Sunday, May 31, 2015

ABC#117

Salam Mahabbah Fillah 14 Syaaban 1436H. Hari ISNIN yang ceria, damai dan penuh cinta-NYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat semua sahabat fillah yang dikasihi kerana ALLAH.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU buat diri kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH.. Lakaran bicara hati emas ini dimulakan buat peringatan yang sering alpa dan penuh kekhilafan.


Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Berkatilah kami di bulan Syaaban ini..
Panjangkanlah umur kami untuk bertemu Ramadhan kali ini..
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..


Kerinduan pada bulan SUCI RAMADHAN
akan segera terubati.
Tak lama lagi bulan RAMADHAN akan tiba.
Ampunilah segala dosa hamba-MU ini Ya ALLAH
Semoga kami selalu berada dalam limpahan rahmat-NYA.
Allahumma Aamin Ya Rabbal 'Aalamiin..



 Saranghae Fillah
*****
Seutas tali memadu simpul tawamu duhai kawan
Simpulnya jatuh di pelupuk nurani yang tertambat CINTA
CINTA berkawan bersama nikmati semusim masa

Disela kehangatan berkawan adalah aku pandang
Satu persatu garis wajah duhai kawan penuh harapan
Andai saja slalu bersama setiap masa sehati

Suratan TUHAN kita di sini menapaki cerita bersama
CINTA berkawan karna sehati dalam KASIH ILAHI
Tepiskan hal yang berbeda agar kisahmu teramat panjang
Simpan rapi harapan berkawan selamanya..


Wo Ai Ni Fillah
*******
Look inside.. Inside your heart..
You see the light of you, will never be apart..
Thats your dream,, then make it true..
And you can count on me in every step you do..

Keep your dream in your way
Never stop to learn and learn..
Take this song beside you..
To realize that you can fly..

Whatever in your dream..
Whatever in your mind..
It doesn't matter if you fail..
Its OK..

Whatever they will say..
And make you feel despair and cry..
Don't be sad..
Coz I'm Here For You..


#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 14-08-1436H | 01-06-2015M 06:56
#TamanILMU_UTMjb
#wk15/22 

Tuesday, May 26, 2015

ABC#116

Salam Mahabbah Fillah 9 Syaaban 1436H. Hari RABU yang ceria, damai dan penuh cinta-NYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat semua sahabat fillah yang dikasihi kerana ALLAH.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU buat diri kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH.. Lakaran bicara hati emas ini dimulakan buat peringatan yang sering alpa dan penuh kekhilafan.


It's WEDNESDAY.. ALHAMDULILLAH.

Have a wonderful and lovely DAY ahead.. In SHAA-ALLAH.


Sahabat fillah HATI EMAS yang dikasihi kerana ALLAH..

UHIBBUKI FILLAH..
I LOVE you because of ALLAH..
Saya SAYANG awak kerana ALLAH..

AHABBAKILLAHU KAMA AHBABTANII FIIH..
May ALLAH LOVEs you as you LOVE me..
Semoga ALLAH menyayangi awak seperti awak menyayangi saya..


Wahai RABB Yang Maha Hidup
Wahai RABB Yang Berdiri Sendiri tidak butuh segala sesuatu
Dengan rahmat-MU aku minta pertolongan
Perbaikilah segala urusanku 
dan jangan diserahkan kepadaku 
sekalipun sekejap mata 
tanpa mendapat pertolongan dari-MU selamanya.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..



Ya ALLAH
Tolonglah aku untuk berzikir pada-MU
bersyukur pada-MU
dan memperelokkan ibadah pada-MU
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..

*******


RASA R.I.N.D.U. Dalam QALBU
ZIKIR Terindah Hanya Untuk-MU
Wahai TUHAN Kekalkan CINTA ini
Wahai TUHAN Berkatilah KASIH ini
#S.A.B.A.R.
#Sabar*Amanah*Bijak*Adil*Redha
[22-05-2015M | 04-08-1436H 16:30 JUMAAT]


Selamat Menyambut UlangTahun Kelahiran 
puteri sulung kesayangan ayah Radzuran Ismail & ibu Nazariah Mat Dakim.
Semoga sentiasa dalam Kasih Sayang dan Cinta-NYA.
Umurmu diberkati-NYA.
Rezekimu diperluaskan-NYA.
Terus sukses di dunia dan di akhirat.
~Saranghae Fillah Siti Aisyhah Radzuran ♥~
[04-08-1436H | 22-05-2015M JUMAAT]

*******


Teruskan Bersabar, Berusaha, Beribadat dengan IKHLAS kepada-NYA
Hingga TerJAWAB-lah DOA
IN SHAA-ALLAH kita akan keluar dari kesulitan
dengan memperoleh kebahagiaan dan ketenangan JIWA.
BI IZNILLAH, dengan izin-NYA.
[27-05-2014M ~ 27-05-2015M]


Happy Birthday Ibu JULYLAA BIN MOHAMMAD YUNUS
I want to FLY like a LOVELY BIRD but not an ANGRY BIRD.
Wishing You Blessings Throughout The YEAR.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..
[27-05-2015M | 09-08-1436H RABU]

*******




Yakinlah ada sesuatu yang menanti-mu 
selepas banyak ke-SABAR-an yang telah engkau lalui,
yang akan membuatmu terpana 
hingga kau lupa pedihnya rasa sakit itu.
-Ali bin Abi Talib-


DREAM
*******

I've been dreaming of this world
Won't you come along and dream with me?
It's picture-perfect in my mind
Oh how I wish it would be real, oh real


No one living on the streets or digging for a bite to eat,
And pain and hunger are nothing, nothing but a memory
Let's dream to make it real

Dream your biggest dream
If we dream enough together we can make it real
And lend a helping hand
What we keep won’t mean anything, once we're gone

No abandoned women, struggling hard trying to make ends meet
No more missing fathers for their sons to be left all alone crying


Elders and children are all cared for lovingly
No one falling through the cracks of government bureaucracy
 Let's dream to make it real


Too many times I've walked through these streets 
Wondering where we went wrong
Our hands alone can feel so helpless and weak
But surely with yours they’ll be strong


Our problems and fears will soon disappear
If we try hard enough they’ll all be gone
Brothers and sisters, it takes each of us
Together we can overcome!


We shall overcome


NOTA CINTA-NYA HARI INI
*******
09:20. Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjuang di jalan ALLAH dengan harta dan dirinya lebih tinggi darjatnya di sisi ALLAH. Mereka itulah orang-orang yang menang.

09:21. TUHAN mereka memberi khabar gembira bagi mereka dengan rahmat dan keredhaan-NYA serta syurga untuk mereka di dalamnya nikmat yang tetap (abadi).

09:22. Sedang mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi ALLAH, pahala yang besar.

(QS. At-Taubah, 9:20-22)

09:129. Jika mereka berpaling (tidak mahu beriman) hendaklah engkau katakan: Yang mencukupi untukku hanya ALLAH, tiada TUHAN kecuali DIA. Kepada-NYA aku bertawakkal dan DIA TUHAN Arasy yang besar.
(QS. At-Taubah, 9:129)

-----

#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 09-08-1436H | 27-05-2015M 09:03
#AsramaKebajikanAr-RAYYANjb
#UhibbukumFILLAH
#PREPmalam
#wk14/22 

Sunday, May 24, 2015

ABC#115

Salam Mahabbah Fillah 6 Syaaban 1436H. Hari AHAD yang ceria, damai dan penuh cinta-NYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat semua sahabat fillah yang dikasihi kerana ALLAH.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU buat diri kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH.. Lakaran bicara hati emas ini dimulakan buat peringatan yang sering alpa dan penuh kekhilafan.


46:15. Dan KAMI perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). MASA mengandungnya sehingga menceraikannya dari susuan, selama 30 bulan. Sehingga apabila dia dewasa dan sampai (umurnya) 40 tahun, dia berkata: Ya TUHAN-ku, taufiqkanlah aku (tunjukilah hatiku) buat mensyukuri nikmatMU, yang telah engkau berikan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan supaya aku kerjakan amalan SOLEH yang ENGKAU sukai dan perbaikilah bagiku anak-anak cucuku (keturunanku). Sesungguhnya aku bertaubat kepada-MU dan aku termasuk orang-orang ISLAM.
(QS. Al-Ahqaf, 46:15)


 BONDA
Permata Hati-ku
Uhibbuki Fillah Ilal Jannah.
*******
Kau PERMATA di jiwa
Bersemi selamanya
Kaulah bulan menerangi alam
Memberikan sinaran


Kau PERMATA HATI-ku
Penawar duka di kalbu
Kau penyeri kebahagiaan
Engkau tetap ku-CINTA selamanya

TUHAN berkatilah CINTA yang dicurahkan

TUHAN redhailah KASIH yang didambakan
Seperti mana dia mengasihi
Diriku selama ini


Kaulah SATU di HATI-ku
Yang menyerikan TAMAN HIDUP-ku
TERIMA KASIH ucapan kulafazkan
Atas segala JASA-mu mendidik daku


Kau PERMATA berharga
Ku RINDU dan ku sanjung
Kau INSAN TERISTIMEWA



NOTA CINTA-NYA HARI INI
******
22:06. Yang demikian itu kerana sungguh, ALLAH, DIA-lah yang hak, dan sungguh, DIA-lah yang menghidupkan segala yang telah mati, dan sungguh, DIA Maha Kuasa atas segala sesuatu,
(QS. Al-Hajj, 22:6)

06:03. Dan DIA-lah ALLAH (yang disembah), di langit, mahupun di bumi; DIA mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan dan mengetahui (pula) apa yang kamu kerjakan.
(QS. Al-An'am, 6:3)

-----
#ALHAMDULILLLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 06-08-1436H | 24-05-2015M 18:55
#TeratakRINDUayahBONDA
#KgMalanDangi
#SanahHelwah
#IloveUmak

Wednesday, May 20, 2015

ABC#114

Salam Mahabbah Fillah 3 SYAABAN 1436H.. Hari KHAMIS yang penuh berkat, damai dan penuh Kasih Sayang dan Cinta-NYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan sokmo. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat semua sahabat fillah HATI EMAS yang dikasihi kerana ALLAH.

ALHAMDULILLAH.. Segala puja dan puji ke atas segala nikmat dan kurniaanMU Ya ALLAH.. nikmat teragungMU; Ihsan, Iman dan Islam kepada diri kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran TINTA EMAS ini dimulakan buat peringatan diri yang sering alpa dan penuh kekhilafan ini.


Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Berkatilah kami di bulan SYAABAN ini..
Panjangkanlah umur kami sehingga bertemu RAMADHAN kali ini..
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..



ALHAMDULILLAH..I'm glad..It's THURSDAY..

*****
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
I am satisfied..
because YOUR PLANS are better than my dreams.

So, whatever comes my way..
Ya ALLAH..
I am satisfied..
ALHAMDULILLAH.
*****

03;08. Ya TUHAN kami, janganlah ENGKAU condongkan HATI kami kepada kesesatan setelah ENGKAU berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-MU, sesungguhnya ENGKAU Maha Pemberi.
(QS. Ali Imran, 3:8)


Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya. Anaknya buka pintu. Belum tidur.

Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"
Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)

Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.
Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"

Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.
Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"

Anaknya mengangguk.
Abah: "Baiklah. Dengar baik baik ni. Abah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir. Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum abah. Tak exact pun. Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja. Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan. Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan kawan-kawan. Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar, kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."

Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.
Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al Quran?"
Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."
Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."
Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."
Abah: "Baiklah, setengah jam."
Anak: "15 minit bolehlah."

Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.
Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al Quran tu."
Anak: "Tak faham."
Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al Quran. Belajar, perlu Al Quran. Jodoh, perlu pada Al Quran. Berjaya, perlu Al Quran. Akarnya pada Al Quran."
Anak: "Hm.."
Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al Quran, in/sya Allah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."
Anak: "Adoilah."
Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? Dah boleh jadi hafizah."
Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"
Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al Quran. Abah tak nak anak abah ikut jejak langkah yang sama."

Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. Sungguhlah. Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, abah berkata kata untuk lihat anaknya di Syurga.

#Terima Kasih AYAH
#I LOVE U AYAH



Islam Practice
.:.A Muslim man proposed to a Muslim woman.:.

Muslimah: Me? I don't know how to sew, or cook, or iron. How am I going to marry you?

Man: Do you know how to pray? Do you worship Allah (SWT) without associating with anyone? Do you give zakah? Are you afraid of ALLAH?

Muslimah: Yes, I pray everyday, I LOVE YOU ALLAH and no one else, I give charity whenever I can and the one I fear is ALLAH (swt).

Man: (smiling) that's enough for me, I want you to be the half of my DEEN. NOT TO MAKE YOU MY MAID.

''Seeing a husband holding the hands of his wife while walking under the rain is nice, but I salute to a husband walking with his wife and holds the hand of his wife to the path of attaining JANNAH."

‪#‎Alhamdulillah‬

51:49. Dan segala sesuatu KAMI ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingati 
(kebesaran ALLAH).
(QS. Az-Zariyat, 51:49)

****

Detik penantianku
untuk meyakinimu
ku serahkan semua jiwa ragaku
aku mencintaimu
seutuhnya dirimu
tanamkan HATI di sanubariku

Dengar wahai kekasih
aku ada di sini
rasa ini hanya untukmu
dengar wahai kekasih
setulus hati ini
ku tetapkan hanya padamu

Bidadariku
serpihan hatiku
tanpamu rapuh hidupku
engkau pun tahu
kasih dan sayangku
yakinlah dengan hatiku
KASIH

Hingga di akhir waktu
kita tidak menyatu
ku serahkan semua pada TUHAN-ku

#Serpihan HATI


Suara Hati AYAH: Perjalanan Hujung Dunia (PhD)
*****
http://nenez9595.blogspot.com/2012/11/jangan-takut-wahai-anakku-dengan-phd-itu.html

BICARA HATI dari AYAHANDA
*****

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt...

Insyaallah , tidak berapa lama lagi anakku akan melanjutkan pelajarannya ke peringkat PhD. Oleh itu, saya mengambil kesempatan untuk menulis untuknya dan ..  untuk sekalian umat Islam di seluruh dunia yang tahu berbahasa Melayu.
In SHAA-ALLAH.

Bacalah wahai anakku.

Gerungggg   mu buat Ph.D?  Blur bang?

Tahniah dah dapat offer dari JPT untuk menjalankan kajian di peringkat PhD.  Itu satu langkah pertama yang sangat berani.  Sekuat-kuat manusia seperti Badang, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Tok Kenali, dato' Bahaman  dan ramai lagi hulubalang melayu zaman dahulu kala dan Mahatma Ghandi (Perdana Menteri India) tidak ramai yang sanggup belajar ke peringkat paling tinggi iaitu PhD.  Anda salah seorang jer yang berani menyahut cabaran tugas sejak berada di universiti.  Oleh itu di kesempatan ini izinkan saya mengucapkan tahniah setinggi-tingginya kepada anda kerana niat anda yang berani dan suci murni ini.

Berikut saya sampaikan sedikit sebanyak petua untuk berjaya PhD.  

Bacalah ..  dengan dada dan fikiran terbuka.  Jika ada mutiara gunapakailah dan sebar kepada orang-orang lain dan jika semua ini adalah sampah belaka , saya rela dibuang jauh jauh dan dihanyut pergi bersama sama taufan Sandy di New York City 27 – 31 Okt 2012.  

Bacalah…

Langkah-langkah (bila baru nak mula buat PhD)

1.       Cari tesis di Malaysia , tesis terhampir dengan tajuk kajian anda.

2.       Cari tesis di luar Negara walaupun sebuah, tesis terhampir dengan tajuk kajian anda. Ini adalah untuk anda mengetahui tahap atau keluasan bidang kajian tersebut.

3.       Setelah memperolehi tesis tesis tersebut, baca abstract, Bab 1, Bab terakhir dan recommendation/ cadangan yang telah diajukan oleh pengkaji di atas.  Lihat dengan rapi semua buku-buku rujukan, journals, proceedings yang telah digunakan oleh tesis-tesis tersebut. Beri banyak masa buat analisa bahan rujukan yang ada dalam tesis ini. Cuba kenalpasti KITAB utama,  theoretical framework/ conceptual framework yang telah diutarakan oleh pengkaji di atas.

4.       Tabiat membaca jurnal dan buku-buku : diminta jangan membaca bahan-bahan ini seperti anda membaca akhbar harian METRO, majalah sukan FUTBALL dan lain-lain.  Anda diminta mempunyai disiplin tinggi untuk membaca benda alah ini.  Mengikut pengalaman saya membaca setiap paper journal sebanyak 3 kali banyaknya. Catit tarikh bacaan tersebut.  Bacaan pertama ialah scanning,  bacaan kedua ialah mengenalpasti scope kajian, research gap, findings dan methodology. Buat bacaan dalam kadar slow-slow sedikit.  Bacaan terakhir ialah menulis rumusan 1 atau 2 paragraph.  Gunakan jadual matriks yang pernah saya syurkan kepada anda terdahulu.  Tidak memenuhi jadual matriks ..ini bermakna ..anda telah gagal membaca apa-apa. 

5.       Bina tabiat menanya soalan yang produktif dengan penyelia utama PhD anda.  Buat catitan apa yang dibincangkan.  Sebaik-baiknya gunakanlah recorder untuk merakam semua perbualan anda.  Bila sudah selesai, cuba cari sudut-sudut terpencil dalam library untuk mendengar balik perbualan anda dengan SPVR tadi.  Insya allah Berjaya!

6.       Elakkan dari perangkap mengambil andaian bahawa Tahun 1 PhD adalah honeymooning year.  Ramai pelajar Malaysia PhD di luar Negara tertipu dengan sikap ini di mana pada tahun ini lah mereka merantau seluruh benua Eropah, Amerika Utara, Afrika Utara dan tidak ketinggalan tanah suci Mekah/ Madinah.  Tahun ini juga mereka mula belajar/ berjinak-jinak dengan batang golf, topi bintang golf TIGER WOODS hinggakan masuk library Universiti Birmingham , England jam 0900 mlm waktu Winter pun mereka akan tetap memakai topi golf TIGER WOODS ini.  Bila banyak berjalan, kita akan dapat ramai kenalan-kenalan baru.  Ramai kenalan baru , ada saat happy dan ada saat dukacita.  Perkara dukacitanya ialah .. rumah kita di London akan menjadi BED and BBREAKFAST hostel CYS semua kenalan kita dari Scotland, Ireland, France, USA bila mereka mau melawat kota bandaraya LONDON.  Semua telur ayam, sardine dan susu segar dalam fridge kita akan habis.    Baik sungguh hati tuan hamba. Terima kasih tuan!

7.       Elakkan dari membina computer systems PhD terburu-buru.  Bila siap system and mula menulis tesis kita akan berhadapan dengan 3 masalah terbesar.  Tiga masalah besar ini lah punca utama mengapa ramai pelajar PhD tidak dapat menyelesaikan proses penulisan tesisnya yang sudah berkurun-kurun lamanya. 

Pertama anda belum yakin sepenuhnya apakah research gap selama ini (sebelum anda terjun ke dalam dunia PhD).  

Kedua ialah data yang ada tidak diproses, analysis dengan baik menggunakan teknik programming, software secara efisyien dan bijaksana.  

Ketiga disebabkan anda lalai membuat Literature Review secara menyeluruh/ exhaustive pada tahun 1 dan 2, masalah terbesar anda ialah penulisan tesis bab terakhir tidak mempunyai rujukan, penemuan anda tidak mempunyai apa apa kaitan dengan penemuan researchers terdahulu atau terkini, hujah mempertahankan penemuan anda kelihatan lemah dan tidak mencapai tahap kesarjanaaan di peringkat PhD.  

Tidak lupa juga, kadang-kadang ada pelajar tidak mempunyai kekuatan dalam penulisan tesis dalam bahasa inggeris.  Ini memainkan peranan penting bila supervisor akan berkali kali menegur .. 

I just could not figure what the hell you mean by these pages!   

Di saat saat tahun 4 , 5 di luar Negara dengan kotak-kotak hadiah dan jualan sales dari Car Boot sales di White Chapel, Aldgate East and Wembley dan juga kereta merx E2.30  second hand berada dalam otak anda bercampur dengan ketakutan kita untuk berjumpa projek supervisor bila Profesor Brown memanggil anda berkali-kali,  minat anda untuk menyiapkan tugas utama PhD akan terus luntur, tenggelam dan … segala-segalanya akan menjadi memori penuh warna-warni di London. 

8.       Buat tabiat menulis paper proceedings dan jurnal.  Dengan cara ini, focus anda terjaga.  

Pada tahun 1 PhD, pembaca-pembaca akan Nampak ..hasil tulisan ini adalah mereka yang baru terjun dalam dunia research,  buat 3 paper dalam tahun 1 sekurang-kurangnya, hantar jauh-jauh sampai ke Indonesia Institut Teknologi Bandung ;  Australia, Univ of Deakins  dan Japan, Univ of Waseda.

Pada tahun 2 PhD buat 2 paper yang Nampak lebih canggih dan mantap dibaca di mana pembaca boleh melihat sudah ada method yang tepat dan proses susulan dari metodologi di atas  dan akhirnya...

Pada penghujung tahun 3 PhD buatlah 1 atau 2 paper untuk jurnal berimpak tinggi. 

Dengan target begini, Allah Taala akan membantu anda dan akan mengganggap semua masa susah dan senang anda di London , satu amal ibadat yang DIA redhai.

9.       Bila menulis tesis, elak dari menulis dari saat sejurus selepas tamat tahun 3 baru nak mula menulis tesis.  

Mulakan dengan penulisan tesis PhD pada tahun 1 lagi. 

Bukak bab 1 introduction, bab 2 literature review dan bab 3 research methodology serentak dalam computer notebook anda sepanjang masa.  

Bila ada idea apa-apa, tanyalah diri anda ada apa-apakah fakta yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam mana mana bab ini.   

Belajar words outlining.  Saya dapati banyak masa dapat dijimatkan dengan kemahiran outlining dalam words 2010 ini.  Cubalah anakku.

10.   Simpan backup / harddisk/ second back up , third back up/ simpan dalam cloud.  

Ada kenalan saya di Birmingham, di saat saat dia mahu pulang ke Malaysia, beliau kehilangan 5 paspost Malaysia dan juga 1 set computer PhD.  

Pada masa itu , semua penulisan terbaru selama 4 bulan terkini ,,,,  beliau tidak membuat sebarang backup.  

Mengikut temubual , rakan saya ini sibuk dengan servicing Merx 2.3E dia di garaj orang Pakistan/ African brothers berhampiran rumah sewanya.  .  

Bayangkan kesusahan yang dialami ini.  Dari jauh, saya dengar dia tidak Berjaya menyerahkan tesis PhD tersebut.  Satu kenangan pahit, bukan?

11.   Sebagai orang Islam, banyakkan masa sembahyang hajat, dhuha, tahajjud ..mintak pertolongan Allah siang dan malam.  

Dalam satu ayat dalam doa saya , saya masukkan ayat begini

 ‘..  jangan sia-siakan masa pengorbananku ini untuk memperolehi PhD demi dunia Islam keseluruhannya dan ..ya RABB (tuhanku)
 ..janganlah jadikan aku ..satu bahan ketawa oleh pihak JPT, KPTM, Universiti, politeknik, anak anak cucu ku ..ahli masyrakat kampongku kerana aku tewas dalam medan PhD… 

ya Allah ..bantulah aku.  Jika orang-orang kafirpun kau boleh membantunya .. apa kiranya .. nikmat PhD ni kau kurniakan juga pada diri ..yang serba lemah ini.  

Aku tak tahu macam-macam kerana .. kuasa tahu segala-galanya adalah hak milik-MU Ya RABB  ..’

12.   Sekian.  Maaf ku pinta jika ada apa apa yang tidak bagus dibaca dan tidak enak difahami oleh kalian.  Saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu jer untuk maksud berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman.  Yang baik dari Allah dan yang tidak bagussssssshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh …..  itu semua adalah kelemahan diri saya sendiri yang penuh dengan kealpaan dan kehinaan.
Wallah huaklam.

Ayahandamu,

 Sazali Khalid Ph.D ;  Masters Computer Education (Birmingham), BSc Operations Research (Leeds), GCE ‘A’ Levels  Grantham ;  PGCE (Penang);  Qualified Translator IPNMB (Wangsa Maju);  WSEAS Corfu Island 2005 ,  WSEAS Teneriffe Islands Spain 2006, 2nd International Conference Applied Probability and Simulations,   Hanoi , 2008.


Kembara HATI EMAS menuju redha-MU
*****

TUHAN, dengarlah hatiku 
Hamba-MU yang lemah ini 
Oh TUHAN bantulah aku 
Menerima ujian dari-MU

TUHAN, kuatkanlah aku 
Hamba-MU yang hina ini 
Berikanlah kekuatan hatiku 
Moga CINTA-ku pada-MU selalu

Perjalanan ini penuh berliku 
Onak jua duri yang datang padaku 
Moga ia akan tetap menjadikanku 
Sentiasa bersama-MU 
TUHAN...

TUHAN, andai masih ku gagal untuk meneruskan perjalanan kehidupanku, 
teruslah membantuku. 
Sesungguhnya aku ingin selamat di dalam rahmat-MU....

TUHAN, kuatkanlah aku 
Hamba-MU yang hina ini 
Berikanlah kekuatan HATI-ku 
Moga CINTA-ku pada-MU selalu

Moga di hujung nanti manisnya ku rasai 
Hikmah tersembunyi dari sakit diuji 
Moga ia akan tetap menjadikanku sentiasa bersama-MU
Tuhan...

#Perjalanan HATI



NOTA CINTA-NYA HARI INI
*******
03:03. DIA menurunkan Kitab (al-QURAN) kepadamu (Muhammad) yang mengandung kebenaran, membenarkan (kitab-ktab) sebelumnya, dan menurunkan Taurat dan Injil.
(QS. Ali Imran, 3:3)

03:173. ..Cukuplah ALLAH (menjadi Penolong) bagi kami dan DIA sebaik-baik Penolong.
(QS. Ali Imran, 3:173)


#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 03-08-1436H | 21-05-2015M 09:23
#TamanILMU_UTMJB
#ProgressREPORT
#wk13/22

Thursday, May 14, 2015

ABC#113

Salam Mahabbah Fillah 26 Rejab 1436H.. Hari JUMAAT yang penuh berkat, damai dan penuh Kasih Sayang dan Cinta-NYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan sokmo. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat semua sahabat fillah HATI EMAS yang dikasihi kerana ALLAH.

ALHAMDULILLAH.. Segala puja dan puji ke atas segala nikmat dan kurniaanMU Ya ALLAH.. nikmat teragungMU; Ihsan, Iman dan Islam kepada diri kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran TINTA EMAS ini dimulakan buat peringatan diri yang sering alpa dan penuh kekhilafan ini.



It's FRIDAY.. ALHAMDULILLAH



14:41. Ya TUHAN-ku! Jadikan aku seorang yang mendirikan solat, begitu juga anak-anakku. Ya TUHAN kami, perkenankan doaku.
(QS. Ibrahim, 14:41)


IBRAHNYA ISRAK & MIKRAJ: SOLAT

"Memahami nilai solat di bulan Rejab ini, 
ALLAH memilih bulan Rejab untuk dikurniakan ibadah solat, 
agar kita mengerti nilai solat sebelum memasuki bulan Ramadhan 
agar jangan ada yang berpuasa namun ia meninggalkan solat!!.."



Ya ALLAH Ya QABIDH.. Yang Maha Menyempitkan..
ENGKAU berkuasa mutlak menyempitkan rezeki 
siapa sahaja yang ENGKAU kehendaki.
Sekiranya ENGKAU menyempitkan rezekiku, 
jadikanlah ia sebagai tanda KASIH SAYANG dan CINTA-MU kepadaku.

 Ya ALLAH Ya QABIDH Yang Maha Menyempitkan..
daku sedar akan kesilapanku kepada-MU 
kerana kejahilanku dan kerana daku mengikut hawa nafsuku.

Ampuni dosa-dosaku Ya ALLAH Ya AFFUW, Ya GHAFFAR, Ya TAWWAB..
Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemaaf, 
Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat. 
Daku mengadu kepada-MU Ya ALLAH Ya SAMI' Yang Maha Mendengar,
ENGKAU mendengar setiap aduan, keluhan, rintihan dan permohonan 
akan kesempitan jiwa yang kurasakan. 
Daku sedar ini adalah ujian, hukuman dan keadilanMU 
Ya QOBITH Yang Maha Menyempitkan, 

Ya HAKAM Yang Maha Menghukum, dan ENGKAU Ya ADL Yang Maha Adil.
Daku rela dan reda atas KEPASTIAN TAQDIR-MU 
Ya ALLAH Ya MUQTADIR Yang Maha Menentukan.

Daku sedar tiada siapa yang mampu melapangkn jiwa ini melainkn ENGKAU Ya BASITH Yang Maha Melapangkan. 
Daku merayu, merintih dan memohon kepada-MU Ya BASITH 
supaya ENGKAU Melapangkn jiwa dan hidup ini 
supaya daku mampu bersyukur kepada-MU, 
mengagumi akan kebesaranMU dan kehebatanMU 
seterusnya menyembahMU dengan penuh kerendahan 
dan mampu menjadi khalifah di bumi-MU ini.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..


NOTA CINTA-NYA HARI INI
*******
26:26. Berkata Musa: (DIA itulah) TUHAN kamu dan TUHAN bapa-bapa kamu yang dahulu.
(QS. Asy-Syu'ara, 26:26)

26:77. Sesungguhnya semuanya itu musuhku, kecuali TUHAN Sekalian Alam.

26:78. Yang menciptakan daku, lalu DIA menunjukiku.

26:79. Dan yang memberi makanku dan memberi minumku.

26:80. Dan jika aku sakit, DIA-lah yang menyembuhkan daku,

26:81. Dan yang mematikan daku, kemudian akan menghidupkan daku,

26:82. Dan yang kuharap mengampuni kesalahan-kesalahanku pada hari pembalasan.

26:83. Ya TUHAN-ku, berilah aku ilmu pengetahuan dan masukkanlah aku ke dalam orang-orang yang SOLEH.
(QS. Asy-Syu'ara, 26:77-83) 

Thank YOU ALLAH.. ALHAMDULILLAH


#STOPsmoking4GAZA
#STOPsmokingSAVEGAZA
#JUMAATtanpaROKOK
#sayNOtoTOBACCO


SELAMAT PAGI JUMAAT!

Berhentilah MEROKOK setiap JUMAAT!
Demi-mu GAZA.. aku BERTAHAN!
RM 13 demi GAZA!


Adakah anda mangsa asap rokok PASIF?
--> Ya, sekiranya terdedah kepada asap rokok sekurang-kurangnya 15 minit dalam masa dua hari untuk tempoh seminggu.

Anda mempunyai risiko;-
--> 30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru
--> 25% lebih tinggi mendapat penyakit jantung

EKSPRESI HAK ANDA!

Di Rumah :
--> Berikrar bebas asap rokok di rumah dan kereta
--> Memilih rumah jagaan kanak-kanak (nursery) yang bebas asap rokok
--> Meminta pasangan merokok di luar rumah
-->Memberi sokongan kepada mereka yg berhasrat utk berhenti merokok

Di Tempat Awam :
--> Memilih premis zon larangan merokok sebagai tanda sokongan
--> Jauhi anak dan keluarga anda daripada asap rokok


-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 26-07-1436H | 15-05-2015M 09:10
#JUMAATtanpaROKOK