Thursday, May 14, 2015

ABC#113

Salam Mahabbah Fillah 26 Rejab 1436H.. Hari JUMAAT yang penuh berkat, damai dan penuh Kasih Sayang dan Cinta-NYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan sokmo. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat semua sahabat fillah HATI EMAS yang dikasihi kerana ALLAH.

ALHAMDULILLAH.. Segala puja dan puji ke atas segala nikmat dan kurniaanMU Ya ALLAH.. nikmat teragungMU; Ihsan, Iman dan Islam kepada diri kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran TINTA EMAS ini dimulakan buat peringatan diri yang sering alpa dan penuh kekhilafan ini.



It's FRIDAY.. ALHAMDULILLAH



14:41. Ya TUHAN-ku! Jadikan aku seorang yang mendirikan solat, begitu juga anak-anakku. Ya TUHAN kami, perkenankan doaku.
(QS. Ibrahim, 14:41)


IBRAHNYA ISRAK & MIKRAJ: SOLAT

"Memahami nilai solat di bulan Rejab ini, 
ALLAH memilih bulan Rejab untuk dikurniakan ibadah solat, 
agar kita mengerti nilai solat sebelum memasuki bulan Ramadhan 
agar jangan ada yang berpuasa namun ia meninggalkan solat!!.."



Ya ALLAH Ya QABIDH.. Yang Maha Menyempitkan..
ENGKAU berkuasa mutlak menyempitkan rezeki 
siapa sahaja yang ENGKAU kehendaki.
Sekiranya ENGKAU menyempitkan rezekiku, 
jadikanlah ia sebagai tanda KASIH SAYANG dan CINTA-MU kepadaku.

 Ya ALLAH Ya QABIDH Yang Maha Menyempitkan..
daku sedar akan kesilapanku kepada-MU 
kerana kejahilanku dan kerana daku mengikut hawa nafsuku.

Ampuni dosa-dosaku Ya ALLAH Ya AFFUW, Ya GHAFFAR, Ya TAWWAB..
Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemaaf, 
Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat. 
Daku mengadu kepada-MU Ya ALLAH Ya SAMI' Yang Maha Mendengar,
ENGKAU mendengar setiap aduan, keluhan, rintihan dan permohonan 
akan kesempitan jiwa yang kurasakan. 
Daku sedar ini adalah ujian, hukuman dan keadilanMU 
Ya QOBITH Yang Maha Menyempitkan, 

Ya HAKAM Yang Maha Menghukum, dan ENGKAU Ya ADL Yang Maha Adil.
Daku rela dan reda atas KEPASTIAN TAQDIR-MU 
Ya ALLAH Ya MUQTADIR Yang Maha Menentukan.

Daku sedar tiada siapa yang mampu melapangkn jiwa ini melainkn ENGKAU Ya BASITH Yang Maha Melapangkan. 
Daku merayu, merintih dan memohon kepada-MU Ya BASITH 
supaya ENGKAU Melapangkn jiwa dan hidup ini 
supaya daku mampu bersyukur kepada-MU, 
mengagumi akan kebesaranMU dan kehebatanMU 
seterusnya menyembahMU dengan penuh kerendahan 
dan mampu menjadi khalifah di bumi-MU ini.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..


NOTA CINTA-NYA HARI INI
*******
26:26. Berkata Musa: (DIA itulah) TUHAN kamu dan TUHAN bapa-bapa kamu yang dahulu.
(QS. Asy-Syu'ara, 26:26)

26:77. Sesungguhnya semuanya itu musuhku, kecuali TUHAN Sekalian Alam.

26:78. Yang menciptakan daku, lalu DIA menunjukiku.

26:79. Dan yang memberi makanku dan memberi minumku.

26:80. Dan jika aku sakit, DIA-lah yang menyembuhkan daku,

26:81. Dan yang mematikan daku, kemudian akan menghidupkan daku,

26:82. Dan yang kuharap mengampuni kesalahan-kesalahanku pada hari pembalasan.

26:83. Ya TUHAN-ku, berilah aku ilmu pengetahuan dan masukkanlah aku ke dalam orang-orang yang SOLEH.
(QS. Asy-Syu'ara, 26:77-83) 

Thank YOU ALLAH.. ALHAMDULILLAH


#STOPsmoking4GAZA
#STOPsmokingSAVEGAZA
#JUMAATtanpaROKOK
#sayNOtoTOBACCO


SELAMAT PAGI JUMAAT!

Berhentilah MEROKOK setiap JUMAAT!
Demi-mu GAZA.. aku BERTAHAN!
RM 13 demi GAZA!


Adakah anda mangsa asap rokok PASIF?
--> Ya, sekiranya terdedah kepada asap rokok sekurang-kurangnya 15 minit dalam masa dua hari untuk tempoh seminggu.

Anda mempunyai risiko;-
--> 30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru
--> 25% lebih tinggi mendapat penyakit jantung

EKSPRESI HAK ANDA!

Di Rumah :
--> Berikrar bebas asap rokok di rumah dan kereta
--> Memilih rumah jagaan kanak-kanak (nursery) yang bebas asap rokok
--> Meminta pasangan merokok di luar rumah
-->Memberi sokongan kepada mereka yg berhasrat utk berhenti merokok

Di Tempat Awam :
--> Memilih premis zon larangan merokok sebagai tanda sokongan
--> Jauhi anak dan keluarga anda daripada asap rokok


-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 26-07-1436H | 15-05-2015M 09:10
#JUMAATtanpaROKOK

No comments:

Post a Comment