Sunday, April 6, 2014

HIJRAH#030

Salam 7 Jamadil Akhir 1435H sahabat-sahabat yang dirindui dan dikasihi kerana ALLAH. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian di hari Isnin yang penuh keberkatan ini.

"Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk."
(QS. Ad-Dhuha,93:7)

Ya ALLAH, kami memohon ketentuan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohon penetapan dengan kekuasaanMu,
juga kami memohon kurniaMu yang besar.
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui dan kami tidak mengetahui apa-apa.
Engkau Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Ya ALLAH, sekiranya dalam ilmuMu urusan kami ini baik untuk kami dan agama kami, kehidupan kami serta akibat urusan kami, takdirkan untuk kami dan mudahkan serta berikan berkat kepada kami melaluinya.
Sebaliknya, apabila dalam ilmuMu urusan ini tidak baik untuk kami dan agama kami, kehidupan kami serta akibat urusan kami, lalu jauhkan hal itu daripada kami dan jauhkan kami daripada urusan itu serta takdirkan untuk kami yang lebih baik daripada urusan itu walau di mana jua.
Kemudian, puaskan hati kami dengan takdirMu itu...
Amin Ya Rabb...
Perkenankanlah permohonan kami ini Ya ALLAH Yang Memperkenankan sebarang hajat.


******

"maka sesungguhnya akan Kami khabarkan kepada mereka (apa-apa yang telah mereka perbuat), sedang (Kami) mengetahui (keadaan mereka), dan Kami sekali-kali tidak jauh (dari mereka)." (QS. Al-A'raf, 7:7)


PERLUKAH AKU KHABARKAN?

Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yang terpendam persoalan

Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku

Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi

Ku mohon padaMu Tuhan berikanlah kekuatan
Untukku menghadapi semua ini

Tuhan ku terus berserah berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah dan tersilap langkah..

*****
Pilihlah hikmatnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah
Mempersia-sia ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh lena ujian

Takkan terhidu harum mewanggi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora


*****
Kesusahan dan kepedihan hidup
Mengajar kita erti dewasa
Memberi peluang untuk kita dekati
Pada Tuhan yang sering kita lupa

Sesungguhnya nilai kegagalan lebih berharga dari kejayaan

Dan ingatlah kurnia Allah kepadamu dan perjanjian-Nya yang telah diikat-Nya dengan kamu, ketika kamu mengatakan: "Kami dengar dan kami taati." Dan bertakwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui isi hati(mu). (QS. Al-Maidah, 5:7)

******
Dan berdoalah:
"Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik Yang memberi tempat."
(QS. Al-Mukminun, 23:29)

Hari ke-9 berada di tempat menuntut ilmu yang baharu, suasana yang baharu, tugasan yang baharu. Semoga dipermudahkan segala urusanku di medan juang yang baharu ini...selamat meneruskan perjuangan...menyebarkan bahagia...dan pastinya Menjemput Rezeki itu lebih Mudah dari Mencari Rezeki...dengan izin-Nya...dengan mahu-Nya...dengan kehendak-Nya...

# 27/3/2014:: 25 Jamadil Awwal 1435H....kembara ilmu berMULA.

No comments:

Post a Comment