Salam Maghrib 24 Zulkaedah 1435H. Salam Damai Penuh C.I.N.T.A sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.
RASAKAN D.I.A. ADA DI SAMPINGMU | MEWAHKAN RASA SYUKURMU
"Ya Tuhanku, berikan aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-MU yang telah ENGKAU anugerahkan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang ENGKAU redhai dan masukkanlah aku dengan rahmat-MU ke dalam hamba-hamba yang soleh."
(QS. An-Naml, 27:19)
Ya ALLAH...
ENGKAU ciptakan kami daripada segumpal darah
ENGKAU ciptakan kami menjadi segumpal daging
ENGKAU ciptakan kami dari tulang belulang
ENGKAU ciptakan kami menjadi manusia
Kini h.a.t.i. kami ENGKAU hidupkan.
ENGKAU tiupkan roh di h.a.t.i. kami
Hingga kami menjadi manusia yang sempurna
Yang mampu melihat
Yang mampu mendengar
Yang mampu berkata-kata
Yang mampu berasa.
Demikian sempurna ENGKAU ciptakan kami
Hingga kami lupa bahawa kami diciptakan oleh-MU
Demikian sempurnanya ciptaan-MU ini
Hingga kami tak menyedari
Bahawa kami hanyalah ciptaan-MU
Hingga kami tak merasa
Bahawa diri kami diciptakan daripada ketiadaan
Hinga kami tak menyedari
Bahawa kami diciptakan hanya daripada setitis air yang hina.
Duhai Yang Maha Sempurna
Saat ini kami mengakui
Bahawa ENGKAU yang menghidupkan kami
Bahawa ENGKAU-lah yang memberikan penglihatan kami.
ALLAH humma ya ALLAH
Inilah kami yang sentiasa lupa
Bahawa hidup kami adalah milik-MU
Mata kami adalah milik-MU
Telinga kami adalahmilik-MU
Jiwa kami adalah milik-MU.
Duhai Tuhan Pemilik langit dan bumi
Duhai Pemilik semesta raya.
ALLAH humma ya ALLAH
Kami bersyukur kepada-MU
Alangkah banyak nikmat
Yang ENGKAU curahkan kepada kami
ENGKAU beri kami nikmat iman
ENGKAU beri kami nikmat Islam
ENGKAU beri kami nikmat ihsan
Tetapi sedikit sangat syukur kami kepada-MU
Wahai ALLAH Yang Maha Bijaksana
Ampuni kami yang hanya bersyukur
Apabila mendapat kesihatan
Apabila mendapat makanan
Apabila mendapat harta
Apabila mendapat jawatan
Apabila mendapat penghargaan
Apabila mendapat keturunan
Tetap tak pernah bersyukur jika mampu melaksanakan
Solat berjemaah, bersedekah, berzakat
Berpuasa dan berhaji
Ya ALLAH
Kami tak pernah bersyukur dengan memiliki Nabi Muhammad
Tak pernah bersyukur menjadi umat Nabi Muhammad
Tak pernah bersyukur bahawa kami dilahirkan sebagai Islam
Tak pernah bersyukur bahawa kami telah dikurniai iman.
ALLAH humma ya ALLAH
Ilhamkan kami kesyukuran menerima nikmat-MU
Terlalu sedikit syukur kami dibanding rahmat-MU
Terlalu sedikit doa kami dibandingkan berkah-MU
Kami hanya ingin bersujud ya ALLAH
Kami ingin bersyukur ya ALLAH
Maka terimalah sujud ini
Sebagai ungkapan rasa syukur kami
Dan ungkapan permohonan ampun kami.
Ya ALLAH Yang Maha Menggenggam jiwa
Izinkan permintaan kami
Redhai amal ibadat kami
Tanpa redha-MU semua tak bererti
Tanpa redha-MU semua tak bermakna.
Ya Sami' Ya Basir
Ya Zaljalali wal ikram
Wahai ALLAH Yang Maha Hidup
Wahai ALLAH Yang Maha Pemberi NIkmat
Kami berlindung dengan keagungan-MU
Kami berlindung dengan kemuliaan-MU
Kami berlindung daripada lupa mengingati dan menyebut nama-MU
Serta berpaling daripada mensyukuri-MU.
Ya ALLAH
Kami mohon pada-MU
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Tunjukkanlah kami agar sentiasa bersyukur kepada-MU
Tunjukkan kami cara bersyukur yang benar.
Ya ALLAH
Limpahilah kami
Hati yang penuh kesyukuran
Ucapan yang penuh kesyukuran
Langkah yang penuh kesyukuran
Kerana kami mengakui tanpa pimpinan-MU
Kami lemah
Kami lalai
Kami hina.
Ya ALLAH
Hari ini kami mengakui
Bahawa ENGKAU-lah sebesar-besar Pemberi Kurnia
Kami bersyukur ya ALLAH
Atas bumi yang ENGKAU hamparkan
Atas langit yang ENGKAU tingikan
Atas gunung yang ENGKAU pancangkan
Atas alam semesta yang ENGKAU bentangkan
Atas bintang-bintang yang ENGKAU taburkan.
Ya ALLAH
ENGKAU sebaik-baik Pemberi Nikmat
KAU pancarkan sinar matahari
KAU tumbuhkan pepohonan
KAU hidupkan haiwan-haiwan
YA ALLAH
Sungguh kami sering lupa
Mensyukuri hidup kami
Mensyukuri waktu dan kesempatan kami
Mensyukuri setiap helaan nafas kami
Mensyukuri apa pun yang ENGKAU berikan
Ya RAHMAN Ya RAHIM
Ajari kami untuk sentiasa mensyukuri
Hal yang kecil dalam pandangan kami
Ya RABB
Kabulkan segala doa permohonan kami
ALLAH humma Ya ALLAH
Kirimkan salam kami
Kepada Nabi Muhammad
Kami mencintainya
Kami menyayanginya
Beri kami kesedaran untuk bersyukur
Seperti syukurnya Nabi Muhammad-MU
Beri kami kekuatan untuk sentiasa mensyukuri-MU.
Ya RAHMAN
Kami hanya hamba-hamba yang mengabdi pada-MU
Kami hanya hamba-hamba
Sebagaimana bumi yang berputar
Bersama bulan, mentari dan galaksi
Ya ALLAH
Kami hanya hamba-hamba
Seperti halnya para malaikat yang mengabdikan diri.
YA ALLAH
Beri kami kekuatan
Agar kami mampu mengajari
Anak-anak kami untuk sentiasa bersyukur
Pasangan hidup kami untuk sentiasa mengucap syukur
Keluarga kami agar mejadi ahli syukur.
Ya ALLAH
Kami sedar hidup kami singkat
Kami sedar hidup kami sementara
Kerana itu curahkan ke dalam hati kami iman
Tenteramkan kami dengan mengingati-MU
Duhai ENGKAU kekasih h.a.t.i.
Duhai ar-RAHMAN ar-RAHIM.
>>>NEXT: RASAKAN DOAMU DIDENGAR.
Sumber:
Pujuklah RASA | Dr.Robiah K.Hamzah (2013)
No comments:
Post a Comment