Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.
ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..
Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.
#JOM AL-KAHFI
SURAT CINTA
Telah ku terima surat-Mu
Yang telah Kau utus dahulu
Ayat-ayat cinta dari cahaya-Mu
Menyelimuti seluruh hatiku
Telah ku terima surat-Mu
Yang telah Kau utus dahulu
Berulang-ulang kali di fikiranku
Betapa Kau mencintaiku
Pastinya
Bila ku merindu
Pada-Mu
Surat-Mu kan ku baca selalu
Ku harap Kau akan menyebut namaku
Detik ku rindu
Saat ku baca surat-Mu
Hidupkanlah hatiku ini selalu
Dengan kalimah-MU
Kalimah cinta teragung
Telah ku terima surat-Mu
Yang telah Kau utus dahulu
Ayat-ayat cinta dari cahaya-Mu
Sesegar murni syurga hatiku
Pastinya
Bila ku merindu
Pada-Mu
Surat-Mu kan ku baca selalu
Ku harap Kau akan menyebut namaku
Detik ku rindu
Saat ku baca surat-Mu
Hidupkanlah hatiku ini selalu
Dengan kalimah-Mu
Kalimah cinta teragung
Sungguh makna cinta-Mu tiada penghujung
Surat-Mu kan ku baca selalu
Ku harap Kau akan menyebut namaku
Detik ku rindu
Saat ku baca surat-Mu
Hidupkanlah hatiku ini selalu
Dengan kalimah-Mu
Kalimah cinta teragung
Bagaimana Akhirnya Kami Bertunang..
[2 Muharram 1436H ~ 24 Rabiul Awal 1438H]
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. sumber segala barakah,
Curahkanlah berkat-Mu atas lambang cinta ini
dan bimbinglah kedua saudara kami dalam masa pertunangannya.
Semoga mereka mencari kehendakMu dengan hati yang ikhlas
dan mengalami kebaikanMu yang berlimpah.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Sumber segala cinta kasih, kerana ehsan-Mu,
dua pasangan muda ini dapat saling bertemu.
Kini mereka memohon rahmatMu untuk memasuki masa pertunangan
dan mempersiapkan diri untuk gerbang perkahwinan.
Kami memohon, kuatkanlah mereka dengan berkatMu yang melimpah.
Ya Allah Ya Waddud Yang Maha Pencinta..
Semoga oleh masa pertunangan suci ini,
mereka kian hari kian saling menghargai,
dan saling mengasihi dengan kasih sejati.
Ya Allah Ya Hafidz Yang Maha Memelihara..
Kasih setiaMu berlimpah bagi kami.
Engkau menganugerahkan Hawa kepada Adam
sebagai penghibur dan teman berbagi suka duka kehidupan,
sesuai ciri peribadinya, dan setia sepanjang hidup.
Perkenanlah memberkati kedua-dua cincin ini,
lambang niat suci, hati yang jujur, dan kasih yang murni,
agar saudara-saudari kami yang memakainya selama tempoh pertunangan,
saling belajar mengenal,
dijauhkan dari hawa nafsu tak teratur,
membangun persaudaraan yang suci murni,
sehingga terlaksanalah pembangunan peribadi yang saling mengisi,
saling melengkapi satu sama lain;
apalagi semoga tercapailah cita-cita mereka
membangun keluarga yang bahagia,
sumber kebahagiaan dan penghiburan.
Kami memuji Engkau, ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
sebab dengan pengharapan yang lembut
Engkau menggerakkan hati dan menyiapkan
puteraMu Rabuan bin Kamal Rajalah
dan puteriMu Maznah binti Ismail
untuk saling mencintai.
Kami mohon, sudilah menguatkan hati mereka,
agar mereka menjalani masa pertunangan ini
dengan bertumpu pada iman,
dan dalam segala hal berusaha berkenan kepadaMu,
sehingga dengan aman sentiasa
akhirnya sampai pada gerbang perkahwinan.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.."
DOA yang kita boleh sama-sama amalkan
semasa dalam tempoh pertunangan
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim!
Permudahkan bagiku untuk mendapatkan suami yang soleh,
bertakwa, bersopan santun, meminang dan mengahwiniku
serta menyayangiku dengan penuh kasih sayang kerana Allah
dan aku menyintainya dengan cinta yang mendalam kerana Allah.
Dan dia jujur pada ku di dunia dan di akhirat
dan janganlah engkau tinggalkan aku kesorangan.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pewaris.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
anugerahkan kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami
sebagai penyenang hati kami,
dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
Ya Allah Ya Wadud Yang Maha Pencinta.
Sesungguhnya kami memohon kepada Mu kasih sayangMu
dan kasih sayang orang yang menyintai Mu
dan amalan yang membawa kepada menyintai Mu.
Ya Allah Ya Hafidz Yang Maha Memelihara!
Jadikanlah cinta kami kepada MU
lebih daripada cinta kami kepada keluarga
dan diri kami dan daripada air yang menyejukkan.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.."
------------
#ALHAMDULILLAH.. Sakinah, Mawaddah wa Rahmah.. 11-02-1438H | 11-11-2016M 12:14 JUMAAT
No comments:
Post a Comment