Salam 18 Jamadil Awwal 1435H sahabat-sahabat pencinta Yang Maha Pencinta.
"Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)." (QS. Al-Kahfi, 18:10)
Syafakillah....
Semoga diberikan kesembuhan kepada kekandaku Nazariah Mat Dakim dan dikurniakan kesihatan yang baik. Tabahkan hati menghadapi kesulitan ini...di sebalik satu kesulitan tersembunyi dua kemudahan dan hadiah dari Yang Maha Pencinta.
Alhamdulillah....dan tahniah kak cik dengan anugerah cahaya mata si mujahid yang comel dan sihat ini...moga kelahiranmu pada petang Isnin 15 Jamadil Awwal 1435H (17 Mac 2014) sentiasa beroleh berkat dan rahmatNya serta menjadi penyejuk mata buat ayah dan bonda tercinta, Radzuran Ismail dan Nazariah Mat Dakim.
Melihatkan kepayahan dan kesukaran yang dihadapi oleh kekandaku mengingatkan diri ini betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Tiada galang gantinya jasa dan pengorbanan insan mulia, seorang ibu mithali yang berjuang melahirkan anaknya. Semuanya sanggup dilakukan demi memastikan anak-anaknya selamat dan berjaya di dunia dan di akhirat.
Begitu jua dengan kekandaku, akibat darah yang terlalu banyak keluar selepas selamat melahirkan si mujahid yang comel, rahimnya terpaksa dibuang. ALLAHU AKBAR...
Beliau dimasukkan ke wad ICU kerana keadaan agak kritikal dan tidak sedarkan diri. Hanya kepada Dia Yang Maha Berkuasa, kami serahkan segala urusan.
Ketabahan seorang ayah jua tidak dapat dinafikan. Lebih-lebih lagi dalam situasi dan saat genting seperti ini. Kasih sayang dan cinta terhadap anak-anak dan isteri membuatkan seorang ayah dan juga suami lebih kuat dan tabah. Kesakitan yang dialami cuba disembunyikan dan bertindak ceria dan bahagia di hapadan anak-anak dan isteri...hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala apa yang tersurat dan tersirat dalam sanubari seorang ayah dan juga suami.
Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan diriku insan-insan hebat di sekelilingku. Walaupun ayah tidak bersama-sama kami, namun semangat perjuangan itu masih ada pada diri anak-anak lelaki ayah. Ketabahan dan kekuatan semangat yang ada pada abang-abangku mendatangkan rasa rindu yang amat kepada ayah. Semoga ayah tenang dan bahagia di sana.
Pertemuan dengan ayah awal pagi tadi, melepaskan rindu yang mendalam pada ayah tercinta. Walaupun pertemuan itu cuma di dalam mimpi...namun seperti benar-benar berada di alam realiti. Ayah datang bersama-sama along...melawat diriku yang berada di asrama...seronoknya dan bahagianya diri ini saat dan tika itu.
Bertanya khabar ayah dan mendakap erat tubuh ayah...melepaskan rindu pada insan yang dikasihi.
Ayah sihat...kata-kata yang selalu dilafazkan tatkala kami bertanyakan khabarnya walaupun tika dan saat itu beliau tidak sihat.
ALLAHU AKBAR...
Ampunilah segala dosa ayah dan bonda kami sepertimana mereka telah menjaga dan mendidik kami ketika kami kecil dahulu. Lindungilah dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang dan cintaMu Yang Agung kepada insan mulia ini.
~Uhibbukum fillah abadan abada ilal jannah.~
***
Sendiri menyepi
Sendiri menyepi...
Tenggelam dalam renungan
Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan
Perlahan ku cari, mengapa diriku hampa...Mungkin ada salah, mungkin ku tersesat
Mungkin dan mungkin lagi...
Oh Tuhan aku merasa
Sendiri menyepi
Ingin ku menangis,menyesali diri,mengapa terjadi
Sampai kapan ku begini
Resah tak bertepi
Kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala
Benderang di hidupku...
Perlahan ku cari, mengapa diriku hampa
Mungkin ada salah mungkin ku tersesat,Mungkin dan mungkin lagi
Oh Tuhan aku merasa..
Sendiri menyepi...
Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
Sampai kapan ku begini
Resah tak bertepi
Kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala
Oh Tuhan aku merasaaaaaaa...
Seeeeendiri... aku merasa sendiri..
Sampai kapan begini
Resah tiada bertepi...Ooohh..
Ku ingin cahyaMu
Benderang di hidupku..
p/s:
It's your road, and yours alone.
Others may walk it with you,
But no one can walk it for you.
No comments:
Post a Comment