Salam 11 Rejab 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi dan dirindui kerana ALLAH.
Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu, ummi, mama, mak dan ma.
Terima kasih bondaku sayang, Jamilah Ibrahim yang cantik dan jelita kerana menjadi wanita super dalam hidup anak-anakmu.
*****
SAMBUTAN HARI IBU DALAM ISLAM
Hari ibu didefinisikan sebagai sambutan dan penghargaan buat semua ibu. Pada hari itu, para ibu akan diraikan serta diberi hadiah sebagai tanda kasih sayang seorang anak kepada ibunya. Dalam kelekaan kita menyambutnya, pernahkah kita berfikir tentang asal usul Hari Ibu ini?
Adakah cukup sehari untuk kita menghormati dan menggembirakan ibu kita? Adakah Islam menyarankan kita meraikan hari ini?
Sejarah Hari Ibu...
Hari Ibu merupakan satu perayaan pada musim bunga. Masyarakat Greece meraikannya sebagai tanda penghormatan mereka terhadap 'Rhea', iaitu ibu kepada tuhan mereka.
1600...
Masyarakat di England merayakan satu hari yang mereka namakan sebagai 'Mothering Sunday'. Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap 'Lent'. Lent ialah tempoh masa selama 40 hari sama ada dalam bulan Februari atau Mac.
Dalam tempoh ini, masyarakat yang beragama Kristian akan berhenti melakukan perkara tertentu atau memakan makanan tertentu atas dasar agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap 'Mother Mary'. Mother Mary ialah Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s. atau Jesus yang dianggap mereka sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut.
Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahi dengan 'Mothering Cake' sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan kini disambut sebagai penghormatan kepada 'Mother Church'. Mother Church dianggap sebagai satu kuasa spiritual yang agung. Sejak itu, perayaan 'Mothering Sunday' diraikan dengan ucapan di gereja.
1872...
Hari Ibu di Amerika Syarikat disambut hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi "The Battle Hymn of The Republic". Puisi ini telah dijadikan lagu patriotik yang popular dalam kalangan warga Amerika.
1907...
Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Sejak itu, Hari Ibu dirayakan setiap tahun di Philadelphia. Anna Jarvis dan penyokongnya telah menulis surat kepada presiden, ahli korporat dan ahli politik mencadangkan agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah.
1911-1914...
Hampir keseluruhan rakyat Amerika menyambut Hari Ibu. Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti diraikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
***Sambutan Setiap MASA***
Hari Ibu disambut di Barat sebagai tanda penghormatan kepada ibu tuhan mereka dan ibu mereka.
Dr. Yusuf al-Qardawi pernah berkata:
"Hari Ibu ini timbul kerana pihak orientalis atau doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara terbaik untuk mereka menarik minat remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umum mengetahui, masyarakat Barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan atau mengkhususkan hari-hari tertentu, sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka."
Persoalannya, adakah kita perlu meraikan ibu dalam tempoh sehari sahaja?
Tidak, kerana Islam menuntut kita untuk menghargai dan menyayangi ibu setiap masa. Islam juga mewajibkan kita berbuat baik terhadap kedua-dua ibu bapa, tetapi perlu melebihkan ibu sepertimana nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya dalam surah Luqman ayat 14 yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
Sambutan Hari Ibu ini diharuskan tetapi bersifat setiap MASA. Sambutan ini juga perlu diraikan secara islamik dan tidak meniru mana-mana agama. Kita harus peka dalam mengamalkan budaya asing kerana dikhuatiri terjerumus kepada kehancuran kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak dan keimanan seseorang, bahkan ia akan menjatuhkan maruah Islam itu sendiri.
Kita boleh menghargai ibu kita setiap MASA dengan mendoakan kesihatannya, meringankan beban kerjanya dan menelefon bertanya khabar sekiranya duduk berjauhan. Walaupun ia tidaklah seberapa dibandingkan dengan jasa serta pengorbanan seorang ibu, tetapi ia adalah kunci untuk kita ke syurga.
Hargailah bintang hati kita semampunya...
****
Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku