhai, dan Allah pun mengabulkan doanya, meskipun isterinya mandul.

Allah mengabulkan doa Nabi Zakaria dan memberikan kepadanya berita gembira tentang Nabi Yahya a.s. Bahkan, Nabi Zakaria merasa hairan sendiri kerana isterinya mandul.
(Harun Yahya, Beberapa Rahsia dalam al-Quran, 2004).


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*KUN FAYAKUN~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


~Ku Yakin Berlaku~

Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu

Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci

Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu

Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama

Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku

Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian

Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini

No comments:

Post a Comment