Salam Damai Penuh Cinta 1 Zulkaedah 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.
ALHAMDULILLAH...terima kasih ALLAH atas anugerah Ihsan, Iman dan Islam yang ENGKAU anugerahi kepada diri ini. Terima kasih jua YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, dengan izin-MU jua, diri ini diajari dengan rujukan takwim HIJRIAH setiap hari bermula bulan Zulkaedah 1434H setahun yang lalu. Bermulalah episod "RAWATLAH HATI" dalam kehidupan seharian diriku. Hingga saat dan tika ini, pelaksanaan takwim hijriah memasuki bulan ke-13...Alhamdulillah.
Jom kita singkap kembali SEJARAH TAKWIM HIJRAH....
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB,
Khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar As-Siddiq ini telah mencetuskan ilham menggunakan kalendar ini selepas Kesatuan Arab menuntut untuk dihasilkan satu kalendar Islam.
Ada juga kisah lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Ketika itu, terdapat banyak kalendar yang telah lama dihasilkan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Namun Saidina Umar memilih untuk memulakan Kalendar Hijrah pada tahun terdapatnya peristiwa besar yang melibatkan baginda Rasulullah S.A.W. Peristiwa tersebut tidak lain tidak bukan, peristiwa HIJRAH antara Kota Mekah dan Kota Madinah.
Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu. Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.
Peristiwa penghijraan Nabi Muhammad S.A.W berlaku antara bulan Safar hingga Rabiul Awal. Hanya TAHUN berlakunya beristiwa ini ditandakan sebagai TAHUN PERTAMA HIJRAH.
Bilakah tarikh kelahiran anda dalam Kalendar Hijrah?
SILA SEMAK DI SINI...
http://www.kalendarhijrah.com/tukar-tarikh/
CONTOH >Tukar Tarikh Masihi kepada Hijrah :
05 SYAABAN 1400H
bersamaan
19 JUN 1980
*************
114 Surat Cinta-MU.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...
Ampunilah kami yang jauh daripada solat.
Jauh daripada al-Quran.
Justeru terlalu jauh denganMU.
Astaghfirullah al-adzim...Bukan ENGKAU YA ALLAH yang jauh tetapi kami ini yang menjauh.
~ Jika ingin bercakap-cakap dengan ALLAH, Jom SOLAT!
~ Jika ingin ALLAH bercakap-cakap dengan kita, JOM baca Surat Cinta-NYA!
Bagaimana 'special affair' kita dengan 'SURAT C.I.N.T.A.-NYA' hari ini?
01:01. Dengan menyebut nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
13:01. Alif Lam Mim Ra. Ini adalah ayat-ayat Kitab (Al-Quran). Dan (Kitab) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu itu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (kepadanya).
04:01. Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (ALLAH) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada ALLAH yang dengan nama-NYA kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasimu.
05:01. Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah janji-janji.....
08:01. ....maka bertaqwalah kepada ALLAH dan perbaikilah hubungan di antara sesamamu, dan taatlah kepada ALLAH dan Rasul-Nya jika kamu orang-orang yang beriman.
10:01. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat al-Quran yang penuh hikmah.
11:01. Alif Lam Ra. (Inilah) Kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi kemudian dijelaskan secara terperinci, (yang diturunkan) dari sisi (ALLAH) Yang Mahabijaksana, Mahateliti,
12:01. Alif Lam Ra. Ini adalah ayat-ayat Kitab (al-Quran) yang jelas.
14:01. Alif Lam Ra. (Ini adalah) Kitab yang KAMI turunkan kepadamu (Muhammad) agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang-benderang dengan izin Tuhan, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Mahaperkasa, Maha Terpuji.
15:01. Alif Lam Ra. (Surah) ini adalah (sebahagian dari) ayat-ayat Kitab (yang sempurna) iaitu (ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan.
16:01. Ketetapan ALLAH pasti datang, maka janganlah kamu meminta agar dipercepat (datang)nya. Mahasuci ALLAH dan Mahatinggi DIA dari apa yang mereka persekutukan.
No comments:
Post a Comment