Saturday, May 3, 2014

HIJRAH#037

Salam 4 Rejab 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.
Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud, sampaikanlah salam rinduku untuk insan yang mulia ini..ayahanda dan bonda yang sentiasa ada menemani saat senang dan sukarku. Moga mereka sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya. Al-Fatihah...
Walaupun ayahanda telah kembali kepada Khaliqnya namun semangat dan roh perjuangannya sentiasa segar bersama-sama anak-anakmu...
Tanggal 2 Rejab 1432H...ayah pergi meninggalkan kami untuk menemui Pencintanya yang hakiki. Genap 3 tahun pemergian ayah meninggalkan kami yang masih meneruskan perjuangan di alam fana ini.
"ALLAH loves those that turn to Him in repentence and purify themselves." (QS. Al-Baqarah, 2:222)
"Kepada ALLAH-lah kembalimu, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." (11:4)
"(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku." (QS. Yusuf, 12:4)
*****
Satu.. kasih yg abadi
Tiada tandingi Dia Yang Satu
Dua… sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga.. lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat.. mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu, ku ingat dahulu
Menyisir rambutku, kemas selalu
Ayah, menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang… itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai, kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai, kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara…

No comments:

Post a Comment