Sunday, October 11, 2015

ABC#184

Salam Mahabbah Fillah 28 Zulhijjah 1436H.. Hari ISNIN yang ceria dan penuh kasih sayangNYA.. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah hati emas kesayangan hamba.
Dengan lafaz BISMILLAH, bicara hati ini dilakarkan buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.
ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya Allah atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU buat diri kami sehingga detik MASA ini.
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Engkau hanya akan memberikan petunjuk jalanMU kepada orang yang takut kepadaMU..
Setiap keinginan kami dahului dengan ISTIKHARAH CINTA kepadaMU..
Sahaja Aku MencintaiMU Ya ALLAH..
Ku cinta padaMU lebih dari segala-gala
mampukah ku pertahankan cinta ini
dalam mengabdikan diri padaMU
Andai ada kata yang lebih baik
dari ucapan terima kasih
pastikan ku ucap setulus hati
tanda cintaku padaMU
Lailahaillallah..Allahu Rabbi
Lailahaillallah..Allahu Akhbar
Andai ada hadiah yang lebih baik
dari melodi syukurku
semestinya ku persembahkan padaMU
tanda cintaku padaMU..
Hasbi Rabbi Jallallah
Ma fi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah..
Setiap hela nafas
setiap gerak tangan
setiap degup jantung
setiap derap kaki
takkan pernah bermakna tanpa CINTA-MU..
Ya ALLAH...
Alhamdulillah..
Terima kasih Ya Allah atas segala aturanMU, ketentuanMU, ketetapanMU, kehendakMU dan perancanganMU.
Aku bersyukur kepadaMU menganugerahi nikmat ini di bulan Zulhijjah 1436H..
Bulan berkat, bulan pengorbanan jiwa dan raga, bulan penyucian hati emas ini untuk kembali kepadaMU dalam keadaan fitrah yang suci bersih.
1 Oktober 2015.. Aku diperkenalkan dengan istilah "Major Depression Disorder (MDD)" atau lebih sinonim dengan 'kemurungan.
Masha ALLAH..
Sekali lagi aku dihadiahi dengan Tsunami KasihMU di bulan QURBAN ini.
Subhanallah..
Maha SuciMU Ya Allah kerana Tsunami KasihMU kali ini masanya lebih singkat dan aku diberi hadiah yang sangat bermakna..
"Jadikan Solat Sebagai Penyelesaian Bagi Semua Masalah Hidup."
Kitab 'Pelbagai Jenis Solat untuk Mengatasi Masalah Hidup' karya H.M. Amrin Ra'uf (2015)..Setitik Ilmu yang memberi Sejuta Makna buat vitamin jiwaku.
Hidup ini tidak pernah sunyi daripada dugaan atau masalah. Malah sering kali setelah selesai satu masalah akan menyusul pula masalah lain. Lebih mencabar lagi apabila masalah-masalah ini melanda bertimpa-timpa. Pastinya kepala bagai nak pecah dibuatnya. Bingung, stres dan perasaan tidak keruan menguasai diri. Terkadang dirasakan bagaikan sudah tidak ada jalan keluar daripada masalah-masalah itu. Tapi jangan sesekali berputus asa atau mengambil jalan singkat melarikan diri daripada masalah. Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bersolatlah. Selain solat fardhu, tunaikanlah solat sunat khusus dengan penuh istiqamah.
"ISTIQAMAH itu Puncaknya KARAMAH."
Solat Sunat Tasbih adalah solat yang akan mendekatkan kita kepads Allah. Apabila redha Allah sudah dicapai, pasti kebahagiaan hidup tidak sukar untuk dicapai.
Hidup kita tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, sama ada besar atau kecil. Adakah kita akan terus hanyut dalam gelombang dosa kecil dan ombak dosa besar. Ketuklah pintu taubat dan masuklah. Tunaikanlah Solat Sunat Taubat, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang lalu.
Berhajat mendapatkan sesuatu, kepada siapa ingin kita pohonkan hajat itu. Pasti Allah, pencipta seluruh alam. Laksanakanlah Solat Sunat Hajat. Sampaikan keinginan kita dengan penuh kerendahan hati sebagai hamba-NYA.. In shaa ALLAH, dengan kasih sayang ALLAH, permohonan hambaNYA tidak akan dipersiakan.
Semoga segala amal ibadah dan kebajikan yang kita amalkan akan sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan ALLAH.
"SOLAT Kunci Kejayaan Hidup Seseorang."
'Apabila dalam kehidupan seseorang solatnya BAIK, maka boleh dipastikan dalam kehidupannya yang lain juga akan baik. Sebabnya, solat menjadi kunci kehidupan umat manusia.'
'SOLAT WAJIB yang LIMA WAKTU hakikatnya untuk menjaga personaliti umat manusia agar bermula dari Waktu SUBUH hingga ZOHOR boleh terhindar dari pelbagai perbuatan yang dilarang oleh ALLAH. Dari Waktu ZOHOR sampai Waktu ASAR, hati manusia tetap berada di jalan ALLAH, bahkan tidak terpengaruh oleh gangguan syaitan walau sedikit pun. Begitulah, dalam waktu-waktu seterusnya, SOLAT berfungsi menjaga hati manusia agar selamat dari masalah hidup yang serius.'
'Ketika kehidupan kita tidak semakin baik, dalam erti tetap tidak terhindar daripada perbuatan yang dilarang agama, besar kemungkinan kita belum boleh merasakan kenikmatan solat itu sendiri.'
KUNCI KEJAYAAN HIDUP yang kutemui dalam kembara KASIH-MU kali ini adalah di bulan HAJI ini adalah :-
:: Solat Witir
:: Solat Tahajjud
:: Solat Taubat
:: Solat Hajat
:: Solat Istikharah
:: Solat Dhuha
:: Solat Tasbih
Selain Vitamin Jiwa yang Allah aturkan untuk pembangunan jiwa yang tenang, redha dan diredhaiNYA.. Bersilaturrahim pula diriku dengan :-
:: Fluvoxamine 50 mg Tablet
:: Quetiapine Fumarate 50 mg  Extended Release Tab (Seroquel XR)
:: Lorazepam 1 mg Tablet
-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta Dia.. 28-12-1436H | 12-10-2015M 14:47 ISNIN
#AllahTempatMeminta
#PKNN Inpatient
#Hospital Sungai Buloh
#SB00353438
#Nursing UnitW33
#Room W33
#Bed No 03
#01102015
#06102015
#PSY

No comments:

Post a Comment