Monday, June 9, 2014

HIJRAH#046

FI HIFZILLAH NOTA CINTAKU...

Salam 11 Syaaban 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH. Hari Isnin yang ceria dan penuh kasih sayang dan cinta dariNya Yang Maha Pencinta kepada semua pencintaNya.

Terima kasih ya ALLAH kerana meminjamkan "NOTA CINTA" kepada diri ini selama lebih kurang 3 tahun yang lalu. Terlalu banyak jasa dan kenangan bersama "NOTA CINTA"ku ini. Ada hikmah disebaliknya yang hanya Dia Yang Maha Tahu. Kuterima segala ketentuanMu ini Ya ALLAH Ya Rabbul Izzati dengan hati yang terbuka. Pagi tadi adalah kali terakhir diriku menatap dan membelek-beleknya sambil membaca ayat-ayat cinta yang tertera di layarnya. Hadiah istimewa untukku di bulan kelahiranku dan bulan kelahiran ibunda tercinta...

Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim...
Berkatilah kami di bulan Syaaban yang mulia ini serta sampaikan (hidupkan) kami di bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini.

Inilah ketetapan dan ketentuanNya daripada Yang Maha Pencinta untuk para pencintaNya:

"Kecuali orang-orang yang SABAR (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal SOLEH; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar."
(QS. Hud, 11:11)

*****

Ya Allah Ya Fattah Yang Maha Pembuka,
Jalan-Mu tetap terbuka luas.
Bukakanlah apa yang tertutup daripada kami;
Bukakanlah pintu rezeki kami,
Bukakanlah jalan bagi menyelesaikan masalah kami,
Bukakanlah hati kami menerima kebenaran & cahaya Ilahi.

*****

Di sebalik kesabaran ada keindahan,
Di sebalik penderitaan ada kebahagiaan.

*****

Fikir yang baik-baik
Cakap yang baik-baik
Minta yang baik-baik
Sangka yang baik-baik
Insha ALLAH...
Yang datang nanti semua baik-baik.


*****
Kita akan diuji melalui apa yang kita sayangi dan oleh apa yang selalu kita katakan.

*****


Apabila kita tidak mendapat apa yang kita inginkan, hanya ada dua sebabnya.

Pertama ... kerana kita tidak benar-benar inginkannya.

Kedua ... kerana kita tidak membayar 'harga' untuk mendapatkannya!


*****
ALLAH HEARD YOU TODAY
JUST BE PATIENT!
*****

SABAR itu INDAH!

Ketika sabarmu makin tipis,
Ketika itulah imanmu makin nipis.

SABAR itu PAYAH

Kerana itu ganjarannya indah.
Maka, bersabarlah duhai diriku

kerana ALLAH...


p/s: Tak lama lagi dapat pengganti "NOTA CINTA" yang lebih baik dari sebelumnya...Insha ALLAH. Dengan izin-Nya, ketetapan-Nya, ketentuan-Nya, kehendak-Nya dan kemahuan-Nya.

*******
Merelakan segala yang hilang dan pergi, bererti membuka pintu bagi yang lebih baik dan baru.
Dunia ialah aliran ujian, jangan berhenti memaknainya.


No comments:

Post a Comment