Wednesday, October 14, 2015

ATM#002

Salam Mahabbah Fillah 02 MUHARRAM 1437H.. Malam KHAMIS yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

|| Jalan Ku Pulang ||

Tundukku malu di depanMU
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan KAU terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMU,
terpaut aku tak berpaling

Ku bersyukur hanya padaMU Tuhan KAU temukan laluan bermula
Dan cintaMU bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cintaMU

ku bersyukur hanya padaMU Tuhan KAU temukan laluan bermula
Dan cintaMU bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon KAU tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang KAU singkirkan taubatku
kurayu KAU hulurkan keampunanMU padaku
kelakku zalimi diriku

Ku bersyukur hanya padaMU Tuhan KAU temukan laluan bermula
Dan cintaMU bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Janjiku padaMU abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya KAU seru hujung nyawaku

Ku bersyukur hanya padaMU Tuhan KAU temukan laluan bermula
Dan cintaMU bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Tak temu di manakah hentinya rayuan taubatku padaMU..


|| Takdir Itu Bersama Masa dan Ilmu ||

Segala puji hanya bagi ALLAH 
atas limpahan nikmat-nikmatMU.
Ya ALLAH, segala puji hanya bagiMU, 
sebanding dengan kemuliaan dan keagungan kekuasaanMU.
Maha Suci Engkau, tiada mampu kami memujiMU, 
sebagaimana Engkau memuji diriMU sendiri.

Wahai Tuhanku,
Limpahkanlah rahmat kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Semoga dengan itu, 
Engkau selamatkan kami dari segala macam bencana dan musibah,
Engkau tunaikan segala hajat kami,
Engkau hindarkan kami dari segala kejahatan,
Engkau tingkatkan darjat kami,
Dan Engkau sampaikan tujuan kami,  
Baik dalam hidup kami atau sesudah mati,
Serta keselamatan atas Nabi Muhammad s.a.w., sahabat dan keluarganya.
Tiada Tuhan melainkan ALLAH yang sangat Pemaaf lagi Maha Pemurah.
Maha Suci ALLAH Yang Mempunyai Arasy Yang Agung.
Segala puji bagi ALLAH Tuhan Semesta Alam.

Aku memohon kepada-MU,
Segala sesuatu yang menyebabkanku 
memperoleh rahmatMU dan keampunanMU,
Memperoleh keuntungan dari segala kebajikan,
dan kesejahteraan (bebas) dari dosa. 

Janganlah Engkau tinggalkan bagiku akan sesuatu dosa 
dengan tidak Engkau mengampuninya,
Dengan sesuatu kegundahan 
dengan tidak Engkau melapangkannya atau menghialngkannya,
Dan sesuatu hajat yang Engkau redhai 
yang tidak Engkau penuhi.
Terimalah,
Wahai Tuhan Yang Paling Penyayang.

Ya ALLAH..
Wahai Zat yang mengumpulkan hal-hal berserakan,
Menumbuhkan pelbagai tanaman,
Menghidupkan kembali tulang-belulang yang sudah remuk,
Memenuhi segala keinginan, 
Dan mengabulkan segenap doa.

Wahai Zat yang menghilangkan segala kesusahan,
Mendengar segala suara dari puncak langit ketujuh,
Mengetahui segala sesuatunya,
Menghitung dengan tepat semua perkara,
Zat yang mengetahui sesuatu yang telah berlalu dan yang akan terjadi.
Yang kami memohon kepadaMU

Ya ALLAH..
Demi kekuasaan-MU atas segala-galanya
Demi ketidaktergantunganMU terhadap semua makhlukMU
Demi kemuliaan dan keagunganMU

Wahai Tuhan semua mahkluk,
Bermurah hatilah pada kami dengan mengabulkan semua keinginan kami.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin..

-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Tempat Meminta.. 02-01-1437H | 14-10-2015M 21:35 RABU
#ATM009/030
#PSY

No comments:

Post a Comment