Thursday, November 24, 2016

SMS#002

Salam Mahabbah Fillah 25 Safar 1438H.. Hari JUMAAT yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.


TUNANG KUN FAYAKUN
[2 Muharram 1436H ~ 24 Rabiul Awal 1438H]

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM 
Ya WADUD Yang Maha Pencinta..
Sumber segala barakah ..
Curahkanlah berkatMU atas lambang ikatan pertunangan ini..
dan bimbinglah mereka berdua dalam masa pertunangannya.
Semoga mereka mencari kehendakMU dengan hati yang ikhlas 
dan memperoleh kebaikanMU yang melimpah.

Ya Allah Ya Tuhan kami..
Sumber segala cinta kasih..
Kerana ihsanMU mereka berdua ini dapat saling bertemu..
Kini mereka memohon rahmatMU 
untuk memasuki masa pertunangan 
dan mempersiapkan diri untuk gerbang perkahwinan..

Ya ALLAH Ya Tuhan kami..
Kami memohon kepadaMU Ya ALLAH..
Kuatkanlah ikatan mereka berdua dengan berkatMU yang melimpah..
Semoga dalam masa pertunangan yang suci ini..
Mereka kian hari kian saling menghargai..
dan saling mengasihi dengan kasih sejatiMU.

Ya ALLAH Ya Tuhan kami..
Kami memuji ENGKAU Ya ALLAH..
Kerana dengan pengharapan yang lembut dan mendalam..
ENGKAU Ya ALLAH menggerakkan hati dan merancangkan pertunangan
RABUAN BIN KAMAL RAJALAH dengan MAZNAH BINTI ISMAIL.

Ya ALLAH Ya Tuhan kami..
Kami memohon kepadaMU Ya ALLAH..
Kuatkanlah hati mereka berdua..
agar mereka berdua menjalani masa pertunangan ini 
dengan bertumpu kepada iman dan taqwa..
dan dalam segala hal berusaha berkenan kepadaMU..
sehingga dengan aman sentosa 
akhirnya sampai pada gerbang perkahwinan.

Ya ALLAH Ya WADUD Yang Maha Pencinta..
Yang Maha Pengasih Penuh Cinta Kasih..
Yang Maha Penyayang Penuh Kasih Sayang..
Jadikanlah bagi kami seorang suami/isteri 
yang menyayangi dan mencintai sesama..

Ya ALLAH Ya WADUD Yang Maha Pencinta..
Jadikanlah bagi kami jodoh yang serasi..
Saling mengasihi
Saling menyayangi
dalam rahmat dan kasih sayangMU..
Jauhkanlah kami daripada kemaksiatan, 
kebencian, kemarahan, kecurigaan dari hati kami masing-masing..

Ya ALLAH Ya HAFIDZ Yang Maha Memelihara..
Jadikanlah kami dalam naungan rahmat dan kasih sayangMU..
Lindungi hubungan kami dari campur tangan syaitan
dari golongan jin dan manusia yang menimbulkan perpecahan, 
kemarahan dan kebencian di antara sesama kami.
Perkenankanlah permohonan kami ini Ya ALLAH..
ENGKAU-lah sebaik-baik yang memperkenankan doa.

Ya ALLAH Ya RAZZAQ Yang Memberikan Rezeki..
Limpahkanlah rezeki yang halal lagi berkat kepada kami..
Perluaskanlah rezeki kami Ya ALLAH..
Sehingga kami dapat menolong agamaMU YA ALLAH..
Jauhkanlah kami daripada kefakiran dan segala malapetaka.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..


-----------------
#ALHAMDULILLAH..Sakinah Mawaddah wa Rahmah bersamamu..25-02-1438H | 25-11-2016M 15:01 JUMAAT





No comments:

Post a Comment