Sunday, May 24, 2015

ABC#115

Salam Mahabbah Fillah 6 Syaaban 1436H. Hari AHAD yang ceria, damai dan penuh cinta-NYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat semua sahabat fillah yang dikasihi kerana ALLAH.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU buat diri kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH.. Lakaran bicara hati emas ini dimulakan buat peringatan yang sering alpa dan penuh kekhilafan.


46:15. Dan KAMI perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). MASA mengandungnya sehingga menceraikannya dari susuan, selama 30 bulan. Sehingga apabila dia dewasa dan sampai (umurnya) 40 tahun, dia berkata: Ya TUHAN-ku, taufiqkanlah aku (tunjukilah hatiku) buat mensyukuri nikmatMU, yang telah engkau berikan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan supaya aku kerjakan amalan SOLEH yang ENGKAU sukai dan perbaikilah bagiku anak-anak cucuku (keturunanku). Sesungguhnya aku bertaubat kepada-MU dan aku termasuk orang-orang ISLAM.
(QS. Al-Ahqaf, 46:15)


 BONDA
Permata Hati-ku
Uhibbuki Fillah Ilal Jannah.
*******
Kau PERMATA di jiwa
Bersemi selamanya
Kaulah bulan menerangi alam
Memberikan sinaran


Kau PERMATA HATI-ku
Penawar duka di kalbu
Kau penyeri kebahagiaan
Engkau tetap ku-CINTA selamanya

TUHAN berkatilah CINTA yang dicurahkan

TUHAN redhailah KASIH yang didambakan
Seperti mana dia mengasihi
Diriku selama ini


Kaulah SATU di HATI-ku
Yang menyerikan TAMAN HIDUP-ku
TERIMA KASIH ucapan kulafazkan
Atas segala JASA-mu mendidik daku


Kau PERMATA berharga
Ku RINDU dan ku sanjung
Kau INSAN TERISTIMEWA



NOTA CINTA-NYA HARI INI
******
22:06. Yang demikian itu kerana sungguh, ALLAH, DIA-lah yang hak, dan sungguh, DIA-lah yang menghidupkan segala yang telah mati, dan sungguh, DIA Maha Kuasa atas segala sesuatu,
(QS. Al-Hajj, 22:6)

06:03. Dan DIA-lah ALLAH (yang disembah), di langit, mahupun di bumi; DIA mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan dan mengetahui (pula) apa yang kamu kerjakan.
(QS. Al-An'am, 6:3)

-----
#ALHAMDULILLLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 06-08-1436H | 24-05-2015M 18:55
#TeratakRINDUayahBONDA
#KgMalanDangi
#SanahHelwah
#IloveUmak

No comments:

Post a Comment