Monday, September 15, 2014

HIJRAH#056

Salam 21 Zulkaedah 1435H sahabat2 yang dikasihi kerana ALLAH. Selamat Menyambut Hari Malaysia.

Alhamdulillah..Terima kasih ALLAH atas nikmat ihsan, iman dan Islam yang dianugerahi kepada diri kami yang banyak khilaf dan sentiasa memerlukanMU setiap saat dan ketika.

TERIMA APA SAHAJA PEMBERIAN-NYA...

Berterima kasihlah atas rezeki yang ALLAH berikan kepada kita. Marilah kita mencontohi Nabi Sulaiman yang selalu berdoa kepada ALLAH,

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku supaya sentiasa bersyukur akan nikmat-MU yang ENGKAU kurniakan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku. Tetapkanlah hatiku supaya aku sentiasa beramal soleh yang ENGKAU redhai dan masukkanlah aku dengan limpah rahmat-MU dalam kumpulan-kumpulan hamba-MU yang soleh."
(QS. An-Naml, 27:19)


DI SINI LAHIRNYA SEBUAH C.I.N.T.A.


NILAILAH KETULUSAN C.I.N.T.A.mu...

Menurut Imam Ghazali terdapat beberapa tanda yang boleh dinilai kebenaran ungkapan C.I.N.T.A. kepada ALLAH SWT. Antaranya ialah:

1) Orang yang mencintai ALLAH tidak akan benci dengan kedatangan kematian kerana tidak mungkin orang yang sedang bercinta tidak mahu atau tidak suka berjumpa dengan yang dicintainya. Atau tidak mungkin seorang sahabat tidak suka berjumpa dengan sahabatnya.

2) Orang yang mencintai ALLAH akan bersedia untuk mengorbankan kehendak sendiri bagi mentaati kehendak-NYA, sedaya upaya menghampiri-NYA dan membenci apa sahaja yang menjauhkan dirinya daripada-NYA.

3) Seseorang yang mencintai ALLAH akan mengingati-NYA di dalam hati pada setiap MASA tanpa rasa tertekan atau terpaksa. Ini kerana, secara lumrahna, apa yang kita cintai pasti akan sentiasa diingati dan tiada ruang untuk melupakannya andai rasa cinta itu benar-benar sempurna. Jika ada keadaan di mana kita melupakan-NYA, bermakna ada cinta lain di hati kita.

Jika cinta kepada-NYA telah sempurna di hati, ia tidak akan dapat dikalahkan oleh mana-mana cinta selainnya. Jadi, mari semak sejauh mana kita mencintai DIA...sepenuhnya? Atau masih berkongsi dengan cinta selain-NYA di hati kita?

Sebagai bukti cinta kepada-NYA, kita akan mencintai ayat cinta-NYA iaitu al-Quran dan mencintai Rasulullah S.A.W. sebagai pembawa risalah melalui Malaikat Jibril. Jika cinta ini benar-benar kuat, maka kita akan mencintai seluruh makhluk kerana semuanya itu adalah ciptaan yang dicintai-NYA.

Ia dibaratkan orang yang mencintai sahabatnya, pasti dia juga akan mencintai hasil ciptaan sahabatnya itu. Jika ini belum berlaku, mari kita perbaiki diri agar cinta kita di hati benar-benar subur untuk-NYA dan mencintai semua hasil ciptaan-NYA kerana DIA serta menggunakannya untuk mencari keredhaan-NYA.

4) Dia suka bersendirian untuk beribadat pada-NYA, sama ada berkaitan urusan dunia ataupun akhirat. Malah, dia menjadikan semua amalannya sebagai ibadat pada-NYA, bukan kerana nama, jawatan, bayaran ataupun tanggungjawab. Semua itu dikumpulkan menjadi ibadat peribadi ataupun kebaikan umum.

5) Orang yang mencintai ALLAH sepenuh hati dapat dilihat jelas pada sikapnya. Dia akan mencintai mereka yang taat kepada-NYA dan membenci golongan kafir serta orang yang menderhakaiNYA.

"YA ALLAH.
Kurniakanlah kepadaku cinta terhadap-MU dan cinta kepada mereka yang mencintai-MU dan apa sahaja yang membawa aku hampir kepada cinta-MU, dan jadikanlah cinta-MU itu lebih berharga kepadaku daripada air sejuk kepada orang yang dahaga." 
(HR. Muslim)


~*~*~*~KEHIDUPAN~*~*~*~

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari ALLAH
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

************
13:21. dan orang-orang yang menghubungkan apa yang diperintahkan ALLAH agar dihubungkan*, dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk.

* mengadakan hubungan silaturrahim dan tali persaudaraan.

No comments:

Post a Comment