Sunday, June 22, 2014

HIJRAH#049

NOTA CINTAKU

Salam 25 Syaaban 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH. Semoga hari Isnin yang berkat dan penuh kasih sayangNya ini, segala urusan kalian dipermudahkanNya.

Genap 3 bulan diriku menimba pengalaman bekerja sebagai kerani stor di salah sebuah kompleks membeli belah di daerah Johor Bahru ini. Hanya berbaki 20 hari sahaja lagi sebelum menamatkan khidmat penyediaan makanan segar di lokasi kerja yang bakal meninggalkan kenangan terindah.

NOTA CINTA#001
**********
Nota rujukan ketetapan hijrah dan kod jawi yang sentiasa dibawa ke lokasi tempat bertugas juga tidak ditemui. Mungkin tersalah letak agaknya. Diharapkan, pihak yang menjumpai nota cintaNya itu dapat memanfaatkan apa yang terkandung didalamnya. Walaupun nota cinta itu sudah tiada, namun segala isi kandunganNya masih ada di mana-mana kerana Dia sentiasa ada memberikan ilmu dan ajaranNya.

Alhamdulillah...terima kasih ALLAH.
Zulkaedah 1434H - Syaaban 1435H (bulan ke-10 pelaksanaan merujuk dan memahami ketetapan hijrah dan kod jawi)


NOTA CINTA#002
**********
Nota cintaNya yang dihadiahi seorang sahabat dan jua teman pada 5 Ramadhan 1432H sentiasa dirujuk dan disemak ketetapanNya setiap hari. Walaupun terasa sedikit sukar kerana terpaksa menyelak setiap helaian, tetapi lebih bermakna kesannya dan lebih melekat diminda. Semua yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya...Hanya Dia Yang Maha Tahu.

*********
BUAT,
TEMAN SEJATI PENEMAN PERJUANGANKU,
MAZNAH BINTI ISMAIL

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1432H"
SEMOGA RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA BUAT DIRI AKAK...
INSHA ALLAH JANJI ALLAH ITU PASTI AKAN DATANG PADA KITA... :)
AMBIL KESEMPATAN DALAM BULAN BERKAT INI UNTUK KITA TERUS DEKATKAN DIRI PADA-NYA... :)

~NURHAZWANI~
05082011
5 Ramadhan 1432H

**********


NOTA CINTA#003
*********
Begitu jualah nota cintaku yang kami sama-sama beli di Persada Johor 3 tahun lepas memohon untuk merehatkan diri dari tugasan hariannya membantuku. Pagi Isnin yang berkat 11 Syaaban 1435H yang lalu, nota cintaku terus tidak sedarkan diri sehinggalah kini. Telah dihantar menemui pakarnya, namun punca-punca ketidaksedaran dirinya belum dapat dikenalpasti. Rehatlah sayang...Terima kasih kerana sudi memberikan khidmat yang terbaik. Hanya diri ini, kadang-kadang lalai dan alpa akan segala khidmat yang telah engkau berikan.


NOTA CINTA#004
**********
20 Syaaban 1435H, sehari sebelum ulangtahun kelahiran bondaku yang tercinta...anakandaku yang sulung sudi menghadiahi nota cinta yang baharu untuk ibu saudaranya ini. Walaupun tidak sama seperti nota cinta yang sebelum ini, namun Alhamdulillah dapat memberikan khidmatnya yang terbaik...SUPERB...Terima kasih ya ALLAH.


NOTA CINTA#005
**********
Hadiah Ramadhan 1434H, Syaamil al-Quran MIRACLE THE REFERENCE.
Semoga hadirnya nota cintaNya ini memberi kemudahan kepada diriku, untuk membaca dan mentadabur dengan firman-firman ALLAH SWT. Semoga ianya menjadi SAHABATku untuk lebih mencintai ajaran-Nya.

"Ya ALLAH, berkatilah kami di bulan Syaaban yang penuh berkat dan kasih sayangMu ini...
Ya ALLAH, sampaikanlah (hidupkanlah) kami untuk bertemu dengan Ramadhan Kareem yang sangat mulia...hanya berbaki lebih kurang 5 hari sahaja lagi untuk kami menemuinya."

**********
RINDU....

Bila saya rindu,
saya cepat-cepat ambil wuduk,
capai nota cinta saya.
Saya buka dan baca helaian demi helaian.
Buat-buat lupa.
Buat-buat tak ingat.
Tanpa sedar, ada titisan air mata mengalir.

Bila saya rindu,
saya cuba lebih banyak berzikir,
ingat ALLAH.
lagi rindu, lagi banyak ingat Dia.

Bila saya rindu dengan terlalu,
saya cuba pandang ke langit,
melihat dari setiap dimensi ciptaan-Nya.

Lagi air mata menitis tanpa sedar.

ALLAHU AKBAR....ALLAHU AKBAR....ALLAHU AKBAR.


# Kusedari hakikat rindu adalah anugerah dariMu yang Maha Pencinta.

Tika dan saat ini, diriku ini amat merindui 'baby Ammar' yang dikasihi. Maafkanlah segala khilafku ini Ya ALLAH kerana telah lalai dalam menjaganya beberapa bulan ini sehingga dirinya tidak mendapat vitamin yang cukup. Berikanlah diriku ini daya dan upaya untuk menjaganya dan memastikan 'baby Ammar' yang comel ini selamat dilahirkan tepat pada masa yang telah Engkau tentukan ya ALLAH...Insha ALLAH...dengan izinNya...dengan cintaNya yang luar biasa semuanya menjadi mudah.

Uhibbuka fillah 'baby Ammar' yang dikasihi keranaMu ya ALLAH.


# KETETAPAN UNTUK DIRIKU TIKA DAN SAAT INI! ~25 Syaaban 1435H.

25:10. Mahasuci (ALLAH) yang jika Dia menghendaki, nescaya Dia jadikan bagimu yang lebih baik daripada itu, (iaitu) syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan Dia jadikan (pula) istana-istana untukmu.

10:25. Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga) dan memberikan petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus (Islam).

25:25. Dan (ingatlah) pada hari (ketika) langit pecah mengeluarkan kabut putih dan para malaikat diturunkan (secara) bergelombang.

**********
27:47. Dan Dialah yang menjadikan malam untukmu (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirehat, dan Dia menjadikan siang untuk bangkit berusaha.

25:53. Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar dan segar dan yang lain sangat asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak tembus.

25:54. Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air, lalu Dia jadikan manusia itu (mempunyai) keturunan dan musaharah* dan Tuhanmu adalah Mahakuasa.

* musaharah ~ hubungan kekeluargaan yang berasal dari hubungan pernikahan, seperti menantu, ipar, mertua, dan sebagainya.

25:58. Dan bertawakkallah kepada ALLAH Yang Hidup, yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa hamba-hamba-Nya,

25:65. Dan orang-orang yang berkata, "Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab Jahannam dari kami, kerana sesungguhnya azab-azab itu membuat kebinasaan yang kekal,

25:66. sungguh, Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.

25:70. kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan; maka kejahatan mereka diganti ALLAH dengan kebaikan. ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.

25:71. Dan barang siapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada ALLAH dengan taubat yang sebenar-benarnya.

25:74. Dan orang-orang yang berkata, "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa."









No comments:

Post a Comment