Monday, September 22, 2014

HIJRAH#058

Salam 28 Zulkaedah 1435H. Hari Selasa yang damai, tenang dan penuh kasih sayangNYA Yang Maha Pencinta buat para pencintaNYA yang dikasihiNYA sokmo.

WANITA: PhD dan Air Mata




Detik MASA ini, masuk minggu keTIGA diri ini meneruskan pengajian di kembara ilmu-MU bagi sesi pengajian 2014/2015 Semester 1. Sudah memasuki semester ke-LAPAN kembara ilmu-MU di taman ilmu Universiti Teknologi Malaysia ini.

"Kerana Tuhan untuk Manusia"....Insha ALLAH, dengan izinNYA jua ilmuMU yang Maha Luas ini dapat memberi manfaat kepada diriku dan jua bermanfaat untuk insan lain yang berada di sekelilingku.

"Ya ALLAH Ya HAKAM Yang Maha Memutuskan Hukum, anugerahkanlah kepada kami kebijaksanaan supaya kami dapat memahami segala keputusan-MU dan menangkap hikmah bagi setiap kejadian yang menimpa kami."

Jom menjadi WANITA HEBAT yang bersikap Arif dan Bijak.

Wanita hebat yang mampu memahami dan menghayati nama ALLAH al-Hakam ini, tentu menjadi hamba-hambaNYA yang pantang mengeluh apabila berhadapan dengan kepahitan dan penderitaan hidup. Ini kerana mereka sedar, keluhan tidak dapat menyelesaikan masalah. Apa yang perlu dilakukan adalah mencari jalan keluar dan bagi mencari jalan keluar itu, manusia perlu bersikap arif dan bijaksana.

Peribahasa Jerman mengungkapkan;

"Tuhan memberi kita biji-bijian tetapi Tuhan tidak menumbuhkannya tanpa usaha kita."

Oleh yang demikian, pada hari ini, marilah kita cuba mengkaji perjalanan hidup kita selama ini. Adakah kita menghadapi hidup secara BIJAK?
Adakah kita mengambil pengajaran daripada setiap persoalan yang kita hadapi?
Apa sahaja yang kita alami adalah KETENTUAN daripada ALLAH dan ALLAH menginginkan kita mencari hikmah di sebalik setiap persoalan itu.


ALHAMDULILLAH...Puteri sulung kepada kekandaku yang dikasihi ALLAH telah diizinkanNYA mengembara ilmu-MU dan menjadi Sado di bumi anbiya'. Terima kasih Ya ALLAH atas izin-MU jua anakanda kesayangan kami ini dapat mengembara ilmuMU di bandar al-Mafraq, Jordan. ALHAMDULILLAH...Terima kasih ALLAH.

Sedikit perbincangan kami di alam maya yang sempat dicoretkan di sini sebagai pengubat RINDU kepada insan yang dikasihi ALLAH, anakanda Siti Aisyhah binti Radzuran.

Ateh : Assalamualaikum along...kaifa haluki?

Along: Waalaikum salam ateh...Alhamdulillah khayr...Wa keif haluk?

Ateh : Cikgu along kirim salam dengan lafaz assalamualaikum. Belajar rajin-rajin pesannya.

Along:  Waalaiki waalaihissalam...In sha Allah biiznillah...Sado di bumi anbiya!

Ateh : seperti 'ahmad ammar' yang berjiwa ummati...dagangnya jua telah dibeli ALLAH...perginya sebagai pejuang...kembali kepadaNYA dengan bersih suci...si syahid di bumi anbiya'...ateh terkesan betul saat ayah ahya' nasihatkan along malam kenduri tue......sgt2 menyentuh hati..kata-katanya sangat bermakna.

Along: Yupp..Lgi2 yg psl ade jodoh, rzki in sha Allah dpt jmpe mak ayah

Ateh : Insha ALLAH...cucu pompuan sulung almarhum Ismail Khalijah ini kuat semangat

Along: Insha ALLAH

Ateh : seperti kuatnya semangat atuknya...apatah lagi ayah dan ibunya

Along: Biiznillah

Ateh : yep...semua itu adalah ketentuan-NYA

Along: Bgitu juga ibu saudaranya, ateh maznah

Ateh : jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki dari YG MAHA Pencinta. ....mudah sahaja menjemput rezeki itu...bila keyakinan total kepadaNYA....yakin...pasti DIA yg mempermudahkan segala urusan kita

Along: In sha Allah biiznillah...Hasbunallah wa nikmal wakeel nikmal mawla wanikman naseer.

>>>BERSAMBUNG....



>>>SAMBUNGAN: Pujuklah RASA| Rasakan TUHAN Ada Di Sampingmu

RASAKAN DOAMU DIDENGAR

TIDAKLAH dinamakan hidup jika semuanya berjalan bak tenangnya air sungai yang mengalir menghampiri laut. Sempat membentuk laguna cantik dan tasik indah tanpa sungai merancangnya. Namun, sebelum itu, pasti sungai sudah pernah, malah puas berjuang secara kasar, keras dan bertoleransi dengan alam, batu pejal dan pelbagai halangan. Namun, sungai tetap bertemu tenang pada akhirnya...menjamah gigi laut.

Seperti yang dilakarkan dalam lirik 'SEGENGGAM TABAH - In Team'. Lirik nasyid yang sangat menyentuh hati dan amat bermakna bagi diri ini...saat hujan lebat turun dengan lebatnya di dalam hati ini, tak mampu untuk ditampung lagi titisan-titisan manik yang bersih suci itu mengalir dengan lajunya.

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 

Bagaimana sungai begitu tenang bila menghampiri laut?
Tidak lain tidak bukan kerana ia sudah memohon dan menjalankan tugas menurut apa yang ditetapkan SUNNATULLAH padanya. Sungai yakin dengan KETENTUAN dan KEMAHUAN PENCIPTANnya tanpa pernah berhenti mengalir walaupun sehari. Disebabkan itulah ALLAH mengatakan kepada kita:

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada ALLAH. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-NYA."
(QS. Al-Isra', 17:44)

Keyakinan ini membuatkan hujan tidak meminta untuk naik semula ke langit. Begitulah kita hamba-NYA yang telah dibekalkan pesan:

"Tidak ada makhluk melata pun melainkan DIA-lah yang memegang ubun-ubunnya."
(QS. Hud, 11:56)

Jika ini penjelasannya, mana mungkin ada hamba-NYA yang berasa sunyi ditinggalkan sendirian sama ada dalam keadaan senang atau susah. Ini bermakna, apabila kita sulit, maka berdoalah kerana:

"DIA menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya (sebagai rahmat) daripada-NYA."
(QS. At-Jaatsiyah, 45:13)

Jika inilah tawaran yang menanti kita ketika hidup, maka gunakanlah talian hayat terbaik bernama DOA tika kita berasa sulit. Berdoa harus menggunakan tubuh yang segar, minda yang aktif dan hati yang khusyuk. Tanpa gabungan ketiga-tiga elemen ini, maka doa kita belum cukup syarat.

Ketika berDOA rasakan DIA Yang Maha Mendengar ini benar-benar sedang menatap kita dengan rasa penuh cinta-NYA. Jadikan masa berDOA ini seperti seorang yang berada di tepi kekasih tercinta...membisikkan rasa RINDU yang tersimpan sejak sekian lama di telinga pasangannya...santun, sendu, dan membuat seluruh tubuh merasakan syahdunya bermunajat ada RABB.

Berdoalah dengan penuh mengharap, diiringi rasa cemas seperti nelayan yang sedang dipukul ombak menggunung dan perahu hampir karam, seperti kabilah yang kehabisan air sedang tersesat di gurun pasir luas di bawah panas terik membakar, seperti mangsa TSUNAMI yang sedang melihat gelombang besar menelan mangsa.

tanggal 26.12.2004
air mato raso beline
ingat peristiwo dasyat
bencano ale gegaran sunggoh kuat
tsunami doh date
semua hok tuhe buat

Situasi berDOA ini sangat penting, sama pentingnya dengan panggilan kecemasan untuk mendapatkan doktor bila pesakit hampir terhenti nafasnya. Ini perlu kerana DIA amat sibuk seperti yang diberitahu kepada kita melalui kalam-NYA yang bermaksud:

"Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta pada-NYA. Setiap waktu DIA dalam kesibukan."
(QS. Ar-Rahman, 55:29)

Jika semua makhluk yang ada di langit dan di bumi selalu meminta, maka ini termasuklah kita yang sudah menjadi satu kewajipan untuk berdoa serta memohon kepada-NYA sama ada ketika lapang mahupun sempit. Segala permasalahan harus dibentangkan kepada-NYA dan mengharapkan hanya DIA yang menyelesaikan kesulitan setelah kita berusaha dan berDOA.

Bersimpuhlah dengan rendah diri. Menangislah, merataplah dan mengadulah meminta ampun diikuti dengan penuh rasa yakin akan pembentangan masalah, kesedihan dan kesulitan kepada-NYA. Kemudian bersabarlah menanti pertolongan...kemudahan yang semuanya berada di dalam 'kolah' ALLAH SWT sebagai Pemilik, Penguasa dan Pentadbir langit, bumi serta seluruh isinya. Ini dijelaskan oleh DIA sendiri:

"Atau siapakah yang memperkenankan (DOA) orang yang dalam kesulitan apabila dia berDOA kepada-NYA?"
(QS. An-Naml, 27: 62)

Yakinlah bahawa kita yang sedang dilanda masalah akan mendapat hasil DOA yang dipohon lebih daripada apa yang kita harapkan. Perbuatan berdoa ini menjadi penanda keimanan dan ibadat kita kepada Yang Maha Pengasih, Maha Dekat lagi Maha Berkuasa.

Setelah berDOA maka hilanglah rasa resah, bimbang dan gundah-gulana di minda, di HATI serta tenteram dalam penampilan. Kita berasa telah mengikat kemas diri pada RABB dengan tali keyakinan terkukuh yang tidak akan putus. Lalu, keyakinan yang tinggi terbina bahawa DIA akan mengabulkan setiap DOA orang yang dilanda musibah dan kesusahan.

JIKA kita masih diselimuti duka nestapa silih berganti, maka perbanyakkanlah berDOA dengan nama ALLAH SWT..mohon pertolongan-NYA. Rapatkan wajah ke sejadah dengan pasrah...bermunajat pada-NYA bersiramkan air mata kudus tanpa sinnggah perasaan jemu dan kecewa serta mengangkat kedua telapak tangan memohon apa yang dihajatkan.

Jangan pernah berpaling dari rasa mengharap bekalan daripada Pembekal Rezeki. Mengharapkan santunan lembut dan kasih-NYA sambil menanti pertolongan-NYA. Dengarkan setiap patah permohonan yang dihajatkan walaupun air mata mengiringinya kerana ia akan menjadi bukti keakuran kita pada takdir dan penyerahan seluruh peta hidup ini atas KETENTUAN-NYA.

Jangan sesekali berpaling daripada-NYA kerana jika belum memperolehi apa yang dimahukan, bermakna rezeki masih tertunda, bukannya tidak berhasil. Jika kita berpaling dan hilang keimanan pada-NYA, bermakna kita hilang segala-galanya di dunia ini.

Jika kita terus bersabar, berusaha serta beribadat dengan IKHLAS kepada-NYA dan doa terjawab, bermakna kita bukan sahaja mendapat kebahagiaan dan ketenangan keluar dari kepompong kesulitan, tetapi memperolehi dunia dan segala-galanya kerana ada bisikan DIA pada hamba-NYA:

"Dan DIA bersamamu di mana pun kamu berada."
(QS. Al-Hadid, 57:04)

Dan

"Bukankah dengan mengingati ALLAH H.A.T.I. menjadi tenang?"
(QS. Ar-Ra'd,13:28)

Dengan bisikan ini, rasa tenteram akan singgah di H.A.T.I.
Rasa jenuh akan hilang bila hamba mula bersimpuh di hadapan Yang Maha Berkuasa...membuatkan jiwa insan merunduk di samping kekasih yang tidak pernah meninggalkan yang dikasihinya walau sesaat pun. Rasakan kehadiran-NYA, dengarkan kata-kata-NYA dan teruslah mengindahkan dialog dengan Sang Maha Mengasihi ini.


>>>BERSAMBUNG...RASA YAKIN KUNCI D.O.A. TERMAKBUL.

~mz5028~


Thursday, September 18, 2014

HIJRAH#057

Salam Maghrib 24 Zulkaedah 1435H. Salam Damai Penuh C.I.N.T.A sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

RASAKAN D.I.A. ADA DI SAMPINGMU | MEWAHKAN RASA SYUKURMU

"Ya Tuhanku, berikan aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-MU yang telah ENGKAU anugerahkan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang ENGKAU redhai dan masukkanlah aku dengan rahmat-MU ke dalam hamba-hamba yang soleh."
(QS. An-Naml, 27:19)

Ya ALLAH...
ENGKAU ciptakan kami daripada segumpal darah
ENGKAU ciptakan kami menjadi segumpal daging
ENGKAU ciptakan kami dari tulang belulang
ENGKAU ciptakan kami menjadi manusia
Kini h.a.t.i. kami ENGKAU hidupkan.

ENGKAU tiupkan roh di h.a.t.i. kami
Hingga kami menjadi manusia yang sempurna
Yang mampu melihat
Yang mampu mendengar
Yang mampu berkata-kata
Yang mampu berasa.

Demikian sempurna ENGKAU ciptakan kami
Hingga kami lupa bahawa kami diciptakan oleh-MU
Demikian sempurnanya ciptaan-MU ini
Hingga kami tak menyedari
Bahawa kami hanyalah ciptaan-MU
Hingga kami tak merasa
Bahawa diri kami diciptakan daripada ketiadaan
Hinga kami tak menyedari
Bahawa kami diciptakan hanya daripada setitis air yang hina.

Duhai Yang Maha Sempurna
Saat ini kami mengakui
Bahawa ENGKAU yang menghidupkan kami
Bahawa ENGKAU-lah yang memberikan penglihatan kami.

ALLAH humma ya ALLAH
Inilah kami yang sentiasa lupa
Bahawa hidup kami adalah milik-MU
Mata kami adalah milik-MU
Telinga kami adalahmilik-MU
Jiwa kami adalah milik-MU.

Duhai Tuhan Pemilik langit dan bumi
Duhai Pemilik semesta raya.

ALLAH humma ya ALLAH
Kami bersyukur kepada-MU
Alangkah banyak nikmat
Yang ENGKAU curahkan kepada kami

ENGKAU beri kami nikmat iman
ENGKAU beri kami nikmat Islam
ENGKAU beri kami nikmat ihsan
Tetapi sedikit sangat syukur kami kepada-MU

Wahai ALLAH Yang Maha Bijaksana
Ampuni kami yang hanya bersyukur
Apabila mendapat kesihatan
Apabila mendapat makanan
Apabila mendapat harta
Apabila mendapat jawatan
Apabila mendapat penghargaan
Apabila mendapat keturunan
Tetap tak pernah bersyukur jika mampu melaksanakan
Solat berjemaah, bersedekah, berzakat
Berpuasa dan berhaji

Ya ALLAH
Kami tak pernah bersyukur dengan memiliki Nabi Muhammad
Tak pernah bersyukur menjadi umat Nabi Muhammad
Tak pernah bersyukur bahawa kami dilahirkan sebagai Islam
Tak pernah bersyukur bahawa kami telah dikurniai iman.

ALLAH humma ya ALLAH
Ilhamkan kami kesyukuran menerima nikmat-MU
Terlalu sedikit syukur kami dibanding rahmat-MU
Terlalu sedikit doa kami dibandingkan berkah-MU
Kami hanya ingin bersujud ya ALLAH
Kami ingin bersyukur ya ALLAH
Maka terimalah sujud ini
Sebagai ungkapan rasa syukur kami
Dan ungkapan permohonan ampun kami.

Ya ALLAH Yang Maha Menggenggam jiwa
Izinkan permintaan kami
Redhai amal ibadat kami
Tanpa redha-MU semua tak bererti
Tanpa redha-MU semua tak bermakna.

Ya Sami' Ya Basir
Ya Zaljalali wal ikram
Wahai ALLAH Yang Maha Hidup
Wahai ALLAH Yang Maha Pemberi NIkmat
Kami berlindung dengan keagungan-MU
Kami berlindung dengan kemuliaan-MU
Kami berlindung daripada lupa mengingati dan menyebut nama-MU
Serta berpaling daripada mensyukuri-MU.

Ya ALLAH
Kami mohon pada-MU
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Tunjukkanlah kami agar sentiasa bersyukur kepada-MU
Tunjukkan kami cara bersyukur yang benar.

Ya ALLAH
Limpahilah kami
Hati yang penuh kesyukuran
Ucapan yang penuh kesyukuran
Langkah yang penuh kesyukuran
Kerana kami mengakui tanpa pimpinan-MU
Kami lemah
Kami lalai
Kami hina.

Ya ALLAH
Hari ini kami mengakui
Bahawa ENGKAU-lah sebesar-besar Pemberi Kurnia
Kami bersyukur ya ALLAH
Atas bumi yang ENGKAU hamparkan
Atas langit yang ENGKAU tingikan
Atas gunung yang ENGKAU pancangkan
Atas alam semesta yang ENGKAU bentangkan
Atas bintang-bintang yang ENGKAU taburkan.

Ya ALLAH
ENGKAU sebaik-baik Pemberi Nikmat
KAU pancarkan sinar matahari
KAU tumbuhkan pepohonan
KAU hidupkan haiwan-haiwan

YA ALLAH
Sungguh kami sering lupa
Mensyukuri hidup kami
Mensyukuri waktu dan kesempatan kami
Mensyukuri setiap helaan nafas kami
Mensyukuri apa pun yang ENGKAU berikan

Ya RAHMAN Ya RAHIM
Ajari kami untuk sentiasa mensyukuri
Hal yang kecil dalam pandangan kami

Ya RABB
Kabulkan segala doa permohonan kami

ALLAH humma Ya ALLAH
Kirimkan salam kami
Kepada Nabi Muhammad
Kami mencintainya
Kami menyayanginya
Beri kami kesedaran untuk bersyukur
Seperti syukurnya Nabi Muhammad-MU
Beri kami kekuatan untuk sentiasa mensyukuri-MU.

Ya RAHMAN
Kami hanya hamba-hamba yang mengabdi pada-MU
Kami hanya hamba-hamba
Sebagaimana bumi yang berputar
Bersama bulan, mentari dan galaksi

Ya ALLAH
Kami hanya hamba-hamba
Seperti halnya para malaikat yang mengabdikan diri.

YA ALLAH
Beri kami kekuatan
Agar kami mampu mengajari
Anak-anak kami untuk sentiasa bersyukur
Pasangan hidup kami untuk sentiasa mengucap syukur
Keluarga kami agar mejadi ahli syukur.

Ya ALLAH
Kami sedar hidup kami singkat
Kami sedar hidup kami sementara
Kerana itu curahkan ke dalam hati kami iman
Tenteramkan kami dengan mengingati-MU
Duhai ENGKAU kekasih h.a.t.i.
Duhai ar-RAHMAN ar-RAHIM.

>>>NEXT: RASAKAN DOAMU DIDENGAR.

Sumber:
Pujuklah RASA | Dr.Robiah K.Hamzah (2013)








Monday, September 15, 2014

HIJRAH#056

Salam 21 Zulkaedah 1435H sahabat2 yang dikasihi kerana ALLAH. Selamat Menyambut Hari Malaysia.

Alhamdulillah..Terima kasih ALLAH atas nikmat ihsan, iman dan Islam yang dianugerahi kepada diri kami yang banyak khilaf dan sentiasa memerlukanMU setiap saat dan ketika.

TERIMA APA SAHAJA PEMBERIAN-NYA...

Berterima kasihlah atas rezeki yang ALLAH berikan kepada kita. Marilah kita mencontohi Nabi Sulaiman yang selalu berdoa kepada ALLAH,

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku supaya sentiasa bersyukur akan nikmat-MU yang ENGKAU kurniakan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku. Tetapkanlah hatiku supaya aku sentiasa beramal soleh yang ENGKAU redhai dan masukkanlah aku dengan limpah rahmat-MU dalam kumpulan-kumpulan hamba-MU yang soleh."
(QS. An-Naml, 27:19)


DI SINI LAHIRNYA SEBUAH C.I.N.T.A.


NILAILAH KETULUSAN C.I.N.T.A.mu...

Menurut Imam Ghazali terdapat beberapa tanda yang boleh dinilai kebenaran ungkapan C.I.N.T.A. kepada ALLAH SWT. Antaranya ialah:

1) Orang yang mencintai ALLAH tidak akan benci dengan kedatangan kematian kerana tidak mungkin orang yang sedang bercinta tidak mahu atau tidak suka berjumpa dengan yang dicintainya. Atau tidak mungkin seorang sahabat tidak suka berjumpa dengan sahabatnya.

2) Orang yang mencintai ALLAH akan bersedia untuk mengorbankan kehendak sendiri bagi mentaati kehendak-NYA, sedaya upaya menghampiri-NYA dan membenci apa sahaja yang menjauhkan dirinya daripada-NYA.

3) Seseorang yang mencintai ALLAH akan mengingati-NYA di dalam hati pada setiap MASA tanpa rasa tertekan atau terpaksa. Ini kerana, secara lumrahna, apa yang kita cintai pasti akan sentiasa diingati dan tiada ruang untuk melupakannya andai rasa cinta itu benar-benar sempurna. Jika ada keadaan di mana kita melupakan-NYA, bermakna ada cinta lain di hati kita.

Jika cinta kepada-NYA telah sempurna di hati, ia tidak akan dapat dikalahkan oleh mana-mana cinta selainnya. Jadi, mari semak sejauh mana kita mencintai DIA...sepenuhnya? Atau masih berkongsi dengan cinta selain-NYA di hati kita?

Sebagai bukti cinta kepada-NYA, kita akan mencintai ayat cinta-NYA iaitu al-Quran dan mencintai Rasulullah S.A.W. sebagai pembawa risalah melalui Malaikat Jibril. Jika cinta ini benar-benar kuat, maka kita akan mencintai seluruh makhluk kerana semuanya itu adalah ciptaan yang dicintai-NYA.

Ia dibaratkan orang yang mencintai sahabatnya, pasti dia juga akan mencintai hasil ciptaan sahabatnya itu. Jika ini belum berlaku, mari kita perbaiki diri agar cinta kita di hati benar-benar subur untuk-NYA dan mencintai semua hasil ciptaan-NYA kerana DIA serta menggunakannya untuk mencari keredhaan-NYA.

4) Dia suka bersendirian untuk beribadat pada-NYA, sama ada berkaitan urusan dunia ataupun akhirat. Malah, dia menjadikan semua amalannya sebagai ibadat pada-NYA, bukan kerana nama, jawatan, bayaran ataupun tanggungjawab. Semua itu dikumpulkan menjadi ibadat peribadi ataupun kebaikan umum.

5) Orang yang mencintai ALLAH sepenuh hati dapat dilihat jelas pada sikapnya. Dia akan mencintai mereka yang taat kepada-NYA dan membenci golongan kafir serta orang yang menderhakaiNYA.

"YA ALLAH.
Kurniakanlah kepadaku cinta terhadap-MU dan cinta kepada mereka yang mencintai-MU dan apa sahaja yang membawa aku hampir kepada cinta-MU, dan jadikanlah cinta-MU itu lebih berharga kepadaku daripada air sejuk kepada orang yang dahaga." 
(HR. Muslim)


~*~*~*~KEHIDUPAN~*~*~*~

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari ALLAH
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

************
13:21. dan orang-orang yang menghubungkan apa yang diperintahkan ALLAH agar dihubungkan*, dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk.

* mengadakan hubungan silaturrahim dan tali persaudaraan.

Tuesday, September 9, 2014

HIJRAH#055

Salam 15 Zulkaedah 1435H sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH. Pagi Rabu yang ceria dan indahnya bak permadani taman syurga. Begitu jualah harapnya indahnya h.a.t.i. kita. SOBAHUL KHAIR YA AKHIE YA UKHTIE.

Jika ALLAH memudahkan perkara, maka mudahlah ia

Kekuatan akan mengalir dan kerumitan akan hancur

Betapa ramai orang yang menginginkan sesuatu, namun tak juga mendapatkannya
Dan betapa ramai orang yang sudah putus asa, namun kemudian datang kegembiraan

Sungguh ramai orang ketakutan menjadi menakutkan dan orang yang miskin menjadi kaya

Banyak peristiwa pahit berubah menjadi manis

Sungguh banyak kita lihat orang yang hidup sengsara
Namun tiba-tiba menjadi manusia bersih hidupnya. 
(Naskhah LA TAHZAN, ms:135)


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*TETAPKAN HATI~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
YA QAHAR,Yang Maha Mengalahkan
ENGKAU menundukkan dan menjinakkan seluruh alam, yang tinggi maupun yang rendah, yang dekat maupun yang jauh.
Jadikanlah kami mampu menghayati nama-MU YA QAHAR supaya kami mampu mewujudkannya bagi diri kami dan bagi orang lain. Namun kami berharap kepada-MU, jangan sampai YA QAHAR menjadikan kami sombong seperti Firaun.
Kami tidak sanggup dipertanggungjawabkan dengan hal itu di hadapanMU kelak. 
Kami malu kerana memang kami tidak wajar membanggakan kekuasaan yang ada pada kami kerana semuanya adalah milik-MU.
(Menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna | Sulaiman Al-Kumayi, 2011)

************
Pain doesn't feel good when it happens, but ALLAH knows it may be the best thing for us at that moment. And sometimes we may be praying so hard for something, but Allah knows how bad it is for us. ALLAH knows and we do not...
In those moments when life is most difficult and you are totally thrown for a loop, you respond by Turning to HIM. That is the test, those moments are the proving ground for your soul. If you can face ALLAH in those moments of agony and say, 'I trust YOU, all things return to YOU my Lord, I know YOU will give me something better' then indeed ALLAH will give you more than you could imagine. 

ALLAH heard you today. Everything comes to you in the right moment. Be p.a.t.i.e.n.t.!

~Humble Muslimah~

************

'Special affair' kita dengan s.u.r.a.t. c.i.n.t.a.-NYA hari ini?

13:14. Hanya kepada ALLAH doa yang benar. ....

13:15. Dan semua sujud kepada ALLAH baik yang di langit maupun yang di bumi, baik dengan kemahuan sendiri mahupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayang mereka, pada waktu pagi dan petang hari.

15:87. Dan sungguh, KAMI telah memberikan kepadamu tujuh (ayat) yang (dibaca) berulang-ulang dan al-Quran yang agung.

46:15. ..."Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-MU yang telah ENGKAU limpahkan kepadaku dan keua-dua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang ENGKAU redhai; dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada ENGKAU, dan sungguh, aku termasuk orang muslim."

:) ALHAMDULILLAH...terima kasih ALLAH.
:) ALLAH YA QAHAR Yang Maha Mengalahkan telah menemukan diri ini dengan VITAMIN JIWA di INSTAQLIM ( INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN LIL MUTTAQIN) pada ketetapan 15 Zulkaedah 1434H setahun yang lalu.
:) SILATURRAHIM ZULKAEDAH 1434H bermula...

Failure is Found a Reason,
Success is Found a Method

"Wahai manusia!
Sungguh, 
KAMI telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian KAMI jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. 
Sungguh, 
yang paling  mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa.
Sungguh, 
ALLAH Maha Mengetahui, Mahateliti."
(QS. Al-Hujurat, 49:13)



Sunday, September 7, 2014

HIJRAH#054

Salam 12 Zulkaedah 1435H sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH.

Bismillah hirRahmanir Rahim

Ketika kita meminta sahabat untuk mendoakan kita atau yang lain, jangan sekadar meminta mereka melakukan sedemikian.

Berikanlah sekali doanya. Ketika sahabat kita membaca doa itu, secara tidak langsung sahabat kita itu terus mendoakan kita.

*************
"YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM YA FATTAH YA ALIM...redhailah Maznah Ismail dalam kembara ilmuMU keranaMU semata-mata YA ALLAH. KepadaMU kami berserah diri dan bertawaqal serta tiada daya kami menghindari maksiat dan tiada upaya kami melakukan taat tanpa izin dariMU jua YA ALLAH.
Terima kasih ALLAH."



35:12. Dan tidak sama (antara) dua lautan; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain asin lagi pahit. Dan dari (masing-masing lautan) itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai, dan di sana kamu melihat kapal-kapal berlayar membelah laut agar kamu dapat mencari kurniaan-NYA dan agar kamu bersyukur.
(QS. Al-Fatir, 35:12)



You are what you R.E.A.D.!
I.Q.R.A'.
B.A.C.A.lah dengan nama Tuhanmu.

Kita adalah apa yang kita B.A.C.A.
Dan siapa kita menentukan bagaimana kita 'meL.I.H.A.T'.

Apa yang kita L.I.H.A.T.
menentukan apa yang kita D.A.P.A.T.

Justeru, B.A.C.A.lah yang B.A.I.K-B.A.I.K.

INSHA ALLAH kita akan menjadi B.A.I.K. dan
akan mendapat banyak kebaikan dalam keH.I.D.U.P.an ini.

"Jangan letakkan harapanmu kepada manusia kerana kamu mungkin  terluka.
Letakkan harapanmu kepada Tuhan kerana Tuhan tidak menghampakanmu."
~Al-Anshari~

ALLAH YA BARI....Yang Maha Mengadakan itu mengadakan setiap sesuatu itu serasi di antara satu sama lain. Semua ciptaan ALLAH saling berkaitan dan fungsi satu ciptaan bergantung pada fungsi ciptaan yang lain. Kita dapat melihat hal ini dengan jelas pada alam semesta ini. ALLAH menjadikan setiap makhluk berpasang-pasangan dan wujud dalam keadaan harmoni yang menakjubkan.

ALLAH YA BARI....Yang Maha Mengadakan itu membekalkan kepada kita kecerdasan dan dengan kecerdasan itu, kita dapat berusaha sebaik mungkin dalam menjalani kehidupan yang sempurna. Tidak ada alasan bagi kita menyerah kepada kesusahan dan masalah yang datang dalam kehidupan ini.

Tugas kita sebagai hamba kepada ALLAH YA BARI....mengamalkan sifat al-Bari dalam kehidupan kita di dunia yang fana ini. Menjadi hamba ALLAH YA BARI yang terdorong menghasilkan sesuatu yang baru yang mampu memberi manfaat kepada kemaslahatan ummah. Kita sebagai khalifah yang dilantik oleh YA BARI sewajarnya menggunakan segala sumber yang ada di dunia ini bagi kebaikan kita, tetapi tidak melampaui batas.

Memang berat untuk kita hendak mewujudkan sesuatu yang tidak ada. Namun, hamba ALLAH YA BARI yang mampu meneladani al-Bari bukanlah mereka yang mudah menyerah dan berputus asa dalam mewujudkan apa yang mereka inginkan.

Nabi Adam pernah berasa kecewa dan putus asa sewaktu beliau tersingkir dari syurga kerana melanggar perintah ALLAH. Beliau terpaksa melalui perjuangan hidup di dunia baru yang sama sekali asing baginya. Dalam keadaan kecewa dan putus asa, Nabi Adam a.s. terdengar suara dari langit,

"AKU memberim tangan dan akal, bumi dan waktu. BERJUANGLAH!" 


Syair : Unsyudat Ramziyyah

Apabila Adam bersalah dan melakukan dosa
Tuhan mengusirnya ke dunia
Tiada penutup badan kecuali daun-daun pepohonan
Tiada bekal dibawa kecuali sesal mengharukan qalbu
Tatkala kakinya menginjak bumi
Tersungkur dirinya mendengar ngauman binatang-binatang buas
Dan kekuatan alam pun mempermainkannya
Kerana dia begitu lemah
Lapar, dingin dan takut menerpa dirinya

Lalu dia lari ke dalam gua yang gelap gelita
Adam mula berfikir akan dirinya
Betapa lemah, betapa sunyi sendiri
Di suatu tempat yang seluruh penghuninya
Mengejar dan memusuhinya
Tanpa mengetahui sedikit pun rahsianya

Dia memandang langit
Di sana burung-burung berterbangan
Dia memandang laut
Di situ ikan-ikan bersenda ria
Dia memandang bumi
Di situ binatang-binatang buas datang dan pergi
Semua itu membuatnya gembira
Kerana di sana dia menemukan makanan dan tempat berteduh

Kini ketakutan hilang daripada dirinya
Namun sesal semakin menyesakkan dadanya 
Walau akhirnya dia mampu mengawal diri
Dia menadahkan kedua-dua tangannya ke langit
Lalu meratap

dan langit pun menjawab:
"Pergilah wahai lelaki!
kerana AKU memberi kepadamu tangan dan akal
AKU juga memberi kepadamu dunia dan waktu.
Pergilah!
Bertindaklah seperti burung-burung
Terbang di angkasa
Menyelamlah di laut seperti ikan
Jelajahi tempat-tempat yang jauh!"

Maka Adam pun merenung dirinya
Dia melihat pintu-pintu rahsia kehidupan
Kini terbuka di hadapan matanya
Sinar mentari menerangi kegelapan gua
Kini jalan ke hadapan menjadi terang

 ~Malik bin Nabi~

"YA ALLAH YA BARI...Yang Maha Mengadakan
ENGKAUlah sumber inspirasi dan motivasiku.
Apabila badai datang menerpa dan menghancurkan hidupku,
hanya ENGKAU yang menjadi penghibur dan memberi semangat kepadaku dalam meneruskan kehidupan ini."

#Kembara Ilmu-MU kini bermula....BISMILLAH.
#WEEK 1: 7/9/2014-13/9/2014


#Aktiviti sebelum Kembara Ilmu.....11 Zulkaedah 1435H. 
Menonton tayangan filem LUCY bersama-sama sahabat tika suka dan duka; Hazwani dan Hani. Terima kasih sahabat....Hadiah kalian untuk sebagai pemangkin dalam meneruskan perjuangan diri ini dalam pengembaraan ilmu yang penuh cabaran.

#Teruskan perjuangan...
#Alaiki binnajahi fi kulli imtihan...
#INSHA ALLAH...niat yang baik ALLAH permudahkan...


************
SINOPSIS FILEM LUCY: Wanita Super

Lucy adalah seorang wanita berusia 25 tahun asal Amerika yang tinggal dan kuliah di Taipei, Taiwan. Ia ditipu dan dijerumuskan oleh pacarnya untuk bekerja sebagai pengedar narkoba kepada gangster Korea bernama Mr. Jang. Lucy digunakan sebagai pengantar obat sintetis berharga yang disebut CPH4. Obat ini dapat meningkatkan kapasitas otak pengguna. Melalui berbagai peristiwa yang tidak disadarinya (karena Lucy dibius), obat dijahit di perut Lucy untuk dijual ke Eropa. Lucy diculik dan disekap. Di tempat penculikan, salah seorang penculik mencoba memperkosanya. Ia memberontak dan mendapat tendangan tanpa ampun di perutnya. Kejadian itu melepaskan obat tersebut masuk ke dalam tubuhnya.

Akibatnya,ia mulai mendapatkan kekuatan mental dan kemampuan fisik yang kuat. Ia mampu menyerap informasi secara instan, melakukan telekinesis, melihat masa depan, tidak merasakan sakit maupun ketidaknyamanan lainnya. Ia berhasil lolos dengan mudah dan membalas dendam kepada para penculiknya.
Ia ke rumah sakit terdekat untuk menghilangkan kantong obat di dalam perutnya. Ia juga menyadari bahwa ia memerlukan tiga obat lain untuk memperluas kemampuan otaknya dan bahwa proses pertumbuhan sel yang sangat cepat ini bisa membunuhnya. Ia kembali ke hotel Mr Jang, Lucy menyerang para pengedar narkobanya hanya dengan kekuatan telekinesis.

Di apartemen tempat tinggalnya, di mana ia tingga bersama temannya yang seorang aktor, Lucy mulai melakukan penelitian  mengenai kondisinya. Ia berusaha mencari bahan-bahan ilmiah dan orang yang bisa menjelaskan kondisinya. Ia berhasil dan mengontak seorang ilmuwan terkenal, Profesor Norman. Penelitian profesor Norman menjadi kunci untuk menyelamatkannya.

Ia terbang ke Paris dan mengontak seorang polisi lokal, Del Rio, untuk membantunya menemukan sisa tiga paket obat. Sementara, kekuatannya terus berkembang sehingga ia mampu secara mental menghentikan gerak seluruh polisi dan para pengedar narkoba. Lucy berusaha bertemu Profesor Norman, sementara Mr Jang dan kaki tangannya juga mengingankan obat tersebut, terlibat tembak-menembak dengan Lucy dan polisi Prancis.

Di laboratorium Profesor Norman, pembuluh darah Lucy disuntik dengan keempat kantong CPH4. Tubuhnya mulai berubah warna dan tersebar di seluruh komputer dan benda-benda lain di dalam laboratorium, saat ia memperoleh energi untuk menciptakan sebuah komputer super yang akan berisi seluruh informasi mengenai alam semesta. Ia kemudian memulai perjalanan ruang-waktu, teleport ke New York dan melakukan perjalanan ke masa lalu. Pada titik kritis dalam perjalanannya, ia mencapai suatu masa dimana ia bertemu dengan nenek moyang tertua umat manusia dan bersentuhan jari dengannya, hal ini mungkin menjadi “memicu” kebangkitan umat manusia. Sementara itu, Mr Jang memaksa masuk ke dalam laboratorium dan menodongkan pistol ke kepala Lucy dari belakang, berniat membunuh Lucy. Mr Jang menembak, namun dalam sekejap sebelum peluru sampai ke kepalanya, Lucy menghilang ke dalam kontinum ruang waktu, dimana ia menjelaskan bahwa semuanya terhubung dan keberadaannya hanya dibuktikan melalui waktu.

Hanya pakaian dan supercomputer yang tertinggal. Del Rio masuk dan menembak Mr. Jang. Sementara, Norman mengambil flash disk dari super komputer yang diciptakan oleh tubuh Lucy dengan menggunakan materi di dalam ruangan. Del Rio bertanya dimana Lucy berada. Tiba-tiba muncul pesan teks di telepon Del Rio: “Aku ada di mana-mana”. Sebuah tembakan terdengar dan suara Lucy terdengar: “Hidup diberikan kepada kita satu miliar tahun yang lalu, dan sekarang anda tahu apa yang harus dilakukan dengan itu.”