Monday, August 11, 2014

HIJRAH#050

Salam 3 Ramadhan 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH. Semoga puasa kita pada hari ini lebih baik dari semalam. Permusafiran dan kembara si anak perantau kembali ke kampung halaman yang banyak meninggalkan kenangan terindah amat bermakna walaupun dalam jangka masa yang singkat. Melepaskan kerinduan kepada insan yang tersayang...ayah dan bonda yang dirahmati ALLAH.


"Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana belas dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(QS. Al-Isra' : 24)

DOA UNTUK MAK & AYAH TERCINTA...
***********

Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi ALLAH, yang telah memerintahkan kami agar berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa kami dan berbuat baik kepada mereka. Menggesa kami supaya merebut peluang berbakti kepada mereka, bersungguh-sungguh melakukan kebajikan kepada mereka. Menggalakkan  kami supaya merendahkan diri menghormati mereka dari kerana kasih kepada mereka sebagai penghormatan untuk mereka. Mewasiatkan kami supaya mengasihi mereka sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidik kami semasa kecil.

Ya ALLAH, rahmatilah kedua ibu bapa kami (3x), dan ampunilah dosa mereka. Redhailah mereka dengan keredhaan yang melayakkan mereka mendapat semua keredhaanMu. Dengana, Engkau meletakkan mereka di dalam negeri kemuliaanMu, keamananMu, kemaafanMu, dan keampunanMu. Penuhilah mereka dengannya kelembutan kebaikanMu dan ihsanMu.

Ya ALLAH, ampunilah mereka dengan sesempurna keampunan yang dengannya Engkau menghapuskan dosa-dosa mereka yang terdahulu dan kejahatan yang mereka lakukan secara berterusan. Rahmatilah mereka dengan rahmatMu yang dengannya Engkau menyinari tempat pembaringan mereka di dalam kubur, Engkau mengamankan mereka pada hari kiamat ketika mereka dibangkitkan dari kubur mereka.

Ya ALLAH, kasihanilah di atas kelemahan mereka sebagaimana mereka telah mengasihani kami ketika kami lemah, rahmatilah mereka ketika mereka terlalai daripada mengingatiMu, sebagaimana mereka tetap mengasihani kami ketika kami melupai mereka dan kasihilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihi kami semasa kami masih kecil.

Ya ALLAH, peliharalah bagi mereka kasih sayang yang telah Engkau curahkan di dalam hati mereka, belas kasihan yang telah Engkau penuhi hati mereka, dan kelembutan yang telah Engkau sibukkan ke atas anggota mereka. Balasilah pengorbanan dan mujahadah yang telah mereka korbankan untuk kami dan janganlah Engkau persia-siakan kesungguhan mereka yang telah mereka lakukan kepada kami. Berilah kepada mereka ganjaran pahala di atas usaha yang telah mereka berikan kepada kami, dan peliharaan yang telah mereka laksanakan, dengan sebaik-baik ganjaran yang Engkau berikan kepada orang-orang yang berusaha melakukan kebaikan dan pemelihara yang ikhlas.

Ya ALLAH, curahkanlah kebaikan kepada mereka melebihi kebaikan yang mereka curahkan kepada kami dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayangMu sebagaimana mereka telah memandang kami dengan pandangan kasih sayang.

Ya ALLAH, berikanlah kepada mereka hak rububiyyahMu yang telah mereka tinggalkan kerana sibuk melaksanakan hak memelihara kami. Ampunilah di atas segala kekurangan mereka dalam menunaikan hak berkhidmat kepadaMu, kerana mengutamakan hak memberi khidmat kepada kami. Ampunilah mereka di atas perbuatan mereka yang syubahat yang telah dilakukannya kerana kami. Janganlah Engkau mempersalahkan mereka di atas ikutan nafsu mereka disebabkan hati mereka yang keterlaluan menyayangi kami. Angkatlah kezaliman yang telah mereka lakukan kerana berusaha untuk kami dan berikanlah kelembutan kepada mereka di tempat pembaringan mereka yang akan binasa (kubur) dengan kelembutan melebihi daripada kelembutan mereka terhadap kami yang dicurahkan semasa hayat mereka.

Ya ALLAH, apa sahaja yang Engkau berikan petunjuk kepada kami melakukan ketaatan, Engkau permudahkan bagi kami melakukan kebaikan, Engkau berikan taufiq kepada kami beramal dengan perkara-perkara yang akan mendekatkan diri kami kepadaMu, maka kami memohon kepadaMu ya ALLAH, agar Engkau menjadikan segala amalan kebajikan kami tersebut sebagai ganjaran dan keuntungan untuk mereka dan apa sahaja kejahatan dan kesalahan yang kami lakukan, maka janganlah Engkau timpakan kepada mereka dan janganlah Engkau jadikan balasan dosa kami balasan dosa untuk mereka.

Ya ALLAH, sebagaimana Engkau telah menggembirakan mereka dengan kami semasa hidup mereka, maka gembirakanlah mereka dengan kami selepas kematian mereka.

Ya ALLAH, janganlah Engkau sampaikan kepada mereka khabar berita kami yang akan menyedihkan dan memburukkan keadaan mereka. Janganlah Engkau membebankan mereka dengan dosa-dosa kami yang akan menjauhkan mereka daripadaMu. Janganlah Engkau sia-siakan mereka pada saat-saat kematian mereka kerana perkara sia-sia dan kemungkaran yang kami lakukan. Gembirakanlah roh-roh mereka dengan amalan-amalan kami ketika roh-roh dipertemukan dan ketika ahli kebaikan bergembira disebabkan anak-anak yang soleh.

Ya ALLAH, janganlah Engkau tahan dan berhentikan mereka di tempat didedahkan segala kejahatan disebabkan ketelanjuran kami melakukan kejahatan.

Ya ALLAH, apa sahaja ayat-ayat suci al-Quran yang kami baca dan telah Engkau sucikankannya, apa sahaja solat yang kami kerjakan dan telah Engkau terimanya, sedekah yang kami hulurkan dan telah Engkau suburkannya dan segala amalan kebaikan yang kami lakukan dan telah Engkau redhainya. Maka kami memohon kepadaMu ya ALLAH, agar Engkau menjadikan keuntungan amal soleh yang kami kerjakan lebih besar bagi mereka daripada keuntungan kami, pembahagian untuk mereka lebih besar daripada pembahagian ganjaran untuk kami dan bahagian pahala mereka lebih sempurna daripada bahagian kami. Sesungguhnya Engkau telah mewasiatkan kepada kami agar berbuat baik kepada mereka, dan menyuruh kami berterima kasih kepada mereka. Engkaulah yang lebih utama berbuat baik dan lebih berhak menghubungkan kebaikan daripada orang-orang yang diperintahkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami penyejuk mata hati mereka pada hari penyaksian (kiamat), perdengarkanlah kepada mereka sebaik-baik seruan daripada kami pada hari kiamat. Jadikanlah mereka dengan kami ibu bapa yang dicemburui disebabkan anak-anak mereka yang soleh sehingga Engkau mengumpulkan kami dan mereka serta sekalian kaum muslimin di negeri kemuliaanMu (syurga), di tempat penetapan rahmatMu dan tempat anbiya' kekasihMu bersama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh ALLAH kepada mereka di kalangan Nabi-Nabi, orang-orang siddiqin, orang-orang yang syahid dan orang-orang yang soleh.

Dan amat eloklah mereka itu menjadi teman rakan kepada orang-orang yang taat. Yang demikian, ia kurniaan daripada ALLAH dan cukuplah ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Mahasuci ALLAH, Tuhan yang mempunyai ketinggian dari apa yang mereka sifatkan. Salam sejahtera ke atas para rasul. Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam. Semoga ALLAH mengucapkan selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarganya serta sahabatnya dengan salam yang banyak.

1 comment:

  1. I do not know how I get here. It is fun to keep floating in the blog-sphere until one stumbles over something, something of some interest. So here I am.

    A Hijrah series - why, what? Religious thoughts and soliloquy abundant -
    Who is Maznah? A lecturer - researcher - a silent preacher?

    Those are questions that cross my mind. I see no comments. That is very strange when a lot of petty bloggers draw so many responses. So, thought I should glance through and leave this message. For all I know you may be of my daughter's age. You mentioned 74 being your father's age at one time, and that, by coincidence, was my age as well at one time.

    Tell me briefly, if you care to, what made you start this blog. It is truly a wonderful effort, a beautiful work. Obviously you have your own personal and very strong reason for writing this. Some, in fact many, blog for fun. I do for a reason, for my belief in certain activity which I wish to share.

    If you care to call at my 'home' you will understand what I do and why. Each of my entries ends with 'Berkhidmat kerana Tuhan untuk kemanusiaan' - my slogan which I belief because I know I am in the autumn of my life. I want to enjoy the beautiful and enchanting scene of autumn when leaves are turning beautiful yellow and they begin to fall.

    Salaam to you, young lady.

    ReplyDelete