Sunday, June 22, 2014
HIJRAH#049
Salam 25 Syaaban 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH. Semoga hari Isnin yang berkat dan penuh kasih sayangNya ini, segala urusan kalian dipermudahkanNya.
Genap 3 bulan diriku menimba pengalaman bekerja sebagai kerani stor di salah sebuah kompleks membeli belah di daerah Johor Bahru ini. Hanya berbaki 20 hari sahaja lagi sebelum menamatkan khidmat penyediaan makanan segar di lokasi kerja yang bakal meninggalkan kenangan terindah.
NOTA CINTA#001
**********
Nota rujukan ketetapan hijrah dan kod jawi yang sentiasa dibawa ke lokasi tempat bertugas juga tidak ditemui. Mungkin tersalah letak agaknya. Diharapkan, pihak yang menjumpai nota cintaNya itu dapat memanfaatkan apa yang terkandung didalamnya. Walaupun nota cinta itu sudah tiada, namun segala isi kandunganNya masih ada di mana-mana kerana Dia sentiasa ada memberikan ilmu dan ajaranNya.
Alhamdulillah...terima kasih ALLAH.
Zulkaedah 1434H - Syaaban 1435H (bulan ke-10 pelaksanaan merujuk dan memahami ketetapan hijrah dan kod jawi)
NOTA CINTA#002
**********
Nota cintaNya yang dihadiahi seorang sahabat dan jua teman pada 5 Ramadhan 1432H sentiasa dirujuk dan disemak ketetapanNya setiap hari. Walaupun terasa sedikit sukar kerana terpaksa menyelak setiap helaian, tetapi lebih bermakna kesannya dan lebih melekat diminda. Semua yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya...Hanya Dia Yang Maha Tahu.
*********
BUAT,
TEMAN SEJATI PENEMAN PERJUANGANKU,
MAZNAH BINTI ISMAIL
"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1432H"
SEMOGA RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA BUAT DIRI AKAK...
INSHA ALLAH JANJI ALLAH ITU PASTI AKAN DATANG PADA KITA... :)
AMBIL KESEMPATAN DALAM BULAN BERKAT INI UNTUK KITA TERUS DEKATKAN DIRI PADA-NYA... :)
~NURHAZWANI~
05082011
5 Ramadhan 1432H
**********
NOTA CINTA#003
*********
Begitu jualah nota cintaku yang kami sama-sama beli di Persada Johor 3 tahun lepas memohon untuk merehatkan diri dari tugasan hariannya membantuku. Pagi Isnin yang berkat 11 Syaaban 1435H yang lalu, nota cintaku terus tidak sedarkan diri sehinggalah kini. Telah dihantar menemui pakarnya, namun punca-punca ketidaksedaran dirinya belum dapat dikenalpasti. Rehatlah sayang...Terima kasih kerana sudi memberikan khidmat yang terbaik. Hanya diri ini, kadang-kadang lalai dan alpa akan segala khidmat yang telah engkau berikan.
NOTA CINTA#004
**********
20 Syaaban 1435H, sehari sebelum ulangtahun kelahiran bondaku yang tercinta...anakandaku yang sulung sudi menghadiahi nota cinta yang baharu untuk ibu saudaranya ini. Walaupun tidak sama seperti nota cinta yang sebelum ini, namun Alhamdulillah dapat memberikan khidmatnya yang terbaik...SUPERB...Terima kasih ya ALLAH.
NOTA CINTA#005
**********
Hadiah Ramadhan 1434H, Syaamil al-Quran MIRACLE THE REFERENCE.
Semoga hadirnya nota cintaNya ini memberi kemudahan kepada diriku, untuk membaca dan mentadabur dengan firman-firman ALLAH SWT. Semoga ianya menjadi SAHABATku untuk lebih mencintai ajaran-Nya.
"Ya ALLAH, berkatilah kami di bulan Syaaban yang penuh berkat dan kasih sayangMu ini...
Ya ALLAH, sampaikanlah (hidupkanlah) kami untuk bertemu dengan Ramadhan Kareem yang sangat mulia...hanya berbaki lebih kurang 5 hari sahaja lagi untuk kami menemuinya."
**********
RINDU....
Bila saya rindu,
saya cepat-cepat ambil wuduk,
capai nota cinta saya.
Saya buka dan baca helaian demi helaian.
Buat-buat lupa.
Buat-buat tak ingat.
Tanpa sedar, ada titisan air mata mengalir.
Bila saya rindu,
saya cuba lebih banyak berzikir,
ingat ALLAH.
lagi rindu, lagi banyak ingat Dia.
Bila saya rindu dengan terlalu,
saya cuba pandang ke langit,
melihat dari setiap dimensi ciptaan-Nya.
Lagi air mata menitis tanpa sedar.
ALLAHU AKBAR....ALLAHU AKBAR....ALLAHU AKBAR.
# Kusedari hakikat rindu adalah anugerah dariMu yang Maha Pencinta.
Tika dan saat ini, diriku ini amat merindui 'baby Ammar' yang dikasihi. Maafkanlah segala khilafku ini Ya ALLAH kerana telah lalai dalam menjaganya beberapa bulan ini sehingga dirinya tidak mendapat vitamin yang cukup. Berikanlah diriku ini daya dan upaya untuk menjaganya dan memastikan 'baby Ammar' yang comel ini selamat dilahirkan tepat pada masa yang telah Engkau tentukan ya ALLAH...Insha ALLAH...dengan izinNya...dengan cintaNya yang luar biasa semuanya menjadi mudah.
Uhibbuka fillah 'baby Ammar' yang dikasihi keranaMu ya ALLAH.
# KETETAPAN UNTUK DIRIKU TIKA DAN SAAT INI! ~25 Syaaban 1435H.
25:10. Mahasuci (ALLAH) yang jika Dia menghendaki, nescaya Dia jadikan bagimu yang lebih baik daripada itu, (iaitu) syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan Dia jadikan (pula) istana-istana untukmu.
10:25. Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga) dan memberikan petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus (Islam).
25:25. Dan (ingatlah) pada hari (ketika) langit pecah mengeluarkan kabut putih dan para malaikat diturunkan (secara) bergelombang.
**********
27:47. Dan Dialah yang menjadikan malam untukmu (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirehat, dan Dia menjadikan siang untuk bangkit berusaha.
25:53. Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar dan segar dan yang lain sangat asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak tembus.
25:54. Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air, lalu Dia jadikan manusia itu (mempunyai) keturunan dan musaharah* dan Tuhanmu adalah Mahakuasa.
* musaharah ~ hubungan kekeluargaan yang berasal dari hubungan pernikahan, seperti menantu, ipar, mertua, dan sebagainya.
25:58. Dan bertawakkallah kepada ALLAH Yang Hidup, yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa hamba-hamba-Nya,
25:65. Dan orang-orang yang berkata, "Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab Jahannam dari kami, kerana sesungguhnya azab-azab itu membuat kebinasaan yang kekal,
25:66. sungguh, Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.
25:70. kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan; maka kejahatan mereka diganti ALLAH dengan kebaikan. ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.
25:71. Dan barang siapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada ALLAH dengan taubat yang sebenar-benarnya.
25:74. Dan orang-orang yang berkata, "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa."
Monday, June 16, 2014
HIJRAH#048
"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua-dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh." (QS. 27:19)
Carilah sesuatu yang "luar biasa" di sebalik ayat-ayat cintaNya yang kelihatan biasa-biasa ini!
Tuesday, June 10, 2014
HIJRAH#047
6:13. Dan kepunyaan ALLAH-lah segala yang ada pada malam dan siang. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
28:13. Maka Kami kembalikan Musa kepada ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita dan supaya ia mengetahui bahawa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakannya manusia tidak mengetahuinya.
31:13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
."Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan ALLAH, sesungguhnya mempersekutukan (ALLAH) adalah benar-benar kezaliman yang besar."
67:13. Dan rahsiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.
Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini
Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu
Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang
Semoga
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan
Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi
Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya
Alhamdulillah....terima kasih ALLAH.
Dear ALLAH,
I need You
Everyday,
Every second,
Forever.
Monday, June 9, 2014
HIJRAH#046
Salam 11 Syaaban 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH. Hari Isnin yang ceria dan penuh kasih sayang dan cinta dariNya Yang Maha Pencinta kepada semua pencintaNya.
Terima kasih ya ALLAH kerana meminjamkan "NOTA CINTA" kepada diri ini selama lebih kurang 3 tahun yang lalu. Terlalu banyak jasa dan kenangan bersama "NOTA CINTA"ku ini. Ada hikmah disebaliknya yang hanya Dia Yang Maha Tahu. Kuterima segala ketentuanMu ini Ya ALLAH Ya Rabbul Izzati dengan hati yang terbuka. Pagi tadi adalah kali terakhir diriku menatap dan membelek-beleknya sambil membaca ayat-ayat cinta yang tertera di layarnya. Hadiah istimewa untukku di bulan kelahiranku dan bulan kelahiran ibunda tercinta...
Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim...
Berkatilah kami di bulan Syaaban yang mulia ini serta sampaikan (hidupkan) kami di bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini.
Inilah ketetapan dan ketentuanNya daripada Yang Maha Pencinta untuk para pencintaNya:
"Kecuali orang-orang yang SABAR (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal SOLEH; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar."
(QS. Hud, 11:11)
*****
Ya Allah Ya Fattah Yang Maha Pembuka,
Jalan-Mu tetap terbuka luas.
Bukakanlah apa yang tertutup daripada kami;
Bukakanlah pintu rezeki kami,
Bukakanlah jalan bagi menyelesaikan masalah kami,
Bukakanlah hati kami menerima kebenaran & cahaya Ilahi.
*****
Di sebalik kesabaran ada keindahan,
Di sebalik penderitaan ada kebahagiaan.
*****
Fikir yang baik-baik
Cakap yang baik-baik
Minta yang baik-baik
Sangka yang baik-baik
Insha ALLAH...
Yang datang nanti semua baik-baik.
*****
Kita akan diuji melalui apa yang kita sayangi dan oleh apa yang selalu kita katakan.
*****
Apabila kita tidak mendapat apa yang kita inginkan, hanya ada dua sebabnya.
Pertama ... kerana kita tidak benar-benar inginkannya.
Kedua ... kerana kita tidak membayar 'harga' untuk mendapatkannya!
*****
ALLAH HEARD YOU TODAY
JUST BE PATIENT!
*****
SABAR itu INDAH!
Ketika sabarmu makin tipis,
Ketika itulah imanmu makin nipis.
SABAR itu PAYAH
Kerana itu ganjarannya indah.
Maka, bersabarlah duhai diriku
kerana ALLAH...
p/s: Tak lama lagi dapat pengganti "NOTA CINTA" yang lebih baik dari sebelumnya...Insha ALLAH. Dengan izin-Nya, ketetapan-Nya, ketentuan-Nya, kehendak-Nya dan kemahuan-Nya.
*******
Merelakan segala yang hilang dan pergi, bererti membuka pintu bagi yang lebih baik dan baru.
Dunia ialah aliran ujian, jangan berhenti memaknainya.
Wednesday, June 4, 2014
HIJRAH#045
خدا حافظ
Fi Amanillah...
Fi Hifzillah...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Hafidz, jagakanlah dia untukku.
"Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk." (93:7)
Saat tiada lagi waktu untuk kita berjalan seiring
Saat tiada lagi waktu buat kita berkongsi cerita girang
Cukup saja kurapatkan jari jemariku...
Menangkupkannya...
Lalu mendoakan dirimu...
Dengan cara itu, aku memohon agar Dia selalu menjagamu.
"Ya Allah, berikanlah kemudahan rezeki untuknya...
Jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah...
Jika masih di langit
maka segera turunkanlah untuknya...
Jika tertahan di dasar bumi
hanya Engkaulah yang mampu mengeluarkannya...
Ya Allah,berkatilah rezeki yang diperolehinya agar membawa kebaikan bagi ahli keluarganya di dunia dan akhirat.
Wahai Yang Memperkenankan segala hajat...
Perkenankanlah doa permohonan hambamu ini.
Amin ya Rabb."
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Hafidz
Jagakan dia untukku
Jagakan dia agar airmatanya tak lagi jatuh
Jagakan dia agar cintanya selalu penuh
Untaikan senyuman di bibirnya
Terangkan cahaya matanya...
Hangatkanlah hari-harinya agar selalu ceria
Sinarilah malamnya agar tidurnya lelap
Beri dia mimpi-mimpi indah
Aku mohon padaMu
Jagakan dia untukku...
Dan ingatlah kurnia Allah kepadamu dan perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu mengatakan:
"Kami dengar dan kami taati."
Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengetahui isi hati(mu).
(05:07)
*****
Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmu
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmu
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
*******
"Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri,....." (17:07)
".....Dan janganlah kamu khuatir dan janganlah (pula) bersedih hati, kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul." (28:07)
"....Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan." (65:07)
"Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak)." (73:07)
"Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah." (74:07)
"Kecuali kalau Allah menghendaki. Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi." (87:07)
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." (94:07)
"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarahpun, nescaya Dia akan melihat (balasan)nya." (99:07)
HIJRAH#044
Salam 6 Syaaban 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH. Semoga kita semua dirahmati dan dilimpahi kasih sayang dan cintaNya Yang Maha Pencinta.
Alhamdulillah...terima kasih Ya Wadud kerna dengan izinMu, hingga detik dan saat ini, diriku masih dapat meneruskan kembara di bumiMu yang terbentang luas ini.
Terima kasih mak...
Terima kasih mak...
Terima kasih mak...
Terima kasih ayah...
Atas segala pengorbanan dan kasih sayang kalian berdua kepada anakmu yang banyak karenah dan nakal ini.
Limpahilah rahmat dan kasih sayangMu Ya Rahman Ya Rahim serta cintaMu Ya Wadud kepada ayah dan bonda kesayangan hambamu ini.
*****
Ucapan Alhamdulillah setiap kali kita mendapat nikmat,
sebenarnya lebih bernilai daripada nikmat itu sendiri.
Apabila kita memuji Allah atas nikmat yang sedikit,
Allah menjanjikan datangnya nikmat yang lebih banyak.
Lalu...Alhamdulillah,
Kita akan mencambahkan lebih banyak Alhamdulillah!
©Seraut Kata Selaut Rasa| Pahrol Mohamad Juoi.
*****
Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa
Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan
Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan
Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi
Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga
Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta
Sunday, June 1, 2014
HIJRAH#043
Salam pagi Isnin 4 Syaaban 1435H yang ceria dan sarat dengan kasih sayangNya buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah.
*******
Jika cinta mampu untuk ku lukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan
Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa
Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir
Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan melafazkan janji yang terindah
Bersedialah menunggu di garis penghujung
Insya Allah ke syurga
Bersatu kasih kita
<3<3<3 Who knows how long you've been in my QALBI
Since I've existed, you've been there.
I swear by ALLAH
Before HE comes you, friend.