Tuesday, August 26, 2014

HIJRAH#053


Salam Damai Penuh Cinta 1 Zulkaedah 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.
ALHAMDULILLAH...terima kasih ALLAH atas anugerah Ihsan, Iman dan Islam yang ENGKAU anugerahi kepada diri ini. Terima kasih jua YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, dengan izin-MU jua, diri ini diajari dengan rujukan takwim HIJRIAH setiap hari bermula bulan Zulkaedah 1434H setahun yang lalu. Bermulalah episod "RAWATLAH HATI" dalam kehidupan seharian diriku. Hingga saat dan tika ini, pelaksanaan takwim hijriah memasuki bulan ke-13...Alhamdulillah.

Jom kita singkap kembali SEJARAH TAKWIM HIJRAH....

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB,
Khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar As-Siddiq ini telah mencetuskan ilham menggunakan kalendar ini selepas Kesatuan Arab menuntut untuk dihasilkan satu kalendar Islam.

Ada juga kisah lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Ketika itu, terdapat banyak kalendar yang telah lama dihasilkan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Namun Saidina Umar memilih untuk memulakan Kalendar Hijrah pada tahun terdapatnya peristiwa besar yang melibatkan baginda Rasulullah S.A.W. Peristiwa tersebut tidak lain tidak bukan, peristiwa HIJRAH antara Kota Mekah dan Kota Madinah.

Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu. Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Peristiwa penghijraan Nabi Muhammad S.A.W berlaku antara bulan Safar hingga Rabiul Awal. Hanya TAHUN berlakunya beristiwa ini ditandakan sebagai TAHUN PERTAMA HIJRAH.

Bilakah tarikh kelahiran anda dalam Kalendar Hijrah?
SILA SEMAK DI SINI...
http://www.kalendarhijrah.com/tukar-tarikh/
CONTOH >Tukar Tarikh Masihi kepada Hijrah :

05 SYAABAN 1400H

bersamaan

19 JUN 1980

*************
114 Surat Cinta-MU.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...
Ampunilah kami yang jauh daripada solat.
Jauh daripada al-Quran.
Justeru terlalu jauh denganMU.
Astaghfirullah al-adzim...Bukan ENGKAU YA ALLAH yang jauh tetapi kami ini yang menjauh.

~ Jika ingin  bercakap-cakap dengan ALLAH, Jom SOLAT!
~ Jika ingin ALLAH bercakap-cakap dengan kita, JOM baca Surat Cinta-NYA!


Bagaimana 'special affair' kita dengan 'SURAT C.I.N.T.A.-NYA' hari ini?
01:01. Dengan menyebut nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
13:01. Alif Lam Mim Ra. Ini adalah ayat-ayat Kitab (Al-Quran). Dan (Kitab) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu itu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (kepadanya).

04:01. Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (ALLAH) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada ALLAH yang dengan nama-NYA kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasimu.

05:01. Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah janji-janji.....

08:01. ....maka bertaqwalah kepada ALLAH dan perbaikilah hubungan di antara sesamamu, dan taatlah kepada ALLAH dan Rasul-Nya jika kamu orang-orang yang beriman.

10:01. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat al-Quran yang penuh hikmah.

11:01. Alif Lam Ra. (Inilah) Kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi kemudian dijelaskan secara terperinci, (yang diturunkan) dari sisi (ALLAH) Yang Mahabijaksana, Mahateliti,

12:01. Alif Lam Ra. Ini adalah ayat-ayat Kitab (al-Quran) yang jelas.

14:01. Alif Lam Ra. (Ini adalah) Kitab yang KAMI turunkan kepadamu (Muhammad) agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang-benderang dengan izin Tuhan, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Mahaperkasa, Maha Terpuji.

15:01. Alif Lam Ra. (Surah) ini adalah (sebahagian dari) ayat-ayat Kitab (yang sempurna) iaitu (ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan.

16:01. Ketetapan ALLAH pasti datang, maka janganlah kamu meminta agar dipercepat (datang)nya. Mahasuci ALLAH dan Mahatinggi DIA dari apa yang mereka persekutukan.







Sunday, August 17, 2014

HIJRAH#052

Salam 21 Syawal 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH. Hari Ahad yang ceria, berkat dan bercahaya serta sarat dengan kasih sayangNya Ya Wadud Yang Maha Pencinta. Semoga segala urusan kalian dipermudahkanNya selalu.
Teruslah berDOA....

Seraut Kata Selaut Rasa: DOA#001

Berdoa bukan memberitahu,
tetapi mengaku sifat kehambaan kita kepada ALLAH.

Akur kita miskin, hina,
dan jahil di hadapan keagungan-Nya.

Apa yang telah diberi-Nya,
lebih banyak daripada apa yang sedang kita minta.

Tetapi itulah kita...
seorang hamba yang sentiasa rasa kurang.

Kekuatan kita yang terbatas,
menyebabkan kemiskinan kita tidak terbatas.


Seraut Kata Selaut Rasa: DOA#002

Terhalang hati daripada berdoa,
lebih buruk daripada tidak tertunainya suatu doa.

Namun apabila ALLAH datangkan rasa hati untuk berdoa...
berdoalah, INSHA ALLAH

Dia akan memberi kebaikan
daripada doa tersebut.

Berdoalah supaya kita diberi hidayah
untuk terus berdoa.


Seraut Kata Selaut Rasa: DOA#003

Pada ketika kita inginkan doa dimakbulkan dengan CEPAT,
tidak TERLAMBAT,
sebaliknya ALLAH dengan kasih sayangNya akan memakbulkan doa itu pada ketika yang TEPAT!


Seraut Kata Selaut Rasa: DOA#004

Dengan doa,
kita mengharap sebaik-baik takdir.

Dengan usaha,
kita melaksanakan sebaik-baik tadbir.

Tadbir yang baik,
akan menggamit takdir yang baik.

ALLAH tidak akan mengecewakan hamba-Nya.
Amin ya Rabb....

************

TERUSKANLAH BERDOA DAN BERDOA SERTA BERDOA

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi kaum yang berfikir."
(QS. Ar-Rum, 30:21)
....
PESAN SEORANG AYAH KEPADA ANAK YANG DIKASIHINYA.

"Kamu hanya kalah dalam SATU PERTEMPURAN anakku, bukannya SATU PEPERANGAN."

©Pahrol Mohamad Juoi- Isu 65 majalah Solusi -CINTA AYAH.

.....

Rela ibumu menanggung hutang
Kain dan baju tidak dipandang
Basah di ampai kering di pinggang
Didukung galas tidak berengggang

Kenang ayahmu anak bangsawan
Barang katanya jangan dilawan
Ibu bapamu hubungan Tuhan
Baru sempurna anak budiman

Hai segala anaknya Adam
Kasihnya ibu tiada sempadan
Kasihnya ayah rela berkorban
Badan dan nyawa jadi taruhan

#Nazam Kasih Ayah dan Ibu (Kembara Hayat, 2014)

************
21:004. ..."Tuhanku mengetahui (semua) perkataan di langit dan di bumi, dan Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui!"

21:069. Kami (ALLAH) berfirman, "Wahai api! Jadilah kamu dingin, dan penyelamat bagi Ibrahim,"

21:083. Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, "(Ya Tuhanku), sungguh, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang."

21:087. Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan menyulitkannya, maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap, "Tidak ada tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau, sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim."

21:089. Dan (ingatlah kisah) Zakaria ketika dia berdoa kepada Tuhannya, "Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik."

21:107. Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.

21:110. Sungguh, Dia (ALLAH) mengetahui perkataan (yang kamu ucapkan) dengan terang-terangan, dan mengetahui (pula) apa yang kamu rahsiakan.

21:112. Dia (Muhammad) berkata, "Ya Tuhanku, berilah keputusan dengan adil. Dan Tuhan kami Maha Pengasih, tempat memohon segala pertolongan atas semua yang kamu katakan."

************




Monday, August 11, 2014

HIJRAH#050

Salam 3 Ramadhan 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH. Semoga puasa kita pada hari ini lebih baik dari semalam. Permusafiran dan kembara si anak perantau kembali ke kampung halaman yang banyak meninggalkan kenangan terindah amat bermakna walaupun dalam jangka masa yang singkat. Melepaskan kerinduan kepada insan yang tersayang...ayah dan bonda yang dirahmati ALLAH.


"Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana belas dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(QS. Al-Isra' : 24)

DOA UNTUK MAK & AYAH TERCINTA...
***********

Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi ALLAH, yang telah memerintahkan kami agar berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa kami dan berbuat baik kepada mereka. Menggesa kami supaya merebut peluang berbakti kepada mereka, bersungguh-sungguh melakukan kebajikan kepada mereka. Menggalakkan  kami supaya merendahkan diri menghormati mereka dari kerana kasih kepada mereka sebagai penghormatan untuk mereka. Mewasiatkan kami supaya mengasihi mereka sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidik kami semasa kecil.

Ya ALLAH, rahmatilah kedua ibu bapa kami (3x), dan ampunilah dosa mereka. Redhailah mereka dengan keredhaan yang melayakkan mereka mendapat semua keredhaanMu. Dengana, Engkau meletakkan mereka di dalam negeri kemuliaanMu, keamananMu, kemaafanMu, dan keampunanMu. Penuhilah mereka dengannya kelembutan kebaikanMu dan ihsanMu.

Ya ALLAH, ampunilah mereka dengan sesempurna keampunan yang dengannya Engkau menghapuskan dosa-dosa mereka yang terdahulu dan kejahatan yang mereka lakukan secara berterusan. Rahmatilah mereka dengan rahmatMu yang dengannya Engkau menyinari tempat pembaringan mereka di dalam kubur, Engkau mengamankan mereka pada hari kiamat ketika mereka dibangkitkan dari kubur mereka.

Ya ALLAH, kasihanilah di atas kelemahan mereka sebagaimana mereka telah mengasihani kami ketika kami lemah, rahmatilah mereka ketika mereka terlalai daripada mengingatiMu, sebagaimana mereka tetap mengasihani kami ketika kami melupai mereka dan kasihilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihi kami semasa kami masih kecil.

Ya ALLAH, peliharalah bagi mereka kasih sayang yang telah Engkau curahkan di dalam hati mereka, belas kasihan yang telah Engkau penuhi hati mereka, dan kelembutan yang telah Engkau sibukkan ke atas anggota mereka. Balasilah pengorbanan dan mujahadah yang telah mereka korbankan untuk kami dan janganlah Engkau persia-siakan kesungguhan mereka yang telah mereka lakukan kepada kami. Berilah kepada mereka ganjaran pahala di atas usaha yang telah mereka berikan kepada kami, dan peliharaan yang telah mereka laksanakan, dengan sebaik-baik ganjaran yang Engkau berikan kepada orang-orang yang berusaha melakukan kebaikan dan pemelihara yang ikhlas.

Ya ALLAH, curahkanlah kebaikan kepada mereka melebihi kebaikan yang mereka curahkan kepada kami dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayangMu sebagaimana mereka telah memandang kami dengan pandangan kasih sayang.

Ya ALLAH, berikanlah kepada mereka hak rububiyyahMu yang telah mereka tinggalkan kerana sibuk melaksanakan hak memelihara kami. Ampunilah di atas segala kekurangan mereka dalam menunaikan hak berkhidmat kepadaMu, kerana mengutamakan hak memberi khidmat kepada kami. Ampunilah mereka di atas perbuatan mereka yang syubahat yang telah dilakukannya kerana kami. Janganlah Engkau mempersalahkan mereka di atas ikutan nafsu mereka disebabkan hati mereka yang keterlaluan menyayangi kami. Angkatlah kezaliman yang telah mereka lakukan kerana berusaha untuk kami dan berikanlah kelembutan kepada mereka di tempat pembaringan mereka yang akan binasa (kubur) dengan kelembutan melebihi daripada kelembutan mereka terhadap kami yang dicurahkan semasa hayat mereka.

Ya ALLAH, apa sahaja yang Engkau berikan petunjuk kepada kami melakukan ketaatan, Engkau permudahkan bagi kami melakukan kebaikan, Engkau berikan taufiq kepada kami beramal dengan perkara-perkara yang akan mendekatkan diri kami kepadaMu, maka kami memohon kepadaMu ya ALLAH, agar Engkau menjadikan segala amalan kebajikan kami tersebut sebagai ganjaran dan keuntungan untuk mereka dan apa sahaja kejahatan dan kesalahan yang kami lakukan, maka janganlah Engkau timpakan kepada mereka dan janganlah Engkau jadikan balasan dosa kami balasan dosa untuk mereka.

Ya ALLAH, sebagaimana Engkau telah menggembirakan mereka dengan kami semasa hidup mereka, maka gembirakanlah mereka dengan kami selepas kematian mereka.

Ya ALLAH, janganlah Engkau sampaikan kepada mereka khabar berita kami yang akan menyedihkan dan memburukkan keadaan mereka. Janganlah Engkau membebankan mereka dengan dosa-dosa kami yang akan menjauhkan mereka daripadaMu. Janganlah Engkau sia-siakan mereka pada saat-saat kematian mereka kerana perkara sia-sia dan kemungkaran yang kami lakukan. Gembirakanlah roh-roh mereka dengan amalan-amalan kami ketika roh-roh dipertemukan dan ketika ahli kebaikan bergembira disebabkan anak-anak yang soleh.

Ya ALLAH, janganlah Engkau tahan dan berhentikan mereka di tempat didedahkan segala kejahatan disebabkan ketelanjuran kami melakukan kejahatan.

Ya ALLAH, apa sahaja ayat-ayat suci al-Quran yang kami baca dan telah Engkau sucikankannya, apa sahaja solat yang kami kerjakan dan telah Engkau terimanya, sedekah yang kami hulurkan dan telah Engkau suburkannya dan segala amalan kebaikan yang kami lakukan dan telah Engkau redhainya. Maka kami memohon kepadaMu ya ALLAH, agar Engkau menjadikan keuntungan amal soleh yang kami kerjakan lebih besar bagi mereka daripada keuntungan kami, pembahagian untuk mereka lebih besar daripada pembahagian ganjaran untuk kami dan bahagian pahala mereka lebih sempurna daripada bahagian kami. Sesungguhnya Engkau telah mewasiatkan kepada kami agar berbuat baik kepada mereka, dan menyuruh kami berterima kasih kepada mereka. Engkaulah yang lebih utama berbuat baik dan lebih berhak menghubungkan kebaikan daripada orang-orang yang diperintahkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami penyejuk mata hati mereka pada hari penyaksian (kiamat), perdengarkanlah kepada mereka sebaik-baik seruan daripada kami pada hari kiamat. Jadikanlah mereka dengan kami ibu bapa yang dicemburui disebabkan anak-anak mereka yang soleh sehingga Engkau mengumpulkan kami dan mereka serta sekalian kaum muslimin di negeri kemuliaanMu (syurga), di tempat penetapan rahmatMu dan tempat anbiya' kekasihMu bersama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh ALLAH kepada mereka di kalangan Nabi-Nabi, orang-orang siddiqin, orang-orang yang syahid dan orang-orang yang soleh.

Dan amat eloklah mereka itu menjadi teman rakan kepada orang-orang yang taat. Yang demikian, ia kurniaan daripada ALLAH dan cukuplah ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Mahasuci ALLAH, Tuhan yang mempunyai ketinggian dari apa yang mereka sifatkan. Salam sejahtera ke atas para rasul. Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam. Semoga ALLAH mengucapkan selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarganya serta sahabatnya dengan salam yang banyak.

HIJRAH#051

Salam 16 Syawal 1435H sahabat2 yang disayangi kerana ALLAH. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya Ya Wadud Yang Maha Pencinta. Bulan Syawal yang mulia ini adalah bulan untuk kita bersilaturrahim....merapatkan hubungan kasih sayang yang terjalin sesama insan dan Pencipta Yang Maha Agung.

************


16:01. Ketetapan ALLAH pasti datang, maka janganlah kamu meminta agar dipercepat (datang)nya. Mahasuci ALLAH dan Mahatinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.

49:13. Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki  dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAh ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.

************

#Salam Silaturrahim buat semua sahabat yang dikasihi....

Berkumandang takbir di hari raya
Bersama kita meraikannya
Tua muda miskin dan kaya
Yang pasti kita bergembira

Berkumandang takbir di hari raya
Suasana pun turut ceria
Ibu ayah sanak-saudara
Lebaran tambah bercahaya

Sebulan kita berpuasa
Menahan lapar dan dahaga
Kini tibalah lebarannya
Sambutlah bersama penuh bahagia
Selamat hari raya aidilfitri
Salam walfaizin ampun maaf dipinta
Selamat hari raya aidilfitri mulia
Salam silaturahim pada semua