Sunday, May 4, 2014

HIJRAH#038

Salam 5 Rejab 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH. Pagi Isnin yang ceria dan penuh keberkatan untuk semua.
"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan." (QS. Al-Fatihah, 1:5)
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (QS. Al-Insyirah, 94:5)
"Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." (QS. Al-A'laq, 96:5)
*****
"Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik.
Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi al-Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka.
(Dan dihalalkan mengahwini) wanita yang menjaga kehormatan diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi al-Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik.
Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi." (QS. Al-Maidah, 5:5)
***Cinta Rahsia Membawa Bahagia.***
Kisah Cinta Ali dan Fatimah buat pedoman kita semua.
# Aku bukanlah seperti Fatimah yang dicari...sedang dia umpama Ali yang dinanti.
Cinta Ali dan Fatimah amat luar biasa indah, terjaga kerahsiaannya dalam sikap, ekspresi dan kata, hingga akhirnya Allah menyatukan mereka dalam suatu pernikahan. Kerana cinta rahsianya, syaitan pun tidak tahu menahu soal cinta di antara mereka. Subhanallah... Ali terpesona pada Fatimah sejak sekian lama, disebabkan oleh kesantunan, ibadah, cekal hati dan paras indah puteri kesayangan Rasulullah saw itu. Beliau pernah diuji dua kali...saat Abu Bakar dan Umar Al Khattab melamar Fatimah sementara dirinya belum bersedia untuk melakukannya. Namun kesabarannya berbuah manis, lamaran kedua-dua orang sahabat yang tidak diragukan lagi kesolehannya tersebut ternyata ditolak oleh Rasullullah saw. Akhirnya Ali memberanikan diri. Dan ternyata lamarannya kepada Fatimah yang hanya bermodal baju besi diterima. Di sisi lain, Fatimah ternyata telah memendam cintanya kepada Ali sejak lama. Dalam suatu riwayat dikisahkan bahawa suatu hari setelah kedua-dua mempelai ini menikah, Fatimah berkata kepada Ali: "Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu, aku pernah sekali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda dan aku ingin sekali menikah dengannya." Alipun bertanya mengapa ia tetap mahu menikah dengannya. Sambil tersenyum Fatimah menjawab: "Pemuda itu adalah dirimu." Inilah cinta yang kita mahu hasil daripada kerinduan rahsia, membawa kepada sebuah perkahwinan yang bahagia. Jika dirimu mencintai seseorang, doakanlah dirinya di setiap sujudmu, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui isi hatimu. "Ya Allah... Jika aku jatuh cinta... Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintaNya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu." Rindu itu jua adalah anugerah Ilahi... Jika memang rindu itu ada di hatimu Maka cukuplah kau tuliskan dalam untaian doamu Di kala keheningan malam menyapamu... Agar terjaga rasa yang kadang membuncah di sana Jangan di umbar dalam lisan-lisanmu Hingga ia tercecar dan melalaikanmu dari mengingatiNya Jika tak tertahankan lagi olehmu Bukalah setiap lembar ayat-ayat cintaNya Bacalah dengan sepenuh rasa yang selama ini selalu meresahkanmu... Maka akan kau dapati butir-butir bening meluap dari telaga air matamu... Biarkan sahaja...kerana Rabbmu lebih suka Jika itu adalah wakil perasaanmu padaNya. # Sometimes, You just need a break... In a beautiful place. Alone. To figure everything out!

No comments:

Post a Comment